Tuesday, October 25, 2011

Gedik Mesti Speaking .

zaman aku nak merayau rayau kat shopping complex tanpa arah sebenarnya dah lama aku tak buat . so , aku terpanggil untuk membuang masa seketika hari ni . bak kata omputih "Stress Relief" gitu . eh ? begitu ke ? begitulah kot . . . . .

sementara menunggu member aku pergi cari tapak nak sadai kereta dia kat parking bawah tanah , aku gatal gatal dah masuk menyelinap dalam shopping complex tu . merayau rayau sampailah aku kat satu kedai jual baju baju ni . almaklumlah , jualan longgok 50% - 90% . siapa yang tak meroyan nak pergi ushar ushar kan ? so , dalam aku tengah excited sambil sambil tu aku punggah baju baju yang kemas terlipat rapi oleh akak akak promoter sambil diperhatikan dorang yang melihat gelagat aku . (well , aku gunakan hak aku sebagai pengguna . salah ke ?) then , tiba tiba mata aku terpandangkan pasangan kekasih ni . seorang wanita , seorang lagi perempuan . lesbo ! aku perhatikan jela gerak geri dorang dari belakang . bukan sebab aku tertarik kat dorang . cuma aku tertarik melihat kemesraan dorang kat khalayak ramai . siap fitting baju dalam kat public tu ! (maksud aku sekadar meletakkan pakaian dalam tersebut pada badan pasangannya) . masa ini , aku teringat kata kata ustaz hashim (bukan nama sebenar) . kata ustaz :-

"kalau terpandang aurat seseorang kali pertama tak berdosa , jangan beristighfar lepas tu tatap semula" .

aku gelak kecil je bila teringat kata kata ustaz aku ni . so , aku teruskan jela pemerhatian aku . dari seorang pemunggah baju baju longgok aku berubah menjadi seorang pemerhati . hampir 20minit aku perhatikan jugaklah . aku rasa macam masa tu seolah olah terhenti disitu . ibaratkan situasi tu hanya tinggal aku dengan dua orang perempuan yang sedang bermesra mesra kat depan mata aku masa tu je . kiranya aku umpama jatuh cinta tengok kemesraan pertama dorang gitulah . dan dengan penuh sabar dan tekun aku memerhatikan . mood aku terus spoil . ketenangan aku diragut kawan yang muncul tak lama selepas itu . dengan sekali lafaz kawan aku ni tegur . :-

"apehal kau tercegat macam model seluar dalam buaya (lacoste) ni ?" . . .

"tu hah ! malaysian next top perasan model" . aku menjawab .

. . . . .

err ! aku tak nak cerita panjang lebar pasal skrip yang selanjutnya . aku rasa korang pun tak ingin nak baca kan ? so , kawan aku ni ambil keputusan untuk sama sama menikmati panorama senja tu jela . sedar tak sedar . pasangan perempuan dan wanitanya semakin menghampiri kita orang . terdengarlah sikit bait bait halus speaking dorang yang ala kadar . sayup sayup jek . semakin menghampiri terus rosak segala nafsu , mood dan selera aku . nahh ! keluar loghat English + Kelantan . entah mana mana datangnya dictionary English + Kelantan ni cetak pun aku tak pasti . huk alohh ! gane jadi lagu tu weyhh . . . . .

aku pun cepat cepat beredar dari situ , dalam pada aku cuba nak melupakan peristiwa hitam tu , kawan aku ni tak habis lagi membebelnya .

"natang ! kalau nak gedik tolonglah speaking properly !"

aku terpinga pinga jugaklah dalam kekalutan aku nak lupakan peristiwa hitam tu sambil berfikir . apa kaitan tergedik gedik dengan speaking ? jawapan yang pasti hanya ada pada kawan aku . tapi bagi aku , mungkin dengan tergedik gedik sambil speaking akan menampakkan mereka lebih high class kot ? agaknya lah . . . . .
bak kata pepatah member member gedik aku . "Ohh My Gucci !" ala ala Oh My Goshhh la kononnya tu .

p/s : satu lagi , gejala gedik gedik ni sama je dengan gejala orang gila (kurang siuman) . bila ditanya "kenapa harus mengedik ?" jawapan spontan dorang . "i tak gedik , tapi i manja . . ." alahh gedik ! orang gila pun mana nak mengaku dia gila kan ? tee hee ~

No comments: