Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Cuba Teka ?

(22/2/2012 , pukul 4.37pm , baru tersedar dari tidur , mamai .)

kringgg ! kringgg ! kringgg ! (bukan rintone sebenar) telefon bimbit aku berdering . dalam kemamaian aku berusaha mengenal pasti arah datangnya bunyi telefon bimbit . tanpa mengendahkan siapa gerangan si pemanggil tadi , aku terus menjawab .

" hello , ini En.Azgar ke ?" (kedengaran seperti suara perempuan)

" sudah ! jangan jangan ini pegawai polisi insurans bank ? " getus hati aku , sambil aku cuba mengenalpasti nombor si pemanggil itu tadi . "Private Number" , dayyummmmm ! orang bank la ni , sah ! terdetik sedikit perasaan menyesal sebab jawab panggilan tadi .

<< 10 saat aku mendiamkan diri >>

" hello ! azgar ! " (suara lain dari suara pemanggil yang  pertama tadi)

" ya , bercakap sini . siapa disana " ? (kedengaran ketawa halus dihujung talian) .

"cuba teka ?! " . . . klu dia :- perempuan , kawan sekolah , selalu kena bahan .

aku paling lemah bab teka meneka ni , paling tak suka meneka orang . pasti tak pernah tepat . kalau hampir hampir pun tekaan aku , hampir salah kesemuannya. tee hee ~ so , satu persatu nama member perempuan yang terlintas pernah sekelas dan satu sekolah dengan aku pun aku sebut satu persatu . dan hasilnya , hampir keseluruhan nama yang aku beri semuanya hampir salah belaka . aku menyerah .

" bukanlah , ish ! banyaknya skandal " . balas si pemanggil tadi selepas puas setiap kali aku sebut satu persatu nama kawan perempuan aku .

" habis tu , siapa ? " tanya aku lagi .

" takpelah kalau tak tahu , dah tak ingat la tu . kbye ! "

dan aku paling lemah bila girl merajuk . ada je minta nak kena pujuk . haihhh ~ dan aku paling pantang sekali aku tak tahu siapa pemanggil tadi . hahhh !

" eh , kejap , dah ingat dah . " aku cuba yakinkan dia untuk tidak letak telefon , walhal aku memang kehabisan idea dah nak fikir siapa gerangan pemanggil ini .

" hah ! siapa ? " tanya si pemanggil .

aku cuma berdiam sambil mengamati lenggok suaranya .

" cepatlah ! siapa , letak telefon karang ! " bentak si pemanggil .

" kejap ! tadi ada dah dalam kepala , sekarang dah lari sebatu " jawab aku ringkas .

" sudahlah kau ! ini akulah , Che' Suehaini . kenal tak ? "

" ouh , awek bus stand tu yer ? " terus si pemanggil tadi mematikan panggilannya , marah barangkali . tee hee ~

p/s : aku memang fail bab bab mengingat orang dan peristiwa .

p/s (i) : aku takut nak bercinta lagi sebab nanti kena ingat tarikh mula mula perkenalan , dekat mana , perkara perkara yang pernah diborakkan dulu , lagu tema percintaan , warna baju , makanan kegemaran dan sebagainya . pasti aku gagal ! tapi kalau perempuan mesti dia ingat perkara ni sampai bila bila , kenapa yerr ? tee hee ~

Thursday, February 16, 2012

Bukan Entri Emo #3

"Apa Jalan Yang Kau Nak Dalam Hidup"

persoalan ini perlu ditanya kepada setiap orang . aku pun selalu bertanyakan pada diri aku sendiri . sampai termenung berhari hari . be professional , gentle aku cakapkan yang kadang kadang aku tak tahu apa yang aku buat dalam hidup , apa yang cuba aku capai dalam hidup . berulang kali dan jelas sekali disini aku nyatakan aku tak pasti dengan konsep kehidupan aku sendiri . kadang kadang aku rasa hanyut dalam kehidupan .

sejuk ,
bahagia ,
sendiri .

satu keadaan tanpa graviti , berpijak tidak nyata , terapung tak terawangan . berselerak , langsung tiada pasti . tapi aku merelakan seperti realiti .

aku cuba,
aku cuba menguruskan kehidupan sedia ada , seperti sediakala . tapi tak jumpa apa apa juga . kadang aku bosan dengan satu satu benda . aku cuba benda baru , bosan ! aku ubah kepada sesuatu yang baru lagi , fresh !

aku mahu itu ,
aku mahu ini ,
aku nak yang baru ,
aku nak yang terkini .

aku ingin terus menerus begini .
terus melihat diri aku dari sisi mata yang lain .

aku bukan pemberontak,
aku bukan racist,
cuma setiap perkara bermula dari angan angan ,
sampai masa ,
dilaksanakan .

Bukan Entri Emo #2

disebuah kedai ,
di tengah tengah ruang deretan kerusi meja ,
kau pesan air kesukaan aku ,
juga air kegemaran kau .

lalu pesanan tiba .

lantas kau capai air kesukaan aku ,
kau tukarkan dengan air kegemaran kau .

aku lopong .

dalam bual kau gambarkan yang air kegemaran kau itu hati aku ,
dalam bual kau gambarkan yang air kesukaan aku itu perasaan kau .

lalu kau mula minum air kesukaan aku itu ,
sesedut ,
demi sesedut ,
seakan mencuba menghabiskan air kesukaan aku itu .

aku lopong !
diam ,
sengih ,
layan ,
riang .

aku bertanyakan ,
benar penuh segelas air ini hati kau ?
boleh aku simpan ?

kau diam ,
sengih .

jawab kau ,
"aku tak pernah beri" .

- Di kedai makan
15/2/2011
9.38PM

Saturday, February 11, 2012

Missed Call Itu Panggilan Rindu ?

Jam menunjukkan tepat ke pukul 12.30 malam . sedang aku leka menyiapkan kerja kerja yang tertunggak . aku dikejutkan dengan bunyi yang sayu sayu di hujung gegendang telinga ini . bunyi yang seakan akan aku kenali . teet-teet ~ teet-teet ~ (bunyi mesej) . aku cuba mendapatkan kepastian , aku bergegas mendapatkan telefon bimbit yang aku simpan kemas dalam laci . sangkaan aku memang tepat . ada satu mesej yang aku terima yang turut dilampirkan bersama 10 missed call ! kejadah apa ? aku pun cuba meng-unlock telefon bimbit aku sendiri untuk memastikan siapa gerangan yang cuba cuba untuk menghubungi aku waktu aku sedang bekerja . agak terkejut untuk aku seketika , satu nombor pemilik yang agak familiar tertera pada skrin telefon bimbit aku .

aku cuba mengeledah inbox aku pula , ternyata si pengirim ini dari si pemanggil yang sama .

"Dah sombong ! missed call tak reply" dalam kebingungan aku cuba untuk ketawa .

aku tidak terus menelefon kembali , sahaja aku mencuba untuk jual mahal . tee hee ~ lagipun kalau benar benar ada hal penting , boleh direct hantar mesej . maka , kali ini aku pastikan yang telefon bimbit dalam genggaman aku sambil aku cuba untuk menyiapkan kerja kerja sebelum aku pulang . sambil aku menyiapkan kerja . tiba tiba , telefon bimbit aku berdering lagi . tapi kali ini , bunyinya agak pendek dan aku tidak berkesempatan untuk menjawab langsung . seolah olah si pemanggil itu cuba mencabar kredibiliti kau yang sedang cuba untuk jual mahal ketika itu . seolah olah si pemanggil itu tahu yang telefon bimbit aku berada pada aku . aku toleh keadaan sekeliling , memerhatikan sekeliling kalau kalau ada yang memerhatikan aku dalam kesamaran malam . tapi tiada seorang pun yang mencurigakan . aku cuba untuk memastikan siapa gerangan yang mencuba untuk mencabar kredibiliti aku . ternyata , orang yang sama .

"ishhh ! apa dia nak missed call aku malam malam camnie?" getus hati aku .

aku mula menjadi risau , serba salah , serba serbi tak kena . makanya , aku melonggarkan kredibiliti aku yang mula mula tadi jual mahal itu untuk menelefon semula .

"hello, kenapa missed call banyak banyak kali?" tanya aku sebaik panggilan aku dijawab .

"saja buat missed call..." jawabnya dengan nada tanpa punyai perasaan bersalah .

"malam malam camnie? kenapa missed call?" desak aku untuk kepastian .

"lahh, missed call kan panggilan rindu." saya rindu, dah lama tak jumpa." jawabnya selamba dan serius .

"erkk, rindu saya? okay, ada masa kita jumpa . jawab aku ringkas . (taipan panjang panjang pun bukan korang nak ambil tahu pun kan? kan ?) .

p/s : aku baru tahu fungsi missed call selain minta pertolongan sesuatu yang amat penting juga boleh digunakan untuk meluahkan rasa rindu . =D

p/s : lepas ni aku tak terikut dah kata kata orang tua tua kononya kalau bulu mata kita gugur , tanda orang rindukan kita . sesiapa yang dapat missed call dari bf/gf dia , itu tandanya bf/gf anda sedang merindui anda . sekian . =B

Friday, February 10, 2012

Suatu Hari , Aku Pasti Buat Mak Aku Menangis .

hari ini , jumaat . 10 februari 2012 ...

untuk yang sekalian kalinya . ini kali yang ketiga aku menghadirkan diri dalam majlis akad nikah teman teman bersenda aku . dan sekalian kalinya , ini kali pertama aku merasa duduk berdekatan dengan imam , sebelah menyebelah lagi (selalunya aku sibuk ushar barang barang hantaran . tee hee) . macam aku pula yang minta nak dinikahkan . tee hee ~ sementara menunggu imam menstabilkan nafas yang tercungap cungap anak sepat itu . aku diselubungi satu perasaan . Gementar ! tapi aku tengok muka member aku ni suci macam sejadah , tenang . sekali lafaz terus sah sambil disaksikan beberapa ahli keluarga termasuklah aku sendiri . syukur alhamdulillah , akhirnya selamat diijabkabulkan . dan dalam suasana serba serbi bercampur baur itu , cuping telinga aku tiba tiba cepat menangkap perbualan yang manis tapi sinis beberapa tetamu yang diundang .

"eh , macam main kahwin kahwin pula , kejap je dah jadi suami orang" .

aku pun turut merasakan perkara yang sama . itu yang aku pun terasa macam nak kahwin juga . hilang semua perasaan gementar masa mula mula duduk bersebelahan imam tadi . 10 minit dah selesai . tapi tanggungjawab ? ada akal gunakan dengan bijak pandai . tee hee ~

syukur sekali lagi yang teman aku ini dah jadi suami orang . kalau ikut purata teman teman aku tinggal beberapa kerat je lagi yang masih belum mengubah hala tuju kehidupan . termasuklah aku yang beberapa kerat itu . adoiyaiii ~ kena cepat cari seorang lepas ini . tee hee ~ satu hal lagi sebelum aku terlupa , masa imam tengah membacakan doa selepas akad nikah tadi , aku terperasan yang airmata mak teman aku ini mengalir . agak deras jugak sebab beberapa kali aku tengokkan makcik tu kesat airmata guna tudung yang dipakainya . jelas kelihatan airmata seorang ibu cukup sekadar kesan kesatan pada tudungnya . terlalu gembira barangkali . mulalah aku sayu , hati tisu . huhu . aku perhatikan pengantin perempuan pula seakan cuba menahan sebak . barangkali cuba menahan diri dari menangis kat depan tetamu dan depan aku yang sedang memerhati . (bukan main mata , okay!) .

makanya , dikesempatan ini . aku pun akan buat mak aku menangis juga nanti . tapi bukan menangis kerana kesalahan atau keburukkan yang selama ini aku lakukan .tetapi aku akan pastikan yang ibu aku akan menangis kerana perkara baik yang aku lakukan . senang cerita , aku kahwin lah . sudah pasti mak aku akan berlinang airmata . tee hee ~

p/s : airmata ibu kalau betul pada keadaan dan situasi adalah satu keberkatan dan keredhaan dari seorang ibu . =)

p/s (i) : tajuk entri aku memang agak "derhaka" . tapi bukan "derhaka sebegitu yang aku maksudkan . renung-renungkan . =)

Tuesday, January 31, 2012

Bukan Entri Emo #1

sekarang ini aku terkandas dalam realiti .
dalam arus kemodeniti ini .
bukan fantasi .

siapa yang membawa dosa ini ?
mereka yang aku sanjung dan hormati ?
atau kamu yang aku kasihi sepanjang perkenalan ini ?
selama pergaulan ini ?

tergamak ,
sampai hati buat aku begini .
aku buka persoalan ini .
kemana ?
bagaimana ?
mengapa ?
bila ?

biadap sungguh minda ini .
dan sekarang ini .
musuh aku adalah minda dan mentaliti aku sendiri .

perang sunyi .
oh ,
aku sendiri ?
cuba menepis jauh jauh realiti .

sekali lagi ,
waktu ini ,
kali ini ,

BINGAI ! 

Thursday, December 8, 2011

Alahai , Pulut Kuning .

pulut kuning atau nasi kunyit (turmeric glutonious sticky-rice) kalau dikalangan orang orang kita memang familiar sangat . betul tak ? kira macam makanan rutin masyarakat melayu kita jugalah . kalau ada jamuan jamuan ringkas pulut kuning tetap menjadi penyediaan wajib . tak kiralah kat kampung mahupun bandar . so , kali ini . aku nak kongsi sikit pasal pulut kuning ni . pagi kelmarin , waktu itu kejadian berlaku pada 6 disember 2011 . pagi tu , tak tahu apa perihal entah , nenek sedara aku hantar sebekas pulut kuning kat rumah . dalam terpinga pinga aku fikirkan ada majlis istimewa apa yang menarik pagi itu . nak kata sempena 10 Muharram macam awal pula sediakan pulut kuning pagi pagi hari ? mungkin ke pulut kuning tersebut untuk majlis sambut menantu ? bisik dalam hati aku . tee hee ~ tapi aku bukanlah jenis yang makan pulut sangat . nak dijadikan ceritanya , nenek sedara aku ni pandai . entah mana dia baca info atau apa apa biodata mengenai aku dan ketaksuban aku terhadap rendang ayam pun aku kurang pasti . sampai aku dapat tahu yang rendang ayam turut tersedia . maka , dari niat aku yang mula heran tak heran menjadi acuh tak acuh . nak makan nanti aku yang merana , tak makan tolak rezeki namanya . kesudahan aku tertewas , last aku makan juga . licin sepinggan aku kerjakan . tee hee ~

malam harinya pula , aku yang merana . menanggung tertonggeng tonggeng kesakitan dibuatnya . aku kena serang dek angin dari pulut pulut yang aku makan pagi tersebut . dari malam ke pagi aku merintih menahan pedih , dari rumah ke klinik aku meracau kesakitan yang tak terhingga . seriously , tebal tebal kening aku ni , tebal jugalah muka aku menahan malu waktu itu . tee hee ~ maka , seharian ini jugalah aku duduk bertapa seorang diri kat rumah sambil aku memikirkan perihal pulut kuning (konon kononya trauma) tee hee ~ alahai pulut kuning . . .

Kalau Macam Ini Punya Penyediaan , Siapa Yang Tak Berselera . (:
*SekadarGambarHiasan*
p/s : kali terakhir yang aku ingat aku jamah pulut kuning masa berkhatan dengan budak budak Kampung Sungai Isap , Kuantan . (tak silap akulah)

p/s : tiba tiba pula quaker oats jadi pilihan untuk aku bersarapan pagi lepas nurse kat putramedic minta aku gantikan dari aku makan roti putih , pulut kuning bagai sebab takut sakit ini jadi lebih melarat nanti . tee hee ~

Wednesday, December 7, 2011

Pasti Ada Hikmahnya .

"Dalam kehidupan ini yang terindah ,
melalui usia remaja ,
senda gurau suka duka silih berganti ,
meninggalkan kesan abadi ."

. . . . .

adatlah kehidupan sebagai seorang remaja , pasti tak boleh lari dari masalah cintan cintun ni . apabila di persimpangan , dilema melanda , krisis memuncak , akhirnya perpisahan sering terjadi . kononnya yang disangka panas sampai ke petang itu , rupa rupanya hujan di tengaharinya pula . pastinya akan timbul satu perasaan yang seolah olah tidak dapat menerima hakikat sesebuah perpisahan itu telah berlaku . inilah yang telah berlaku kat sorang kawan aku ni . walaupun bukan aku tempat untuk dia meluahkan kesedihan dia , tapi sebagai seorang kawan tak tergamaklah pula nak abaikan dia sorang sorang . so , patutkah aku jentik telinga dia sampai bernanah ? lempang selaju mungkin agar dia membuka mata untuk belajar melepaskan orang yang dicintai ? tidak ! aku tidaklah seganas itu , aku cuma boleh katakan yang semua itu berlaku atas ketentuan-Nya . tidak lebih dari itu .

tapi biasalah , hati yang tengah dirudum sepi , kata kata jadi alas kaki . barangkali emosi yang sedang menganggu menghalang otak menerima kata kata . jadi , apa yang dikatakan tidak mungkin dapat dia menerimanya . tapi dek kerana mulut tak pernah kena sepak inilah aku selalu jugak bagi nasihat dalam nada dan tona suara gurauan agar tak menyinggung perasaan member aku yang sorang ni . tapi dalam nasihat ala senda gurau aku itu , aku takut juga . aku takut yang nasihat aku itu membuatkan dia berburuk sangka kepada Allah S.W.T kerana telah memberinya perpisahan itu . maka , dalam aku memperingatkan kawan aku yang sorang ni . aku pun mengingatkan diri sendiri yang setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya . jadi senantiasalah aku belajar untuk memperbaiki diri agar tidak diulangi semula kesilapan itu lagi .

"Tidak semua perkahwinan itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang dibina setelah berkahwin."

"Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang telah kamu temukan didalam dirinya."

"Cinta adalah anugerah, yang membuat kita ketawa, membuatkan kita menyanyi, membuat kita sedih, membuat kita menangis, membuatkan kita bertanyakan mengapa dan kenapa, membuat kita menerima dan memberi, yang paling penting sekali, cinta membuatkan kita hidup!"

p/s : terasa pula aku macam DR.CINTA . . . pergh ! gila lahh !!!

Pendidikan atau Pengalaman .

Situasi#1

safiah (bukan nama sebenar) seorang anak jalanan yang tinggal bersama ibunya di kota . kehidupan tunggal ibunya di kota yang sukar memaksa safiah untuk bekerja sebagai seorang pembantu dapur di sebuah hotel di ibu negara . selama dua tahun ini , safiah telah bertukar tempat kerja sebanyak 6 kali dan selama dua tahun itu jugalah safiah telah mengumpul pengalaman bekerja di hotel hotel terkemuka . denagan mendapat bimbingan dari chef chef terkemuka , safiah bukan sahaja dapat mempelajari teknik teknik masakan malahan dia juga berjaya menguasai bahasa inggeris hasil pergaulan dengan chef chef di hotel tempat dia bekerja . meskipun telah masuk tahun kelima dia bekerja , safiah masih memegang jawatan sebagai pembantu dapur dengan alasan dia tidak mempunyai sebarang sijil yang membolehkan dia menjadi seorang chef .

Situasi#2

berbeza pula kisahnya dengan farid (bukan nama sebenar) seorang pemuda kampung yang gemar menolong ibunya di dapur . suatu hari , ketika dia membantu ibunya di dapur . farid meluahkan hasrat hatinya untuk meneruskan pengajian dalam bidang masakan . selepas mendapat keputusan SPM farid terus sahaka memohon bidang yang diminati itu di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam . hasrat dihatinya yang mahu menjadi seorang chefsuatu hari nanti bakal menjadi kenyataan . akhirnya setelah 5 tahun dia bergelumang dengan buku masakan dan hasil tunjuk ajar daripada para pensyarahnya , kini dia mempunyai segulung ijazah yang mana membolehkan dirinya diterima bekerja sebagai pembantu chef untuk mencari pengalaman sebelum pergi ke peringkat yang lebih tinggi . farid yang baru memasuki realiti dunia pekerjaan , mendapati sukar bagi dirinya untuk menyesuaikan diri dengan keaddan sekeliling . khususnya dari segi pergaulan dan cara bekerja yang nyata asing bagi dirinya .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua situasi diatas ini memperlihatkan realiti kehidupan berbeza yang harus dilalui oleh safiah dan farid (bukan nama sebenar) dan apa yang ingin aku terangkan disini adalah ; sejauh manakah segulung ijazah dapat membantu dalam menerajui sebuah kehidupan yang lebih baik ? dan mampukah perjalanan pengalaman yang telah kita lalui sebelum ini membantu dalam meningkatkan taraf hidup kelak meskipun tanpa pengiktirafan ?

Apakah itu pendidikan ? secara formalnya yang aku faham tentang pendidikan itu adalah sebuah asas kehidupan kerana tanpa pendidikan kita tak mungkin dapat meneruskan kehidupan . dan aku bertanyakan lagi kat korang . adakah kita dapat mengenal pasti pendidikan yang bagaimanakah mampu membantu korang menjadi individu yang berjaya ? adakah pendidikan hanya boleh diperolehi dari buku buku yang kita usung semata mata ? atau mungkin pendidikan itu dinilai dari gred yang kita perolehi setiap akhir sesebuah peperiksaan ? semua itu bergantung pada individu itu sendiri kerana setiap individu pasti akan melalui perjalanan kehidupan yang berbeza antara satu sama lain . ada masanya kita lebih mengharapkan pengalaman dan pada masa yang lain pula kita lebih suka mengumpul ilmu .

p/s : tepuk dada tanya selara ... pendidikan adalah aset dalam kehidupan dan bagaimana usaha dan cara yang ingin kita lakukan untuk memilikinya .
. . . . .
sukar untuk kita nak menguraikan situasi sebegini sebenarnya . mungkin juga ada dikalangan kita menyatakan pengalaman adalah aset terpenting dalam kehidupan sebelum memulakan kerjaya . tetapi , adakah korang pernah terfikir bahawa tanpa sehelai kertas "pengiktirafan" korang boleh di-reject tatkala memasuki dewan dewan temuduga kerana tiada apa yang dapat korang buktikan yang korang layak untuk menerima jawatan itu selain daripada mereka yang punyai "pengiktirafan" dengan menunjukan sekeping kertas yang berharga seperti sijil , diploma , ijazah , dsb . persoalannya ! bagaimana pula dengan nasib korang yang kaya dengan pengalaman ? apakah yang ingin ditonjolkan ketika di dewan temuduga itu nanti ? jawapannya , hanya terletak pada diri sendiri . namun , apa yang penting adalah usaha untuk meletakkan diri korang di tempat yang paling atas dalam usaha memperoleh kehidupan yang lebih selesa di masa masa akan datang . =B

p/s (i) : jangan jadikan ijazah sebagai alat untuk mendabik dada kepada mereka yang mempunyai pengalaman sebagai sandaran . ingat !

p/s (ii) : pengalaman dan pelajaran bukanlah benda yang sama . cuba korang samakan antara rama rama dengan siput . sama ke ? tee hee ~

p/s (iii) : kata sorang kawan aku ; "orang yang ada ijazah ni selalunya lambat kahwin sebab sibuk berhabis duit nak settle hutang dengan PTPTN" . =B

p/s (iv) : apa yang aku huraikan panjang lebar dari awal tadi bukan bertujuan nak mengata orang yang belajar tinggi itu membazir duit , dan mereka yang bersandarkan pengalaman itu bagus . tidak ! cuma korang gunakan akal korang yang cerdik pandai itu untuk menilai . aku sekadar membahaskan idea . "Semoga kamu akan lebih berjaya dan berjaya dalam kehidupan." bak kata Dr.Azizan Osman .



Sunday, November 6, 2011

Bukan Entri Emo , Tidak !


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu .

p/s : bukan entri emo , tidak .

Thursday, November 3, 2011

Seluar Dalam RM47,019 ?

Seluar Dalam Sutera Putih Milik Queen Victoria . dayyumm !
(Sumber : Google) .

first sekali bila aku belek belek suratkhabar kosmo petang tadi aku terbaca satu artikel ini . "Seluar Dalam Ratu Victoria Dilelong Pada Harga £9,375 (RM47,019)" . biar benar ?! RM47,019 ! sikit punya banyak harga dia . (yang mana satu ni ? sikit ke banyak?) duhh ! ~ macam tak percaya pun ada , tak masuk akal pun ya juga . tapi hakikatnya , ianya sebuah harga yang telah dibida itu dilakukan oleh seorang pembida yang tidak diketahui  itu telah melebihi 3kali ganda dari jangkaan harga asalnya . oh woww ! sangat amazed-zazing (terkejut+kagum yang teramat sangat) . menurut sumber lagi , lelongan seluar dalam sutera bewarna putih itu yang pernah diguna pakai oleh Ratu Victoria itu dilelong di Old Battersea House , London . . . PERNAH ! diguna pakai . dayyummmmm ! ~

. . . . .

dunia , dunia . . . macam macam perangai .  

. . . . .

p/s : ada juga lelongan lain , tapi aku tumpu pada satu perkara ini saja , malas nak panjang cerita . =B

p/s (i): apa kebaikan yang diterima pembida itu setelah berjaya membida "Seluar Dalam Sutera" tersebut ?

p/s (ii) : agak agak korang , kalau "pembida rahsia" tu diketahui umum , mahu tak ke kena gelak dengan satu dunia nanti ? mungkin sebab itu ianya dirahsiakan . barangkali lah . =B

p/s : (iii) : aku nak lelong "boxer" Renoma corak kotak kotak . ada sesiapa yang berminat ? tee hee ~

p/s (iv) : inilah dia pemilik asal "Seluar Dalam Sutera" tu :-


Wednesday, November 2, 2011

Untung Bila Jadi Perempuan Cantik .

untungkan jadi perempuan cantik ? betul tak ? betul lah kata aku ! tee hee ~ bukan sebab dengki aku tak dapat jadi perempuan cantik , aku cuma seorang lelaki biasa yang normal pada pandangan lahiriahnya . (kalau kalau rasa tak normal tu , minta dilakukan ujian terhadap tahap seksualiti sebelum melarat) dan kadang kadang adalah jugak menjeling jeling juga melihat perempuan cantik . syukur ! cantik sungguh ciptaan itu .

tapi memang beruntunglah ! sekali lagi aku tegaskan disini yang aku tidaklah dengki ataupun terlintas dalam fikiran nak jadi perempuan dan memang jauh sekalilah nak potong &*@# dan simpan dalam botol . tee hee ~

korang dah tengok filem " Dalam Botol " ? kalau dah , angkat tangan macam usop wilcha . tee hee ~

Poster Filem "Dalam Botol" .
Sumber Oleh : Google .
cantikkan ARJA LEE tu ? tee hee ~ okay ! abaikan , selingan ini untuk memanjangkan cerita yang serba serbi ringkas je . straight to the point ! aku bukan pandai sangat nak menilai kecantikkan seseorang , aku serba serbi biasa sahaja orangnya .


Hugh Jackman .
Sumber : Google .

tettttt ! okay ! perasaan aku sahaja . banyak tonton movie barangkali ? 
tapi aku suka tengok :-


Tadaa ! ~ Sharifah Amani .
Sumber : Google .

p/s : hari tu aku tengok telefilem kat tv9 (tajuk aku dah lupa) . mengadap bukan main lagi . =B

p/s (i) : tapi yang paling cantik pernah aku pandang dalam hidup aku semestinya mak yang usung aku 9bulan itu . hee ~ 

Tuesday, November 1, 2011

Bukan Entri Emo , Okay .

hari ini ,
1/11/2011 . . .

hari ini jadi entri seperti mana hari hari yang berlalu ,
syukur alhamdulillah ,
syukur itulah yang aku terbang layangkan ,
sebagai seorang hamba ciptaan-Nya .

hari ini ,
1/11/2011 . . .

apa yang korang tahu ?

seminggu akalnya bekerja 7hari ,
sebulan akalnya bertindak 30hari ,
setahun akalnya berfikir 365hari .

lagi jauh aku merenung ,
semakin jauh aku hilang dalam ruang renungan itu .
tersasar jauh .
kadang kadang aku inginkan kehilangan .
aku ingin hilang dalam perkara yang aku telah hilang .
tapi bukan kehilangan yang aku sendiri hilangkan .

dan hari ini ,
aku semakin tak tahu apa yang aku mahu .

tentang apa yang aku rasa ,
tentang apa yang aku ingin ,
tentang perasaan ini ,
tentang perasaan itu .

stuck !

p/s : nak menulis untuk berkongsi , tapi tiada apa yang menarik untuk dikongsi , nak menulis untuk memotivasi , tapi aku sendiri pun tidak termotivasi . BINGAI !

Sunday, October 30, 2011

Lambang Cinta Yang Telah Dicuri .

"Awak , jika awak rindukan abang atau teringatkan abang . pandanglah pada matahari ."

"kenapa matahari ?"

"kerana matahari itu lambang cinta abang terhadap sayang . . . walaupun abang tiada disisi sayang , tapi abang tetap memberikan kehangatan pada sayang ."

tapi kini , lambang itu telah dicuri . . . . .


Matahari Lambang Cinta Kita . tee hee ~
chopp ! rilek dulu , jangan tergopoh gopoh buat penilaian tentang aku . aku tak maksudkan diri aku yang sedang bercinta disini . cuma kiasan ! sebagai permulaan entri sebelum aku kupas dengan lebih lanjut lagi . semua ini berlaku kerana angkara seorang wanita dari Galicia , Sepanyol . beliau yang aku maksudkan adalah Angeles Duran yang mana telah menyatakan secara rasminya bahawa matahari itu telah menjadi milik rasminya . dia telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah
Pejabat Notari Awam Tempatan di negaranya . dan secara logiknya adalah dibenarkan di sesebuah negara untuk bertindak demikian . maka dengan itu , dia ingin mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari .

pesongan kata : apa tak cukup ke masuk public toilet kena bayar ? namanya pun public (awam) , kenapa berbayar ?!

. . . . .

jadi sayang , apa kita tukar lambang cinta kita . kalau abang terus menerus nak menghangatkan sayang memang tak larat nak bayar . tee hee ~ apa kata kita pilih KLCC pulak ? yang menunjukkan kita saling memerlukan antara satu sama lain . macam ni :-

Sumber : Google Search .
notakaki : tiada pemilik hak yang mutlak dikalangan manusia melainkan Allah .

p/s : boleh ke aku nak daftar KLCC sebagai hak milik aku ? renung renungkan dan selamat berangan ! tee hee ~

Inspirasi Lihat Melihat

:: Berkongsi Mata Dengan Pembaca ::










p/s : ini salah satu perarakan yang diadakan di bandar kuantan , itupun sekali dalam tempoh 5tahun ! woahh ! dan sesungguhnya aku tak sangka yang aku akan turut terjebak sama pada hari itu (1/10/11) . memang aku tak jangka yang lalu lintas sekitar bandar ditutup untuk sebarang pergerakkan keluar masuk bandar . di kesempatan itu , dengan bertemankan J105i aku . maka , gambar gambar ini sempat aku petik dari penglihatan kanta 2.0MP , jadi agak kesamaran sana sini situ sedikit . harap maklum !

p/s (i) : tahun 2016 kalau ada kesempatan dan rezeki menginginkan , aku nak terjebak sama lagi . tee hee ~








p/s : ilusi sebuah suasana petang kat pelabuhan kuantan , hanya aku dan J105i aku menjadi teman suasana petang itu . berikut sedikit pengambaran dari mata aku yang sempat aku petik untuk diabadikan dalam bentuk kepingan kepingan gambar .

Macam Biasalah . . .

apa yang biasa biasa ni ? ehm , korang silakan jugaklah biasa biasakan diri baca entri ini sampai habis . tee hee ~ macam ni , aku masih ingat kalau dulu dulu bila nak mulakan sesuatu perkenalan especially dengan perempuanlah . aku selalu guna satu kaedah ni yang biasa aku guna bagi memulakan perkenalan dan menandakan persahabatan . kalau selalunya bila aku perhatikan , lelaki akan tegur perempuan yang dia nak berkenalan itu dengan memberi salam :-

"Assalammualaikum , tak jawab dosa !" . . .

dan kalau perempuan itu membalas , maka cerahlah peluang untuk berkenalan dengan lebih lanjut . tapi itu dulu , zaman sekolah lama (old-school) bolehlah guna . berbeza pula dengan cara aku , memang ketaralah perbezaannya . bila aku nak memulakan sesebuah perkenalan . aku lebih santai begini , antara "skrip lapuk" aku macam inilah :-

"eh , awak aini kan ?" (main petik je nama)

"eh , bukan ! saya . . . (terus dapat tahu nama perempuan tersebut) . tee hee ~

nak dijadikan kisahnya , maka berterusanlah sesi mengayat itu berjalan , andai kata ada rezeki , adalah . . . kalau tiada , aku angkat kaki pergi . Maaf ! silap orang barangkali . . . tee hee ~

tapi semua ini memori yang pernah aku lalui , dah lama aku tinggalkan pun dan aku pun tak endahkan lagi perkara perkara tak masuk akal macam ini . . .

tapi tadi tiba tiba ...

aku disapa seorang perempuan yang nampak agak sebaya dari segi gayanya . . .

"eh , muka awak macam biasalah saya tengok ..."

. . . . .

aku tersengih . dayyummm ! tersenyum aku jadinya bila teringat semula perangai aku dulu dulu . apakah mungkin dia menggunakan cara sama yang pernah aku praktikkan dulu dulu barangkali ? tee hee ~

. . . . .

notakaki : ada sumber dari mulut mulut yang berkata , dalam dunia ada 7orang mukanya seiras kita !?

p/s : perempuan yang tegur aku tu sebenarnya cashier kat 7-eleven , dan sememangnya muka aku selalu je bertandang , dalam CCTV pun dah jemu asyik muka aku dirakam . dan dan jugaklah tegur "muka awak macam biasalah saya tengok" . perli akulah tu ? tee hee ~

p/s (i) : Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji jatuh pada 6Nov2011 (Ahad) ianya telah dipersetujui dan diperkenankan serta diumukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang baru iaitu Datuk Syed Daniel Syed Ahmad .

p/s (ii) : jadikan cuti anda satu percutian dan Selamat Berkorban . bukannya TERKORBAN ! berhati hatilah di jalan raya wahai perantau di kota yang ingin pulang ke desa !

. . . . .


korang biasa tak nampak budak ni ? aku selalu jugak nampak budak ni .
kat carian Google . =B
(Sumber : Google)


Thursday, October 27, 2011

Aku Dan Mee Segera .

"Mee maggi cepat dimasak , sedap dimakan . . ."


Sumber : flickr .

kalau tengok iklan ni dulu dulu memang tak pernah berubah . baik dari segi alunan muzik , senikata dan irama maintain je sama . senang cerita tiada pembaharuan langsunglah . dari aku sekecil kecil orang , sampailah ke besar besar budak . mungkin aku salah seorang dari jutaan rakyat malaysia yang pernah addict dengan mee maggi ni . yela , benda yang paling murah , ringkas dan mudah . kena sangatlah dengan tagline nya "masak dua minit" . korang bayangkanlah kalau dalam 24jam berapa banyak dua minitnya ? cuba kira ? korang bayangkan lagi yang dalam tempoh 24jam tu berapa banyak mangkuk maggi boleh disediakan ? cuba hitung ? korang pun malaskan ? tee hee ~ satu lagi memang dah jadi kebiasaan muda muda sekarang ni . yang mudah dan ringkas itulah yang paling praktikal untuk diguna pakai dalam kehidupan . especially lifestyle student student aku dulu . "Mee Maggi Satu Kemestian" tee hee ~

sekarang ni , aku kira kira dah 4 tahun aku mengelak dari makan maggi segera ni (kadang tu ada jugaklah sesudu dua aku jamah) tee hee ~ . kalau dulu sebut je apa perasa , semua aku pernah rasa . perencah maggi paling favourite sah sah lah Tom Yam . perisa yang aku agak dislike sikit perasa Ayam . port sedap menikmati maggi lepas sekolah semestinya kat gerai Cik Nab (betul betul belakang sekolah) . dalam tempoh 2tahun berulang alik (kecuali sabtu , ahad , cuti umum dan cuti khas) mesti menyinggah . lunch aku itulah dia , Maggi Tom Yam + Telur . kemestian ! almaklumlah ! kehidupan sebagai pelajar ."kais pagi makan  roti , kais petang makan maggi" . tee hee ~

sekarang ni , sebut jela apa perasa terbaru mee segera kat pasaran . sebelah mata pun aku dah tak heran pun . aku pun tak tahu kenapa dan mengapa jadi sedemikian rupa . aku pun malas nak fikir . kan bagus kalau makanan yang kurang enak itu diberhentikan terus ? tak begitu ?

p/s : mungkin sebab aku terbiasa makan maggi sampaikan aku tak ralat pun kalau tak memakannya satu hari ? terlalu kerap ? sampai aku jadi bosan ?

p/s : (i) dulu kecik kecik aku suka makan pakai sudu , dah besar ni baru aku suka makan guna tangan . lebih nikmat . mungkin disebabkan dah terlalu kerap aku mudah jadi bosan ? suratan atau kebetulan ?

p/s : (ii) terlalu banyak MSG (Mono-Sodium-Glutamate) pun tak bagus , banyak kesan kesan negatifnya . aku pernah tegur kawan aku yang mana masih menjadi penagihan tegar mee segera ni . alhamdulillah , kesihatan rambut dia semakin baik sekarang . (walaupun kadar ketumbuhan rambut dia kurang dari 0.10 inci setahun) . =B

Sumber : Google search .


Sunday, October 23, 2011

Dan Sebenar Benarnya . . .

"Aku nak kerja itu ! peluangnya ada , usahanya sudah . boleh tak Encik beri saya kerja itu ?!" . . . well , dalam blog bolehlah aku tulis camnie . waktu ni , aku jadi dilema pula sekarang ini . actually hati aku berat nak terima kerja baru ni . tapi ramai yang tak sokong aku . dorang bantah aku sekeras kerasnya ! ewahh ! sewenang wenang korang kan ? (kat sini aku beranilah nak bersuara macam ini , depan dorang sah sah aku tersengih je nanti) .

"amik jelaa keje tu , jangan memilih kerja . . ."

tapi kan , kalau aku ambil dan lalui seadanya pekerjaan tersebut itu dinamakan "bekerja" . tapi niat aku nak bina "kerjaya" . korang faham tak ? KERJA + BERJAYA ! ya ! kerja dan berjaya . macam itulah yang aku idam idamkan dan sedang aku ganda gandakan usaha ketika ini . haii ! rasanya otak aku jadi makin pening kot ? korang pun pening baca entri yang kucar-lana-terabur ni kan ? kalau aku ambil keputusan untuk tidak terlalu memikirkan perihal kerja pun akhir nanti pun aku terfikirkan jugak . macam mana ni sekarang ?

. . . . .

notakaki : atau perlu aku memujuk saraf otak aku ini untuk bawa aku mengembara ke alam khayalan sekejap ? ke sebuah alam yang mana aku boleh bergerak bebas untuk menghasilkan imej imej kehidupan yang aku nak ?

Pesongan Kata : yang sebenar benarnya , aku dah lama pun sebenarnya terima pelawaan my-so-called-old-friend ni . dan aku sendiri telah diberi kepercayaan untuk sama sama me-manage-kan dan membangunkan serta mengusaha-samakan sebuah produk francais sebuah coffee-house ni (sebuah francais terkenal) TERGAMAM siott ! dan itulah yang paling aku angan angankan pun selama ini . ^^

p/s : "Life Is All About Reality , Not Fantasy . . ." Goodluck To Me !  =B

" Masih Belum Sempurna . . . . . "

Tuesday, October 18, 2011

Bila Nak Habis .

dua minggu lalu yang penuh sarat , baru hari ini aku terlarat . itupun sebab aku dah terlebih khayal (tidur) dari petang tadi akibat dari kesan paracetamol yang aku telan .

straight to the point !

ya , aku tak tipu diri sendiri . dua minggu ini memang aku letih berlari lari , berkejar kejaran , terkinja kinja dengan arus kehidupan . baru aku nak merasa duduk sekejap terus aku bertindak lagi , baru nak merasa rehat seketika terus aku bergerak lagi . lagi , aku kena bergerak mengikut aliran arus arus kehidupan ini .

straight to the point !

bila nak ending nya.**

bingai . . .

** : saja aku letakkan tanda noktah [.] sebagai panduan aku sendiri . sebab aku tahu kehidupan takkan berhenti untuk bangunkan aku . aku yang kena bangun dan kejar semula apa yang telah aku tertinggal . take care .

Friday, September 16, 2011

semenjak itu ...

semenjak ,
dua menjak ,
tiga menjak ,
empat menjak ,
lima menjak ,
enam menjak ,
tujuh menjak ,
lapan menjak ,
sembilan menjak ,
sepuluh menjak ,
aku semakin kurang melepak . . .

aku selalu begini , aku adalah sebahagian dari proses kehidupan ini . . . aku berterusan bermain dengan peranan dalam hidup yang penting untuk dijadikan pengalaman . . .

tiada apa yang aku harapkan , angankan dan inginkan dalam kehidupan ini . . . cuma berharap agar aku kental meredah batas batas kehidupan yang ada sambil menggalas liku liku sebuah cita cita .