Wednesday, October 19, 2011

Budimankah Aku ?

kadang kadang aku selalu (dah selalu pulak? tadi kadang kadang?) terfikir yang aku ni "Budiman" ke orangnya ? korang agak agak ?

kalau nak aku interview orang orang kat dalam rumah ini sah sah aku yang kena perhambat nanti . pukul dua pagi nak interview kejadah apa . bingai ! so , aku bertanyalah pada diri sendiri . apa itu "Budiman" ? anak pakcik budi ? atau anak suparman ?

maka , aku dengan perlahan lahan mengembangkan minda dan mula berfikir . part mana yang aku tak berapa nak faham pasal "Budiman" ni . tapi , kalau aku sebut "Gentleman" sah sah ramai yang tahu kan ? so , dari apa yang aku faham pasal gentleman ni . kebiasaanya si lelaki itu akan mendahulukan si wanita . dalam erti kata lain , dorang berpegang pada prinsip "Ladies First" . sikit sikit perempuan yang bertindak dulu . apa apa perempuan dulu . tapi itu dulu punya ceritalah !

aku bertanyakan pada kakak ipar aku . adakah dia nampak aku ini punyai ciri lelaki budiman . dia kata :-

"kau nak apa lagi ? tak puas nak merepek lagi ke?"

tapi bukan itu yang aku harapkan dari mulut dia . so , aku paksa lagi . aku bertanya lagi :-

"cuba bayangkan lelaki lain selain aku yang kau rasa dia lelaki budiman?" .

kakak ipar aku menjawab :-

"susah kot nak jumpa lelaki sekarang yang budiman , untung untung aku kenal abang kau . lagipun lelaki melayu sekarang mana kenal erti gentle gentle semua ni . kalau mat saleh ramai lah ."

ehh ? betul ke macam itu ? kalau macam tu untunglah Mat Saleh . sebab dia seorang je yang pegang title "Lelaki Budiman" . Mat Rani , Mat Fit , Mat Bunga , Mat Rempit dan semua Mat Mat yang lain tidak diketegorikan sebagai budiman pun .

apakah ciri ciri lelaki budiman ? tadi aku menyelinap segenap penjuru sesawang dapatlah aku input input tentang "Ciri Ciri Lelaki Budiman" . dan bagi melayakkan diri korang merasa yang korang adalah "Lelaki Budiman" dengan mengambil kira kriteria kriteria dibawah ini . :-

a) Tahu bagaimana untuk menghormati wanita .
b) Rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan .
c) Tahu had had dalam perbualan dan pergaulan serta batasan semasa berdampingan dengan wanita .
d) Memastikan wanita berasa selesa dan selamat .
e) Tahu berinteraksi dengan baik .

macam simple pulak kan ? mana mana lelaki yang buat baik pada perempuan pun dah boleh diketegorikan sebagai budiman lah juga kan ?

Notakaki : Jadilah lelaki yang budiman , janganlah jadi lelaki dayus . dayyyuuummm !

p/s : aku tak boleh jadi lelaki yang budiman kalau aku sedang dalam barisan yang panjang . kalau aku jadi seorang yang budiman , sampai bila bila pun aku tak dapat nak settle kerja yang mudah sebab asyik beri jalan dekat perempuan . ^^

No comments: