Wednesday, February 22, 2012

Cuba Teka ?

(22/2/2012 , pukul 4.37pm , baru tersedar dari tidur , mamai .)

kringgg ! kringgg ! kringgg ! (bukan rintone sebenar) telefon bimbit aku berdering . dalam kemamaian aku berusaha mengenal pasti arah datangnya bunyi telefon bimbit . tanpa mengendahkan siapa gerangan si pemanggil tadi , aku terus menjawab .

" hello , ini En.Azgar ke ?" (kedengaran seperti suara perempuan)

" sudah ! jangan jangan ini pegawai polisi insurans bank ? " getus hati aku , sambil aku cuba mengenalpasti nombor si pemanggil itu tadi . "Private Number" , dayyummmmm ! orang bank la ni , sah ! terdetik sedikit perasaan menyesal sebab jawab panggilan tadi .

<< 10 saat aku mendiamkan diri >>

" hello ! azgar ! " (suara lain dari suara pemanggil yang  pertama tadi)

" ya , bercakap sini . siapa disana " ? (kedengaran ketawa halus dihujung talian) .

"cuba teka ?! " . . . klu dia :- perempuan , kawan sekolah , selalu kena bahan .

aku paling lemah bab teka meneka ni , paling tak suka meneka orang . pasti tak pernah tepat . kalau hampir hampir pun tekaan aku , hampir salah kesemuannya. tee hee ~ so , satu persatu nama member perempuan yang terlintas pernah sekelas dan satu sekolah dengan aku pun aku sebut satu persatu . dan hasilnya , hampir keseluruhan nama yang aku beri semuanya hampir salah belaka . aku menyerah .

" bukanlah , ish ! banyaknya skandal " . balas si pemanggil tadi selepas puas setiap kali aku sebut satu persatu nama kawan perempuan aku .

" habis tu , siapa ? " tanya aku lagi .

" takpelah kalau tak tahu , dah tak ingat la tu . kbye ! "

dan aku paling lemah bila girl merajuk . ada je minta nak kena pujuk . haihhh ~ dan aku paling pantang sekali aku tak tahu siapa pemanggil tadi . hahhh !

" eh , kejap , dah ingat dah . " aku cuba yakinkan dia untuk tidak letak telefon , walhal aku memang kehabisan idea dah nak fikir siapa gerangan pemanggil ini .

" hah ! siapa ? " tanya si pemanggil .

aku cuma berdiam sambil mengamati lenggok suaranya .

" cepatlah ! siapa , letak telefon karang ! " bentak si pemanggil .

" kejap ! tadi ada dah dalam kepala , sekarang dah lari sebatu " jawab aku ringkas .

" sudahlah kau ! ini akulah , Che' Suehaini . kenal tak ? "

" ouh , awek bus stand tu yer ? " terus si pemanggil tadi mematikan panggilannya , marah barangkali . tee hee ~

p/s : aku memang fail bab bab mengingat orang dan peristiwa .

p/s (i) : aku takut nak bercinta lagi sebab nanti kena ingat tarikh mula mula perkenalan , dekat mana , perkara perkara yang pernah diborakkan dulu , lagu tema percintaan , warna baju , makanan kegemaran dan sebagainya . pasti aku gagal ! tapi kalau perempuan mesti dia ingat perkara ni sampai bila bila , kenapa yerr ? tee hee ~

Thursday, February 16, 2012

Bukan Entri Emo #3

"Apa Jalan Yang Kau Nak Dalam Hidup"

persoalan ini perlu ditanya kepada setiap orang . aku pun selalu bertanyakan pada diri aku sendiri . sampai termenung berhari hari . be professional , gentle aku cakapkan yang kadang kadang aku tak tahu apa yang aku buat dalam hidup , apa yang cuba aku capai dalam hidup . berulang kali dan jelas sekali disini aku nyatakan aku tak pasti dengan konsep kehidupan aku sendiri . kadang kadang aku rasa hanyut dalam kehidupan .

sejuk ,
bahagia ,
sendiri .

satu keadaan tanpa graviti , berpijak tidak nyata , terapung tak terawangan . berselerak , langsung tiada pasti . tapi aku merelakan seperti realiti .

aku cuba,
aku cuba menguruskan kehidupan sedia ada , seperti sediakala . tapi tak jumpa apa apa juga . kadang aku bosan dengan satu satu benda . aku cuba benda baru , bosan ! aku ubah kepada sesuatu yang baru lagi , fresh !

aku mahu itu ,
aku mahu ini ,
aku nak yang baru ,
aku nak yang terkini .

aku ingin terus menerus begini .
terus melihat diri aku dari sisi mata yang lain .

aku bukan pemberontak,
aku bukan racist,
cuma setiap perkara bermula dari angan angan ,
sampai masa ,
dilaksanakan .

Bukan Entri Emo #2

disebuah kedai ,
di tengah tengah ruang deretan kerusi meja ,
kau pesan air kesukaan aku ,
juga air kegemaran kau .

lalu pesanan tiba .

lantas kau capai air kesukaan aku ,
kau tukarkan dengan air kegemaran kau .

aku lopong .

dalam bual kau gambarkan yang air kegemaran kau itu hati aku ,
dalam bual kau gambarkan yang air kesukaan aku itu perasaan kau .

lalu kau mula minum air kesukaan aku itu ,
sesedut ,
demi sesedut ,
seakan mencuba menghabiskan air kesukaan aku itu .

aku lopong !
diam ,
sengih ,
layan ,
riang .

aku bertanyakan ,
benar penuh segelas air ini hati kau ?
boleh aku simpan ?

kau diam ,
sengih .

jawab kau ,
"aku tak pernah beri" .

- Di kedai makan
15/2/2011
9.38PM

Saturday, February 11, 2012

Missed Call Itu Panggilan Rindu ?

Jam menunjukkan tepat ke pukul 12.30 malam . sedang aku leka menyiapkan kerja kerja yang tertunggak . aku dikejutkan dengan bunyi yang sayu sayu di hujung gegendang telinga ini . bunyi yang seakan akan aku kenali . teet-teet ~ teet-teet ~ (bunyi mesej) . aku cuba mendapatkan kepastian , aku bergegas mendapatkan telefon bimbit yang aku simpan kemas dalam laci . sangkaan aku memang tepat . ada satu mesej yang aku terima yang turut dilampirkan bersama 10 missed call ! kejadah apa ? aku pun cuba meng-unlock telefon bimbit aku sendiri untuk memastikan siapa gerangan yang cuba cuba untuk menghubungi aku waktu aku sedang bekerja . agak terkejut untuk aku seketika , satu nombor pemilik yang agak familiar tertera pada skrin telefon bimbit aku .

aku cuba mengeledah inbox aku pula , ternyata si pengirim ini dari si pemanggil yang sama .

"Dah sombong ! missed call tak reply" dalam kebingungan aku cuba untuk ketawa .

aku tidak terus menelefon kembali , sahaja aku mencuba untuk jual mahal . tee hee ~ lagipun kalau benar benar ada hal penting , boleh direct hantar mesej . maka , kali ini aku pastikan yang telefon bimbit dalam genggaman aku sambil aku cuba untuk menyiapkan kerja kerja sebelum aku pulang . sambil aku menyiapkan kerja . tiba tiba , telefon bimbit aku berdering lagi . tapi kali ini , bunyinya agak pendek dan aku tidak berkesempatan untuk menjawab langsung . seolah olah si pemanggil itu cuba mencabar kredibiliti kau yang sedang cuba untuk jual mahal ketika itu . seolah olah si pemanggil itu tahu yang telefon bimbit aku berada pada aku . aku toleh keadaan sekeliling , memerhatikan sekeliling kalau kalau ada yang memerhatikan aku dalam kesamaran malam . tapi tiada seorang pun yang mencurigakan . aku cuba untuk memastikan siapa gerangan yang mencuba untuk mencabar kredibiliti aku . ternyata , orang yang sama .

"ishhh ! apa dia nak missed call aku malam malam camnie?" getus hati aku .

aku mula menjadi risau , serba salah , serba serbi tak kena . makanya , aku melonggarkan kredibiliti aku yang mula mula tadi jual mahal itu untuk menelefon semula .

"hello, kenapa missed call banyak banyak kali?" tanya aku sebaik panggilan aku dijawab .

"saja buat missed call..." jawabnya dengan nada tanpa punyai perasaan bersalah .

"malam malam camnie? kenapa missed call?" desak aku untuk kepastian .

"lahh, missed call kan panggilan rindu." saya rindu, dah lama tak jumpa." jawabnya selamba dan serius .

"erkk, rindu saya? okay, ada masa kita jumpa . jawab aku ringkas . (taipan panjang panjang pun bukan korang nak ambil tahu pun kan? kan ?) .

p/s : aku baru tahu fungsi missed call selain minta pertolongan sesuatu yang amat penting juga boleh digunakan untuk meluahkan rasa rindu . =D

p/s : lepas ni aku tak terikut dah kata kata orang tua tua kononya kalau bulu mata kita gugur , tanda orang rindukan kita . sesiapa yang dapat missed call dari bf/gf dia , itu tandanya bf/gf anda sedang merindui anda . sekian . =B

Friday, February 10, 2012

Suatu Hari , Aku Pasti Buat Mak Aku Menangis .

hari ini , jumaat . 10 februari 2012 ...

untuk yang sekalian kalinya . ini kali yang ketiga aku menghadirkan diri dalam majlis akad nikah teman teman bersenda aku . dan sekalian kalinya , ini kali pertama aku merasa duduk berdekatan dengan imam , sebelah menyebelah lagi (selalunya aku sibuk ushar barang barang hantaran . tee hee) . macam aku pula yang minta nak dinikahkan . tee hee ~ sementara menunggu imam menstabilkan nafas yang tercungap cungap anak sepat itu . aku diselubungi satu perasaan . Gementar ! tapi aku tengok muka member aku ni suci macam sejadah , tenang . sekali lafaz terus sah sambil disaksikan beberapa ahli keluarga termasuklah aku sendiri . syukur alhamdulillah , akhirnya selamat diijabkabulkan . dan dalam suasana serba serbi bercampur baur itu , cuping telinga aku tiba tiba cepat menangkap perbualan yang manis tapi sinis beberapa tetamu yang diundang .

"eh , macam main kahwin kahwin pula , kejap je dah jadi suami orang" .

aku pun turut merasakan perkara yang sama . itu yang aku pun terasa macam nak kahwin juga . hilang semua perasaan gementar masa mula mula duduk bersebelahan imam tadi . 10 minit dah selesai . tapi tanggungjawab ? ada akal gunakan dengan bijak pandai . tee hee ~

syukur sekali lagi yang teman aku ini dah jadi suami orang . kalau ikut purata teman teman aku tinggal beberapa kerat je lagi yang masih belum mengubah hala tuju kehidupan . termasuklah aku yang beberapa kerat itu . adoiyaiii ~ kena cepat cari seorang lepas ini . tee hee ~ satu hal lagi sebelum aku terlupa , masa imam tengah membacakan doa selepas akad nikah tadi , aku terperasan yang airmata mak teman aku ini mengalir . agak deras jugak sebab beberapa kali aku tengokkan makcik tu kesat airmata guna tudung yang dipakainya . jelas kelihatan airmata seorang ibu cukup sekadar kesan kesatan pada tudungnya . terlalu gembira barangkali . mulalah aku sayu , hati tisu . huhu . aku perhatikan pengantin perempuan pula seakan cuba menahan sebak . barangkali cuba menahan diri dari menangis kat depan tetamu dan depan aku yang sedang memerhati . (bukan main mata , okay!) .

makanya , dikesempatan ini . aku pun akan buat mak aku menangis juga nanti . tapi bukan menangis kerana kesalahan atau keburukkan yang selama ini aku lakukan .tetapi aku akan pastikan yang ibu aku akan menangis kerana perkara baik yang aku lakukan . senang cerita , aku kahwin lah . sudah pasti mak aku akan berlinang airmata . tee hee ~

p/s : airmata ibu kalau betul pada keadaan dan situasi adalah satu keberkatan dan keredhaan dari seorang ibu . =)

p/s (i) : tajuk entri aku memang agak "derhaka" . tapi bukan "derhaka sebegitu yang aku maksudkan . renung-renungkan . =)

Tuesday, January 31, 2012

Bukan Entri Emo #1

sekarang ini aku terkandas dalam realiti .
dalam arus kemodeniti ini .
bukan fantasi .

siapa yang membawa dosa ini ?
mereka yang aku sanjung dan hormati ?
atau kamu yang aku kasihi sepanjang perkenalan ini ?
selama pergaulan ini ?

tergamak ,
sampai hati buat aku begini .
aku buka persoalan ini .
kemana ?
bagaimana ?
mengapa ?
bila ?

biadap sungguh minda ini .
dan sekarang ini .
musuh aku adalah minda dan mentaliti aku sendiri .

perang sunyi .
oh ,
aku sendiri ?
cuba menepis jauh jauh realiti .

sekali lagi ,
waktu ini ,
kali ini ,

BINGAI !