Showing posts with label diam. Show all posts
Showing posts with label diam. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Kenapa Pokok ?

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
 
 
p/s : first dengar lagu ni , perkara pertama yang terlintas dalam benak aku "lagu apa ini?"
then , my-so-called-old-friend bagi lirik lagu ni baru aku mula faham . ^^

Wednesday, October 19, 2011

Konflik Bermotivasi .

"ijazah terbaik datangnya dari jalanan ,
dari pengalaman bercakap dan bersalaman ,
konflik motivasi cuba meditasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi ."

-Mantera Beradu-

malam ini alang alang aku tengah bertenggek kat laman sosial ni , aku nak usik , kuis , kupas sikit tentang isu konflik pulak kali ini . entah apa yang telah melanda agaknya . bermacam macam perasaan bercampur baur ketika ini . geram ada , bengang ada , marah dan semua yang negatif negatif sahaja ketika ini .

duhhhhh ! oi cik eina ! hadoiyy ! tolonglah positifkan diri sikit . jangan sebabkan ke-negativiti kau menggangu ke-positifan aku . tak kisahlah apa cerita antara kau dan aku , aku dah cuba se-profesional yang mungkin dalam menangani masalah antara kita . sekarang ini , kerja aku menyelesaikan masalah aku , kerja kau untuk jaga masalah kau sendiri . itu sahaja ! sebab aku percaya aku tak ganggu kehidupan orang , orang pun tak ganggu kehidupan aku . insyallah .

sekarang ini , hati memang kosong disitu , tiada apa lagi yang kita tinggalkan disitu . kalau mula mula dulu , ada juga kawan kawan penghibur jiwa , gelak sana sini . sekarang , sekadar teman aku kira . the things left is zero . kosong !

Thursday, August 18, 2011

diam diam . . . aku berbicara , bertindak dan berfikir .


banyak banyak benda yang mungkin siBISKUT terlepas pandang dalam hidup ni mungkin tak mendatangkan apa apa kesan pun pada orang sekeliling mahupun diri sendiri . tetapi bila sesuatu perkara itu yang melibatkan diri sendiri adalah TIDAK mungkin untuk siBISKUT terlepas pandang sesuatu perkara atau hal itu . . . . .

siBISKUT sedar akan satu perkara dalam hidup ini , mungkin teman teman sekeliling menyedari jugak . satu perkara ni sebenarnya dah mula merebak , menjalar , menetap dan bersarang dalam naluri ini . memang siBISKUT sedar akan perubahan itu . tapi siBISKUT abaikan . biarkan sahaja ia nya terus menerjah ruang naluri ini . . . lama kelamaan , semakin teruk , tak boleh dilepas pandang dah . semakin berleluasa . . . . .

BERDIAM . . . SEMAKIN KURANG CAKAP SEMAKIN DIAM . . . . .

semalaman kurang bercakap , hari ini kurang berbicara , minggu depan ? mungkin semakin parah , kurang berinteraksi . . . semua itu cuma tersadai dalam pemikiran . gemar sekali membiarkan akal bertembung . ADUHH !

BERFIKIR . . . SEMAKIN KURANG FIKIR SEMAKIN DIAM . . . . .

fikiran melayang sebentar . . . cuba untuk bercakap . . . tak boleh ! tak dapat nak bercakap dan berfikir pada satu satu masa . . . . .

bila siBISKUT bercakap , susahnya untuk siBISKUT berfikir . . . bila siBISKUT berfikir , payahnya untuk siBISKUT bercakap . senangnya hati melihat orang sekeliling dengan setiap percakapan itu disusuli dengan pemikiran dan di akhiri dengan tindakkan . tapi sukar untuk siBISKUT . . . siBISKUT tak dapat menjadi itu . kenapa ? apasal hahh ?

memilih untuk tidak bercakap , tetapi memilih untuk meluahkan  . . . tapi siBISKUT tetap bersuara dan berbicara .