Sunday, October 30, 2011

Lambang Cinta Yang Telah Dicuri .

"Awak , jika awak rindukan abang atau teringatkan abang . pandanglah pada matahari ."

"kenapa matahari ?"

"kerana matahari itu lambang cinta abang terhadap sayang . . . walaupun abang tiada disisi sayang , tapi abang tetap memberikan kehangatan pada sayang ."

tapi kini , lambang itu telah dicuri . . . . .


Matahari Lambang Cinta Kita . tee hee ~
chopp ! rilek dulu , jangan tergopoh gopoh buat penilaian tentang aku . aku tak maksudkan diri aku yang sedang bercinta disini . cuma kiasan ! sebagai permulaan entri sebelum aku kupas dengan lebih lanjut lagi . semua ini berlaku kerana angkara seorang wanita dari Galicia , Sepanyol . beliau yang aku maksudkan adalah Angeles Duran yang mana telah menyatakan secara rasminya bahawa matahari itu telah menjadi milik rasminya . dia telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah
Pejabat Notari Awam Tempatan di negaranya . dan secara logiknya adalah dibenarkan di sesebuah negara untuk bertindak demikian . maka dengan itu , dia ingin mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari .

pesongan kata : apa tak cukup ke masuk public toilet kena bayar ? namanya pun public (awam) , kenapa berbayar ?!

. . . . .

jadi sayang , apa kita tukar lambang cinta kita . kalau abang terus menerus nak menghangatkan sayang memang tak larat nak bayar . tee hee ~ apa kata kita pilih KLCC pulak ? yang menunjukkan kita saling memerlukan antara satu sama lain . macam ni :-

Sumber : Google Search .
notakaki : tiada pemilik hak yang mutlak dikalangan manusia melainkan Allah .

p/s : boleh ke aku nak daftar KLCC sebagai hak milik aku ? renung renungkan dan selamat berangan ! tee hee ~

Inspirasi Lihat Melihat

:: Berkongsi Mata Dengan Pembaca ::










p/s : ini salah satu perarakan yang diadakan di bandar kuantan , itupun sekali dalam tempoh 5tahun ! woahh ! dan sesungguhnya aku tak sangka yang aku akan turut terjebak sama pada hari itu (1/10/11) . memang aku tak jangka yang lalu lintas sekitar bandar ditutup untuk sebarang pergerakkan keluar masuk bandar . di kesempatan itu , dengan bertemankan J105i aku . maka , gambar gambar ini sempat aku petik dari penglihatan kanta 2.0MP , jadi agak kesamaran sana sini situ sedikit . harap maklum !

p/s (i) : tahun 2016 kalau ada kesempatan dan rezeki menginginkan , aku nak terjebak sama lagi . tee hee ~








p/s : ilusi sebuah suasana petang kat pelabuhan kuantan , hanya aku dan J105i aku menjadi teman suasana petang itu . berikut sedikit pengambaran dari mata aku yang sempat aku petik untuk diabadikan dalam bentuk kepingan kepingan gambar .

Macam Biasalah . . .

apa yang biasa biasa ni ? ehm , korang silakan jugaklah biasa biasakan diri baca entri ini sampai habis . tee hee ~ macam ni , aku masih ingat kalau dulu dulu bila nak mulakan sesuatu perkenalan especially dengan perempuanlah . aku selalu guna satu kaedah ni yang biasa aku guna bagi memulakan perkenalan dan menandakan persahabatan . kalau selalunya bila aku perhatikan , lelaki akan tegur perempuan yang dia nak berkenalan itu dengan memberi salam :-

"Assalammualaikum , tak jawab dosa !" . . .

dan kalau perempuan itu membalas , maka cerahlah peluang untuk berkenalan dengan lebih lanjut . tapi itu dulu , zaman sekolah lama (old-school) bolehlah guna . berbeza pula dengan cara aku , memang ketaralah perbezaannya . bila aku nak memulakan sesebuah perkenalan . aku lebih santai begini , antara "skrip lapuk" aku macam inilah :-

"eh , awak aini kan ?" (main petik je nama)

"eh , bukan ! saya . . . (terus dapat tahu nama perempuan tersebut) . tee hee ~

nak dijadikan kisahnya , maka berterusanlah sesi mengayat itu berjalan , andai kata ada rezeki , adalah . . . kalau tiada , aku angkat kaki pergi . Maaf ! silap orang barangkali . . . tee hee ~

tapi semua ini memori yang pernah aku lalui , dah lama aku tinggalkan pun dan aku pun tak endahkan lagi perkara perkara tak masuk akal macam ini . . .

tapi tadi tiba tiba ...

aku disapa seorang perempuan yang nampak agak sebaya dari segi gayanya . . .

"eh , muka awak macam biasalah saya tengok ..."

. . . . .

aku tersengih . dayyummm ! tersenyum aku jadinya bila teringat semula perangai aku dulu dulu . apakah mungkin dia menggunakan cara sama yang pernah aku praktikkan dulu dulu barangkali ? tee hee ~

. . . . .

notakaki : ada sumber dari mulut mulut yang berkata , dalam dunia ada 7orang mukanya seiras kita !?

p/s : perempuan yang tegur aku tu sebenarnya cashier kat 7-eleven , dan sememangnya muka aku selalu je bertandang , dalam CCTV pun dah jemu asyik muka aku dirakam . dan dan jugaklah tegur "muka awak macam biasalah saya tengok" . perli akulah tu ? tee hee ~

p/s (i) : Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji jatuh pada 6Nov2011 (Ahad) ianya telah dipersetujui dan diperkenankan serta diumukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang baru iaitu Datuk Syed Daniel Syed Ahmad .

p/s (ii) : jadikan cuti anda satu percutian dan Selamat Berkorban . bukannya TERKORBAN ! berhati hatilah di jalan raya wahai perantau di kota yang ingin pulang ke desa !

. . . . .


korang biasa tak nampak budak ni ? aku selalu jugak nampak budak ni .
kat carian Google . =B
(Sumber : Google)


Thursday, October 27, 2011

Aku Dan Mee Segera .

"Mee maggi cepat dimasak , sedap dimakan . . ."


Sumber : flickr .

kalau tengok iklan ni dulu dulu memang tak pernah berubah . baik dari segi alunan muzik , senikata dan irama maintain je sama . senang cerita tiada pembaharuan langsunglah . dari aku sekecil kecil orang , sampailah ke besar besar budak . mungkin aku salah seorang dari jutaan rakyat malaysia yang pernah addict dengan mee maggi ni . yela , benda yang paling murah , ringkas dan mudah . kena sangatlah dengan tagline nya "masak dua minit" . korang bayangkanlah kalau dalam 24jam berapa banyak dua minitnya ? cuba kira ? korang bayangkan lagi yang dalam tempoh 24jam tu berapa banyak mangkuk maggi boleh disediakan ? cuba hitung ? korang pun malaskan ? tee hee ~ satu lagi memang dah jadi kebiasaan muda muda sekarang ni . yang mudah dan ringkas itulah yang paling praktikal untuk diguna pakai dalam kehidupan . especially lifestyle student student aku dulu . "Mee Maggi Satu Kemestian" tee hee ~

sekarang ni , aku kira kira dah 4 tahun aku mengelak dari makan maggi segera ni (kadang tu ada jugaklah sesudu dua aku jamah) tee hee ~ . kalau dulu sebut je apa perasa , semua aku pernah rasa . perencah maggi paling favourite sah sah lah Tom Yam . perisa yang aku agak dislike sikit perasa Ayam . port sedap menikmati maggi lepas sekolah semestinya kat gerai Cik Nab (betul betul belakang sekolah) . dalam tempoh 2tahun berulang alik (kecuali sabtu , ahad , cuti umum dan cuti khas) mesti menyinggah . lunch aku itulah dia , Maggi Tom Yam + Telur . kemestian ! almaklumlah ! kehidupan sebagai pelajar ."kais pagi makan  roti , kais petang makan maggi" . tee hee ~

sekarang ni , sebut jela apa perasa terbaru mee segera kat pasaran . sebelah mata pun aku dah tak heran pun . aku pun tak tahu kenapa dan mengapa jadi sedemikian rupa . aku pun malas nak fikir . kan bagus kalau makanan yang kurang enak itu diberhentikan terus ? tak begitu ?

p/s : mungkin sebab aku terbiasa makan maggi sampaikan aku tak ralat pun kalau tak memakannya satu hari ? terlalu kerap ? sampai aku jadi bosan ?

p/s : (i) dulu kecik kecik aku suka makan pakai sudu , dah besar ni baru aku suka makan guna tangan . lebih nikmat . mungkin disebabkan dah terlalu kerap aku mudah jadi bosan ? suratan atau kebetulan ?

p/s : (ii) terlalu banyak MSG (Mono-Sodium-Glutamate) pun tak bagus , banyak kesan kesan negatifnya . aku pernah tegur kawan aku yang mana masih menjadi penagihan tegar mee segera ni . alhamdulillah , kesihatan rambut dia semakin baik sekarang . (walaupun kadar ketumbuhan rambut dia kurang dari 0.10 inci setahun) . =B

Sumber : Google search .


Wednesday, October 26, 2011

. . .Aku Tinggalkan Kau Untuk Perempuan Yang Lebih HOT !

"aku tinggalkan kau untuk perempuan yang lebih hot! " . . . . .

jangan tanya aku kenapa . ini cuma yang aku pertontonkan tadi , dan disini aku menterjemahkan sahaja barangkali .

petang petang mendung hari ini macam biasa aku tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas . aku sabar menunggu , jam menunjukkan pukul 5.45 pm (lebih kurang) . masih awal , awal lagi untuk aku tiba ke destinasi yang dituju . kurang setengah jam aku tiba di destinasi tujuan aku . kelihatannya tiada lagi kelibat si penunggu yang menunggu untuk dijemput aku . jam menunjukkan 6.25 pm (lebih kurang) . aku yang terawal dari waktu . menyelinap keluar seketika dalam renyai renyai hujan , aku menuju tempat kebiasaan si penunggu itu menunggu untuk dijemput aku . dalam kesibukkan aku mencari tempat berteduh dari renyai hujan . mata aku terpandang pada satu suasana yang agak tegang . mungkin dalam keadaan hiruk pikuk mereka mereka menghindar hujan barangkali mereka tidak perasan . di anak anak tangga starbucks itu aku berdiri . niat dihati nak tapau (take-away) starbucks buat sedap basah tekak ini . tapi memandangkan duit pun sekadar cukup cukup makan . aku lupakan terus niat untuk minum . (duit cukup cukup untuk makan . maka , tak dapatlah minum kecuali duit itu aku gunakan untuk makan) . dalam kebingungan ini , aku masih tertumpu pada keadaan tegang di satu sisi kedai starbucks itu . aku tak pasti puncanya , yang aku tahu mereka sedang berantakkan . berantakan menanti belah ! memang ketara . apa yang aku dengar ikhlas dari percakapan si lelaki itu :-

". . . aku tinggalkan kau untuk perempuan yang lebih HOT !"

kenapa begitu ? tak reti bersyukur ke andai kata diberikan seseorang (jodoh) itu yang bakal melengkapi rusuk kiri setiap kaum adam ?

. . . . .

fikiran aku melayang sejenak , si lelaki tersebut bingkas bangun dan pergi . lantas aku pun berlalu , tinggalkan si perempuan itu sendiri disitu . airmata ? itukan teman suka duka seorang perempuan ? barangkali . . .

aku kurang pasti , tapi satu hari , si lelaki itu akan kembali menagih pada si perempuan itu . pasti ! pasti akan ketentuan-Nya .

NotaKaki : korang pernah dengar lagu aishiteru nyanyian Zivilia Band . . . ?

" Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru "

*but still . . . more than words . . . . .

p/s :si penunggu yang aku maksudkan itu adalah adik aku . . . ^^

"My Twin Twisted-Trans-Sisters" . =B


Tuesday, October 25, 2011

Gedik Mesti Speaking .

zaman aku nak merayau rayau kat shopping complex tanpa arah sebenarnya dah lama aku tak buat . so , aku terpanggil untuk membuang masa seketika hari ni . bak kata omputih "Stress Relief" gitu . eh ? begitu ke ? begitulah kot . . . . .

sementara menunggu member aku pergi cari tapak nak sadai kereta dia kat parking bawah tanah , aku gatal gatal dah masuk menyelinap dalam shopping complex tu . merayau rayau sampailah aku kat satu kedai jual baju baju ni . almaklumlah , jualan longgok 50% - 90% . siapa yang tak meroyan nak pergi ushar ushar kan ? so , dalam aku tengah excited sambil sambil tu aku punggah baju baju yang kemas terlipat rapi oleh akak akak promoter sambil diperhatikan dorang yang melihat gelagat aku . (well , aku gunakan hak aku sebagai pengguna . salah ke ?) then , tiba tiba mata aku terpandangkan pasangan kekasih ni . seorang wanita , seorang lagi perempuan . lesbo ! aku perhatikan jela gerak geri dorang dari belakang . bukan sebab aku tertarik kat dorang . cuma aku tertarik melihat kemesraan dorang kat khalayak ramai . siap fitting baju dalam kat public tu ! (maksud aku sekadar meletakkan pakaian dalam tersebut pada badan pasangannya) . masa ini , aku teringat kata kata ustaz hashim (bukan nama sebenar) . kata ustaz :-

"kalau terpandang aurat seseorang kali pertama tak berdosa , jangan beristighfar lepas tu tatap semula" .

aku gelak kecil je bila teringat kata kata ustaz aku ni . so , aku teruskan jela pemerhatian aku . dari seorang pemunggah baju baju longgok aku berubah menjadi seorang pemerhati . hampir 20minit aku perhatikan jugaklah . aku rasa macam masa tu seolah olah terhenti disitu . ibaratkan situasi tu hanya tinggal aku dengan dua orang perempuan yang sedang bermesra mesra kat depan mata aku masa tu je . kiranya aku umpama jatuh cinta tengok kemesraan pertama dorang gitulah . dan dengan penuh sabar dan tekun aku memerhatikan . mood aku terus spoil . ketenangan aku diragut kawan yang muncul tak lama selepas itu . dengan sekali lafaz kawan aku ni tegur . :-

"apehal kau tercegat macam model seluar dalam buaya (lacoste) ni ?" . . .

"tu hah ! malaysian next top perasan model" . aku menjawab .

. . . . .

err ! aku tak nak cerita panjang lebar pasal skrip yang selanjutnya . aku rasa korang pun tak ingin nak baca kan ? so , kawan aku ni ambil keputusan untuk sama sama menikmati panorama senja tu jela . sedar tak sedar . pasangan perempuan dan wanitanya semakin menghampiri kita orang . terdengarlah sikit bait bait halus speaking dorang yang ala kadar . sayup sayup jek . semakin menghampiri terus rosak segala nafsu , mood dan selera aku . nahh ! keluar loghat English + Kelantan . entah mana mana datangnya dictionary English + Kelantan ni cetak pun aku tak pasti . huk alohh ! gane jadi lagu tu weyhh . . . . .

aku pun cepat cepat beredar dari situ , dalam pada aku cuba nak melupakan peristiwa hitam tu , kawan aku ni tak habis lagi membebelnya .

"natang ! kalau nak gedik tolonglah speaking properly !"

aku terpinga pinga jugaklah dalam kekalutan aku nak lupakan peristiwa hitam tu sambil berfikir . apa kaitan tergedik gedik dengan speaking ? jawapan yang pasti hanya ada pada kawan aku . tapi bagi aku , mungkin dengan tergedik gedik sambil speaking akan menampakkan mereka lebih high class kot ? agaknya lah . . . . .
bak kata pepatah member member gedik aku . "Ohh My Gucci !" ala ala Oh My Goshhh la kononnya tu .

p/s : satu lagi , gejala gedik gedik ni sama je dengan gejala orang gila (kurang siuman) . bila ditanya "kenapa harus mengedik ?" jawapan spontan dorang . "i tak gedik , tapi i manja . . ." alahh gedik ! orang gila pun mana nak mengaku dia gila kan ? tee hee ~

Sunday, October 23, 2011

Lapang Minda Bersama . =B




firstly , aku tak sure kali keberapa dah aku dengar lagu ni pasalnya jari jemari aku ni keep on re-playing manjang kat "button" play tu . tee hee ~ lagu yang melankolik , tapi aku suka ! (penyanyi dia pun aku suka juga) . ^^

Dan Sebenar Benarnya . . .

"Aku nak kerja itu ! peluangnya ada , usahanya sudah . boleh tak Encik beri saya kerja itu ?!" . . . well , dalam blog bolehlah aku tulis camnie . waktu ni , aku jadi dilema pula sekarang ini . actually hati aku berat nak terima kerja baru ni . tapi ramai yang tak sokong aku . dorang bantah aku sekeras kerasnya ! ewahh ! sewenang wenang korang kan ? (kat sini aku beranilah nak bersuara macam ini , depan dorang sah sah aku tersengih je nanti) .

"amik jelaa keje tu , jangan memilih kerja . . ."

tapi kan , kalau aku ambil dan lalui seadanya pekerjaan tersebut itu dinamakan "bekerja" . tapi niat aku nak bina "kerjaya" . korang faham tak ? KERJA + BERJAYA ! ya ! kerja dan berjaya . macam itulah yang aku idam idamkan dan sedang aku ganda gandakan usaha ketika ini . haii ! rasanya otak aku jadi makin pening kot ? korang pun pening baca entri yang kucar-lana-terabur ni kan ? kalau aku ambil keputusan untuk tidak terlalu memikirkan perihal kerja pun akhir nanti pun aku terfikirkan jugak . macam mana ni sekarang ?

. . . . .

notakaki : atau perlu aku memujuk saraf otak aku ini untuk bawa aku mengembara ke alam khayalan sekejap ? ke sebuah alam yang mana aku boleh bergerak bebas untuk menghasilkan imej imej kehidupan yang aku nak ?

Pesongan Kata : yang sebenar benarnya , aku dah lama pun sebenarnya terima pelawaan my-so-called-old-friend ni . dan aku sendiri telah diberi kepercayaan untuk sama sama me-manage-kan dan membangunkan serta mengusaha-samakan sebuah produk francais sebuah coffee-house ni (sebuah francais terkenal) TERGAMAM siott ! dan itulah yang paling aku angan angankan pun selama ini . ^^

p/s : "Life Is All About Reality , Not Fantasy . . ." Goodluck To Me !  =B

" Masih Belum Sempurna . . . . . "

Saturday, October 22, 2011

Siapakah Dia ?

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia sekuntum bunga mawar berduri yang terjaga oleh tuannya yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa dan bertemu seekor kumbang yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya . simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Notakaki : setiap entri yang menarik itu bermula dengan teknik (Ctrl+C) dan (Ctrl+v) . tak percaya ? boleh cuba cuba untuk eksperimen sendiri . tee hee ~

Kenapa Pokok ?

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
 
 
p/s : first dengar lagu ni , perkara pertama yang terlintas dalam benak aku "lagu apa ini?"
then , my-so-called-old-friend bagi lirik lagu ni baru aku mula faham . ^^

Wednesday, October 19, 2011

Budimankah Aku ?

kadang kadang aku selalu (dah selalu pulak? tadi kadang kadang?) terfikir yang aku ni "Budiman" ke orangnya ? korang agak agak ?

kalau nak aku interview orang orang kat dalam rumah ini sah sah aku yang kena perhambat nanti . pukul dua pagi nak interview kejadah apa . bingai ! so , aku bertanyalah pada diri sendiri . apa itu "Budiman" ? anak pakcik budi ? atau anak suparman ?

maka , aku dengan perlahan lahan mengembangkan minda dan mula berfikir . part mana yang aku tak berapa nak faham pasal "Budiman" ni . tapi , kalau aku sebut "Gentleman" sah sah ramai yang tahu kan ? so , dari apa yang aku faham pasal gentleman ni . kebiasaanya si lelaki itu akan mendahulukan si wanita . dalam erti kata lain , dorang berpegang pada prinsip "Ladies First" . sikit sikit perempuan yang bertindak dulu . apa apa perempuan dulu . tapi itu dulu punya ceritalah !

aku bertanyakan pada kakak ipar aku . adakah dia nampak aku ini punyai ciri lelaki budiman . dia kata :-

"kau nak apa lagi ? tak puas nak merepek lagi ke?"

tapi bukan itu yang aku harapkan dari mulut dia . so , aku paksa lagi . aku bertanya lagi :-

"cuba bayangkan lelaki lain selain aku yang kau rasa dia lelaki budiman?" .

kakak ipar aku menjawab :-

"susah kot nak jumpa lelaki sekarang yang budiman , untung untung aku kenal abang kau . lagipun lelaki melayu sekarang mana kenal erti gentle gentle semua ni . kalau mat saleh ramai lah ."

ehh ? betul ke macam itu ? kalau macam tu untunglah Mat Saleh . sebab dia seorang je yang pegang title "Lelaki Budiman" . Mat Rani , Mat Fit , Mat Bunga , Mat Rempit dan semua Mat Mat yang lain tidak diketegorikan sebagai budiman pun .

apakah ciri ciri lelaki budiman ? tadi aku menyelinap segenap penjuru sesawang dapatlah aku input input tentang "Ciri Ciri Lelaki Budiman" . dan bagi melayakkan diri korang merasa yang korang adalah "Lelaki Budiman" dengan mengambil kira kriteria kriteria dibawah ini . :-

a) Tahu bagaimana untuk menghormati wanita .
b) Rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan .
c) Tahu had had dalam perbualan dan pergaulan serta batasan semasa berdampingan dengan wanita .
d) Memastikan wanita berasa selesa dan selamat .
e) Tahu berinteraksi dengan baik .

macam simple pulak kan ? mana mana lelaki yang buat baik pada perempuan pun dah boleh diketegorikan sebagai budiman lah juga kan ?

Notakaki : Jadilah lelaki yang budiman , janganlah jadi lelaki dayus . dayyyuuummm !

p/s : aku tak boleh jadi lelaki yang budiman kalau aku sedang dalam barisan yang panjang . kalau aku jadi seorang yang budiman , sampai bila bila pun aku tak dapat nak settle kerja yang mudah sebab asyik beri jalan dekat perempuan . ^^

Konflik Bermotivasi .

"ijazah terbaik datangnya dari jalanan ,
dari pengalaman bercakap dan bersalaman ,
konflik motivasi cuba meditasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi ."

-Mantera Beradu-

malam ini alang alang aku tengah bertenggek kat laman sosial ni , aku nak usik , kuis , kupas sikit tentang isu konflik pulak kali ini . entah apa yang telah melanda agaknya . bermacam macam perasaan bercampur baur ketika ini . geram ada , bengang ada , marah dan semua yang negatif negatif sahaja ketika ini .

duhhhhh ! oi cik eina ! hadoiyy ! tolonglah positifkan diri sikit . jangan sebabkan ke-negativiti kau menggangu ke-positifan aku . tak kisahlah apa cerita antara kau dan aku , aku dah cuba se-profesional yang mungkin dalam menangani masalah antara kita . sekarang ini , kerja aku menyelesaikan masalah aku , kerja kau untuk jaga masalah kau sendiri . itu sahaja ! sebab aku percaya aku tak ganggu kehidupan orang , orang pun tak ganggu kehidupan aku . insyallah .

sekarang ini , hati memang kosong disitu , tiada apa lagi yang kita tinggalkan disitu . kalau mula mula dulu , ada juga kawan kawan penghibur jiwa , gelak sana sini . sekarang , sekadar teman aku kira . the things left is zero . kosong !

Tuesday, October 18, 2011

Aku Perlu .

waktu ini , minda aku agak loading sikit hari ini . (eh, bukan sebelum ni memang otak aku ni loading jugak ke ?) permudahkan kata . minda aku terasa seperti terawang awangan , separa sedar ! seakan mencari sesuatu yang lebih pasti , lebih realistik dalam hidup . ya ! aku sekarang dalam fasa "kehidupan yang tak menentu" . bukan maksud aku kehidupan aku terabai dan hidup aku bergelendangan merayau rayau tak tentu arah . bukan macam itu . tidak ! cuma kebelakangan ini , kehidupan makin hari makin mencabar , tapi alhamdulillah , hati aku ini masih kuat berpaut pada yang Maha Satu .

kalau kat sekolah dulu , kalau korang ingat semula . lepas UPSR , ada PMR , habis je terus jumpa SPM pulak . selesai tu , sambung Matrikulasi . jauh lagi , DEGREE , MASTER dll . semua benda tu dah pasti . dah tersusun ikut aturan . dan WAJIB nya kita waktu itu untuk mengikut segala aturan yang telah ditetapkan oleh dasar undang undang pembelajaran dari dulu , kini dan selamanya ini . tak akan mungkin ada perubahan yang ketara . (kalau ada perubahan tolong beritahu! ) . nahh ! sekarang ini aku seorang pekerja yang berkerja untuk menyara , menanggung , membiayai diri sendiri dan meringankan sikit beban beban keluarga . tapi , laluan kerjaya aku agak kabur ketika ini . ya ! aku tak tipu diri sendiri . tersangatlah kaburnya sampai tak tahu mana nak tuju . sepatutnya ketika ini (kalau laluan kerjaya aku tak kabur laa) , aku sedang berbakti untuk orang tua aku , tapi sampai sekarang tak tertabur bakti itu . maka , aku harus tukar laluan . membuat satu penghijrahan . menukar laluan dan haluan . sebelum keadaan bertambah parah dan terlambat . aku perlu !

sekarang ini , aku masih menunggu peluang dan ruang yang sangat aku idamkan . aku masih dalam fasa usaha , dan tawakal juga .

p/s : terima kasih daun keladi , paku payung , dulang intan , tepak sirih , kasut berlian kat my-so-called-old-friend yang bertanyakan aku soalan sampai aku tersenyum sendirian sepanjang jaga dan tidur malam aku .

Bila Nak Habis .

dua minggu lalu yang penuh sarat , baru hari ini aku terlarat . itupun sebab aku dah terlebih khayal (tidur) dari petang tadi akibat dari kesan paracetamol yang aku telan .

straight to the point !

ya , aku tak tipu diri sendiri . dua minggu ini memang aku letih berlari lari , berkejar kejaran , terkinja kinja dengan arus kehidupan . baru aku nak merasa duduk sekejap terus aku bertindak lagi , baru nak merasa rehat seketika terus aku bergerak lagi . lagi , aku kena bergerak mengikut aliran arus arus kehidupan ini .

straight to the point !

bila nak ending nya.**

bingai . . .

** : saja aku letakkan tanda noktah [.] sebagai panduan aku sendiri . sebab aku tahu kehidupan takkan berhenti untuk bangunkan aku . aku yang kena bangun dan kejar semula apa yang telah aku tertinggal . take care .

Friday, October 7, 2011

Suka Suka Senang Hati . . .

dalam kesibukkan aku mengurus diri sejak akhir akhir ini , berhempas pulas otak kanan dan otak kiri , peluh jerih bersilih ganti . sukacitanya aku nak memaklumkan . . .

tunggu sebentar ,
aku memang sedang suka suka nak suka , sebab hati aku tengah lara . jadi , suka betul aku nak suka suka .

boleh tak ? *pertanyaan rambang untuk diri sendiri*

boleh ke tidak ? *memujuk hati* . . . . .

bercakap soal hati . maka , aku dengan senang hati *dah senang hati pulak , tadi suka hati?* baiklah , sekarang bercakap tentang hati . . . atau tak perlu ? kalaulah kelapangan masa terluang itu milik aku . . .

amacam aku sekarang ini ? aku sedang suka hati dan senang hati apabila hati sedang berkecai . pasal hati aku diperkecaikan lagi , setelah beberapa kali . tak mengapalah , untuk kali ini . aku tetap terus teroka apa lagi yang menarik sekitar kehidupan ini .

Terima Kasih ...

Jalan Jalan Perjalanan .

tahukah ? sebahagian fungsi jalanraya dan lebuhraya adalah untuk menghubungkan dari satu tempat ke suatu tempat yang lain . dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain , dari satu penempatan ke satu penempatan yang lain , dari satu pekan ke satu pekan ke satu pekan yang lain , memindahkan perjalanan dari sebuah bandar ke sebuah lagi bandar .

hari ini , (malam nanti) aku akan berangkat ke kuala lumpur . maka , aku bakal menggunakan jalanraya dan lebuhraya bagi menghubungkan aku dengan perjalanan ini bagi memindahkan diri dari satu kawasan ke satu penempatan baru . satu perjalanan dari sebuah pekan menuju ke bandar .

perjalanan ini bukan membawa maksud aku pergi membawa diri . perjalanan ini sebenarnya menghubungkan aku dengan satu suasana dimana sanak saudara berkumpul bagi penyediaan diri sebelum masing masing bersedia untuk perpisahan itu . jika itu yang telah tertulis .

aku harap aku kental .
kehidupan yang tiada dugaan-NYA adalah kehidupan membosankan .

Monday, October 3, 2011

Klik , Klik dan Klik ...


nampak tak link kat atas ni ? kalau nampak maka bolehlah mendapatkannya secara PERCUMA . biar aku eja dengan jelas .

P.E.R.C.U.M.A

**credit kepada Dj Jeff dan Dj Bo-tuck sebab mainkan mixsets aku yang tak seberapa ini dalam mixsets (01 Okt 2011) korang . even aku tak tahu crowded dan sambutan orang ramai malam tu . tapi aku berterima kasih sangat sebabnya hasil usaha aku dipandang . woot woot ! cekidaut !

Sunday, October 2, 2011

Aku Buat Buat Semangat .

pernah tak korang punyai idea macam ini ? korang nak buat  itu , ini , itu , ini , itu , ini dan ini , itu , ini , itu , ini , itu korang nak buat ? semuanya pada aku masa itu bagus bagus je !

seronok nak buat semua ! tak sabar nak buat semua . . .
aku membayangkan ini ! aku membayangkan itu . . .
kalau aku buat begini pasti menarik ! kalau aku buat begitu pasti elok . . .
aku tengok ini aku terinspirasi ! aku tengok itu aku terinspirasi . . .
tak sabar rasanya . bersemangat !

semangat! ! ! ! ! ! ! ! ! !

tapi akhirnya ...
sampai hari ini , satu pun aku tak terbuat . bila kerja lain datang menghambat . BINGAI !

*KataHatiAkalAku*