Sunday, November 6, 2011

Bukan Entri Emo , Tidak !


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu .

p/s : bukan entri emo , tidak .

Saturday, November 5, 2011

Entri Semalam , Sepatutnya .

Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011)
Sumber : Forum ASK 2011 .
okay ! semua sedia maklum kan ? kan ? kan ! tadaa ~ (tengok atas) . malam kemuncak
Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) telah berlangsung semalam di TV3 . ianya adalah sebuah anugerah yang mana memberi penghormatan kepada penggiat penggiat seni tanah air dan menghargai karya karya penghasilan drama mereka . dan sedia maklum lagi drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada malam kemuncak tersebut . tak tahulah nak kata tamak ke tidak , tapi 4 anugerah dibolotnya :-
  1. Drama Terbaik .
  2. Pengarah Terbaik Drama .
  3. Lakon Televisyen (TV) Terbaik .
  4. Videografi Terbaik .
p/s : kemenangan yang agak besar jugalah drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus ni . =B

tapi malangnya (untuk aku) , aku tidak pernah menonton pun drama Sanggul Beracun ni . dan seperti biasa , seperti tahun tahun lepas . aku mesti tidak menonton drama yang menang Anugerah Terbaik ni . tee hee ~ lebih lebih lagi drama yang disiarkan diluar siaran TV3 . tee hee ~ aku ingatkan semalam drama Kemaafan Yang Tertangguh atau Janji Syurga yang menang sebab ini je drama yang aku duduk menghadap tengok . tapi , itu pun siaran ulangan setiap ahad sebelum hari berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Skrin ni . tee hee ~ .

dan aku berharap sangat nak tengok drama Sanggul Beracun ni . harap harap astro dapat buat penayangan semula drama Sanggul Beracun ni . sebab astro suka bab bab ulang tayang sampai muak dan terhafal dialog ni . tee hee ~

p/s (i) : A.S.T.R.O - Awak Semua (Kakitangan Astro) Tipu Ramai Orang . betul ke ?

overall ! ecehh ! keseluruhannya . . . tahap keboleh layanan aku itu biasa biasa saja . bila part penyerahan hadiah aku tumpukan pada penyiapan kerja kerja taipan (menaip) aku . hee ~

. . . . .

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011)

Drama Terbaik - Sanggul Beracun
Pelakon Lelaki Terbaik Drama -Eman Manan (Janji Syurga)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Umie Aida (Air Mata Nur Salina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Elfira Loy (Kum Kum)
Pengarah Terbaik Drama - Sabri Yunus
Artis Harapan Pantene - Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)
Drama Rantaian Terbaik - Juvana
Drama Komedi Terbaik - Geng Surau
Lakon TV Terbaik - Sanggul Beracun
Videografi Terbaik - Sanggul Beracun
Filem Terbaik - Magika
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Remy Ishak (Cun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Eja (Janin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Sidek Hussin (Karak)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Nadiya Nissa (Cun)
Pengarah Terbaik Filem -Osman Ali (Cun)
Lakon Layar Terbaik Filem : Aku Tak Bodoh (Borris Boo)
Laporan Khas/Berita Terbaik : Buletin Utama (Pengemis Terhormat)
Rancangan Hiburan Terbaik : Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik : Shout Awards 2010
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Selami Jiwa : Datuk Dr Fadzilah Kamsah

**sumber dari forum Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011)
. . . . .

p/s (ii) : terasa nak jadi pelakon sebab boleh berlakon dan beraksi peluk peluk dengan pelakon dalam drama . dayyummmmm ! =B

p/s (iii) : teringin nak guna i-Pad pula lepas tengok Anugerah Skrin semalam . =B


Thursday, November 3, 2011

Seluar Dalam RM47,019 ?

Seluar Dalam Sutera Putih Milik Queen Victoria . dayyumm !
(Sumber : Google) .

first sekali bila aku belek belek suratkhabar kosmo petang tadi aku terbaca satu artikel ini . "Seluar Dalam Ratu Victoria Dilelong Pada Harga £9,375 (RM47,019)" . biar benar ?! RM47,019 ! sikit punya banyak harga dia . (yang mana satu ni ? sikit ke banyak?) duhh ! ~ macam tak percaya pun ada , tak masuk akal pun ya juga . tapi hakikatnya , ianya sebuah harga yang telah dibida itu dilakukan oleh seorang pembida yang tidak diketahui  itu telah melebihi 3kali ganda dari jangkaan harga asalnya . oh woww ! sangat amazed-zazing (terkejut+kagum yang teramat sangat) . menurut sumber lagi , lelongan seluar dalam sutera bewarna putih itu yang pernah diguna pakai oleh Ratu Victoria itu dilelong di Old Battersea House , London . . . PERNAH ! diguna pakai . dayyummmmm ! ~

. . . . .

dunia , dunia . . . macam macam perangai .  

. . . . .

p/s : ada juga lelongan lain , tapi aku tumpu pada satu perkara ini saja , malas nak panjang cerita . =B

p/s (i): apa kebaikan yang diterima pembida itu setelah berjaya membida "Seluar Dalam Sutera" tersebut ?

p/s (ii) : agak agak korang , kalau "pembida rahsia" tu diketahui umum , mahu tak ke kena gelak dengan satu dunia nanti ? mungkin sebab itu ianya dirahsiakan . barangkali lah . =B

p/s : (iii) : aku nak lelong "boxer" Renoma corak kotak kotak . ada sesiapa yang berminat ? tee hee ~

p/s (iv) : inilah dia pemilik asal "Seluar Dalam Sutera" tu :-


Ubah Selera Itu .


hahh ! nampakkan ? nampak tak ? nak aku ejakan ke ? tee hee ~ siapa yang tak pernah minum milo kan ? mesti pernahkan walau sekali seumur hidup ? well , kali ini aku nak sentuh , usik dan kuis sikit perihal milo dengan kehidupan aku . boleh dikatakan kamcing dari kecik lagi aku "bersahabat" dengan milo ni . senang kata , hantu milo . ini semua sebab percaya sangat benda benda yang tahyul mahyul , kalut kolot . konon kononnya "Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat" . maklumlah , budak budak masa tu , mudah terpengaruh dengan iklan . sampailah ketika ini , mana mana aku pergi mesti pesan milo . sekurang kurangnya sehari mesti nak segelas . baik panas , sejuk , bersusu , bergula malahan milo kosong pun tetap aku cari . (selalu kita dengar pasal ketagihan kaffein , kalau milo ? ketagihan koko ? barangkali ?!) . tak kiralah kedai mamak , kedai kat pinggir pinggir bandar mesti aku akan pesan milo .

nak dijadikan cerita , aku sekadar mengisi waktu malam keluar minum dan ditemani abang dan kakak ipar aku . spot aku satu je kedai nak lepak minum kalau kat area rumah ni sebab harganya yang berpatutan . belum sempat aku duduk lagi waiter dah buat pesanan dulu .

"Abang nak minum milo kosong ais kan ?"

"tak , hari ni nak ubah selera . nak carrot susu suam gelas besar."

"Carrot Susu Suam Gelas satu!" pekik waiter tu .

"mandrem dah tak menjadi , kau tak nak minum milo lagi ke?" sindir si tukang bancuh air .

*aku tersenyum*
prihatin jugak mereka mereka ni terhadap pelanggan setia macam aku ni . tee hee ~

. . . . .

~well , custormer is always right~
dan aku gunakan hak aku sebagai pengguna dan memilih untuk tidak minum milo .

Sumber : Google .

p/s : tak salahkan kalau nak ubah selera ? manusia pun berubah ubah , betul tak ? tee hee ~

p/s (i) : minum carrot pun bagus untuk kesihatan mata , aku sendiri telah membuktikan tahap silau mata aku dah susut ke -0.00 . cuma rabun tu memang tak dapat dielakkan . bawaan keluarga namanya . =B

p/s (ii) : betul ke , milo penyebab sembelit ? entah ya entah tidak dorang ini beri hujah .

p/s : (iii) : kebanyakkan milo kat kedai makan sekarang ni banyak menipu , dorang campur serbuk koko dalam bancuhan milo untuk menjimatkan kos . yelah , sekarang ni kos dah meningkat . pelanggan nak sedap , tapi nak harga murah . inilah alternatif yang kebanyakkan dorang guna . tak percaya ? korang beli milo kat mana mana kedai makan dan bezakan dengan yang korang buat sendiri . berbeza ! aku tahu pun sebab aku diajar cara yang sama seperti ini dulu . tee hee ~

chill-lah dengan milo . =B ~ Klik sini !

p/s : (iii) : walaupun aku bukan penggemar kopi dan teh . tapi aku berjaya juga belajar dan memahirkan diri buat air Kopi + Teh . aku ada dengar orang sebut nama air tu , tapi aku tak berapa pasti lagi .


taadaa ! ~ hasil campuran Kopi + Teh . betul betul ho liao ! =B



Wednesday, November 2, 2011

Untung Bila Jadi Perempuan Cantik .

untungkan jadi perempuan cantik ? betul tak ? betul lah kata aku ! tee hee ~ bukan sebab dengki aku tak dapat jadi perempuan cantik , aku cuma seorang lelaki biasa yang normal pada pandangan lahiriahnya . (kalau kalau rasa tak normal tu , minta dilakukan ujian terhadap tahap seksualiti sebelum melarat) dan kadang kadang adalah jugak menjeling jeling juga melihat perempuan cantik . syukur ! cantik sungguh ciptaan itu .

tapi memang beruntunglah ! sekali lagi aku tegaskan disini yang aku tidaklah dengki ataupun terlintas dalam fikiran nak jadi perempuan dan memang jauh sekalilah nak potong &*@# dan simpan dalam botol . tee hee ~

korang dah tengok filem " Dalam Botol " ? kalau dah , angkat tangan macam usop wilcha . tee hee ~

Poster Filem "Dalam Botol" .
Sumber Oleh : Google .
cantikkan ARJA LEE tu ? tee hee ~ okay ! abaikan , selingan ini untuk memanjangkan cerita yang serba serbi ringkas je . straight to the point ! aku bukan pandai sangat nak menilai kecantikkan seseorang , aku serba serbi biasa sahaja orangnya .


Hugh Jackman .
Sumber : Google .

tettttt ! okay ! perasaan aku sahaja . banyak tonton movie barangkali ? 
tapi aku suka tengok :-


Tadaa ! ~ Sharifah Amani .
Sumber : Google .

p/s : hari tu aku tengok telefilem kat tv9 (tajuk aku dah lupa) . mengadap bukan main lagi . =B

p/s (i) : tapi yang paling cantik pernah aku pandang dalam hidup aku semestinya mak yang usung aku 9bulan itu . hee ~ 

Tuesday, November 1, 2011

Dinner Untuk Akal .

Bukan Entri Emo , Okay .

hari ini ,
1/11/2011 . . .

hari ini jadi entri seperti mana hari hari yang berlalu ,
syukur alhamdulillah ,
syukur itulah yang aku terbang layangkan ,
sebagai seorang hamba ciptaan-Nya .

hari ini ,
1/11/2011 . . .

apa yang korang tahu ?

seminggu akalnya bekerja 7hari ,
sebulan akalnya bertindak 30hari ,
setahun akalnya berfikir 365hari .

lagi jauh aku merenung ,
semakin jauh aku hilang dalam ruang renungan itu .
tersasar jauh .
kadang kadang aku inginkan kehilangan .
aku ingin hilang dalam perkara yang aku telah hilang .
tapi bukan kehilangan yang aku sendiri hilangkan .

dan hari ini ,
aku semakin tak tahu apa yang aku mahu .

tentang apa yang aku rasa ,
tentang apa yang aku ingin ,
tentang perasaan ini ,
tentang perasaan itu .

stuck !

p/s : nak menulis untuk berkongsi , tapi tiada apa yang menarik untuk dikongsi , nak menulis untuk memotivasi , tapi aku sendiri pun tidak termotivasi . BINGAI !