Wednesday, April 27, 2011

buat duit , cari duit , makan duit .

sender : 62003
content :-

yang , tengah buat apa tu ? bosan ? ingin dapatkan gambar bogel esah (aka JANEDOE dalam bahasa melayu nya) taip ON<>CUN dan hantarkan ke 62003 . mesti baik punyer .

NOTAKAKI : kepada pakwe pakwe kaberet siESAH nie , mintak tolong sangat sangat jaga siESAH nie baik baik , kesian dia . anak yatim , hidup terpinggir . korang tolonglah jaga siESAH nie elok elok yerr ! hidup susah sampai jual maruah (tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah tiada) #OHMANUSIA! kerja nak "makan duit" oranglah tu .

sender : +628945610981
content :-

ni ayah nie , sekarang ayah kat balai polis , ada masalah pasal visa ayah . mintak tolong sangat sangat masukkan top-up RM50 (demand nak mampus) kat nombor baru ayah . 0122459981 . tak payah call , da selesai ayah call semula .

NOTAKAKI : makluman kepada "anak ayah" diatas , jagalah elok elok "ayah" korang yerr , tak pasal korang duduk senang lenang kat luar , ayahnya korang perok kat balai . #OHDUNIA! jangan sampai siBISKUT jadikan korang "ayah" kat balai polis tu betul betul baru tahu .
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
budiman dan budimanita luar sana sekalian , para blogger rasmi dan pembaca senyap senyap (stalker) yang sebenarnya banyak lagi perilaku sumbang camnie kat luar sana , kebanyakkan korang pun pernah terima benda yang sama macamnie jugakkan? even tak sama macam yang siBISKUT terima ini , tapi lebih kurang jugakkan berkait sesama dorang dan agak menyemakkan peti inbox korang kan ? . sekarang nie banyak sangat cara / jalan / idea nak cari duit . tak kisahlah halal , makruh , sunat , harus , haram segala bagailah cara yang digunakkan manusia semata mata mencari rezeki . jalan mudah mendapatkan wang tanpa usaha dan mengenal payah dan jerih iaitu dengan cara menipu , memeras , meragut , merampas , merobek dan membagai* (bukan bahasa malaysia yang betul) lagilah cara yang digunakan .

alkisah pasal "buat duit , cari duit , makan duit" bukanlah nak memburukkan orang yang "berusaha" mencari sumber rezeki dengan cara menipu segala bagai ni , jauh sekalilah nak menghina dan memburukkan komuniti korang , cuma bersimpatilah sikit dengan orang yang ditipunya , dengan modal kecil dan tak seberapa korang dah berjaya memperdayakan golongan golongan naif (terutama yang kurang celik tentang peredaran teknologi semasa) apa korang tak fikir ke kalau mak ayah korang jugak yang naif dan turut serta sama ditipu ? apalah adanya hidup senang dengan menipu ? kaya dengan meragut orang lain , bahagia dengan memeras orang sini sana ? kalau kecik kecik dulu mak ayah korang dah ajar menabung mesti korang tak hidup tersisih , merempat , menganiaya , sengsarakan hidup orang lain sekarang ni . silap silap korang pun tengah lepak lepak minum dengan kengkawan tanpa ada sebarang masalah kesulitan atau kesempitan wang .

dalam dunia ni , (kat malaysia terutamanya) mana mana tempat ada lubuk duit , kerajaan pun sekarang dah mengutamakan belia belia bangsa macam kita ni . setiap pembangunan yang dilakukan kerajaan semuanya mengutamakan belia sebagai pelapis dan pendorong harapan bangsa , seiring dan sejajar harapan pembangunan globalisasi dan intelektual . disebalik arus pembangunan negara , siBISKUT turut tidak terlepas dan tercicir dari mengalami proses perubahan hidup dari satu tahap ke satu tahap yang lain . demi  menjadikan rona cerita kehidupan siBISKUT lebih baik dan bermakna . dengan mengimpikan sebuah kehidupan yang sederhana dimasa hadapan , tidak banyak yang boleh siBISKUT lakukan jika hanya duduk menongkat dagu , diam menunggulkan diri seperti batu . apa apa pun satu tindakan atau jalan perlu diambil bagi mengubah persepsi hidup . pernah mengimpikan pelbagai benda sepanjang kehiduapan ini , tapi jika tanpa usaha , impian sekadar mimpi yang dikongsi dalam minda dan hati . macam macam perkara telah siBISKUT lakukan dalam kehidupan ini . waiter , bartender , guest DJ , freelance dan segala bagai lagilah . (okey ! bukan sebagainya pun , tak sampai tergamak jual diri apa segala bagai ni) . baru baru ni (actually dah lama pendam hasrat) cuma kebelakangan ini siBISKUT terpanggil untuk menceburi bidang printing marketing ni atau lebih mudah "silkscreen printing" alahh ! menda alah yang orang print print logo / gambar pada pakaian tu ?

*sekadar gambar hiasan*

*sekadar gambar hiasan*


*sekadar gambar hiasan*

dan mujur jugaklah hasrat yang terpendam ini telah direalisasikan baru baru ini oleh mereka mereka yang menyokong siBISKUT secara terang terangan langsung , secara sembunyi sembunyi (mendoakan kejayaan siBISKUT) , berdepan depan kata (kata kata semangat) dan cakap belakang pandang (ini tak baik punya orang) . walau apa apa pun ini baru rancangan permulaan siBISKUT dalam menjalani sebuah lagi proses kehidupan , satu lagi cabaran intuk siBISKUT harungi dalam kehidupan . #BERANGKAT KE KUALA LUMPUR . sekian 


 #TOBECONTINUE . . .

Tuesday, April 19, 2011

DJ dan 2ND HOME BISTRO



2ND HOME ?! mesti ada yang kurang familiar dengan tempat nie kan ? 2ND HOME ? rumah sewa / tumpangan siBISKUT kah ? tak agak agak jugakkan rumah sewa sampai nak naik signboard macam nie ? actually , 2ND HOME adalah sebuah bistro kepunyaan kawan siBISKUT , jeffry namanya (bukan nama sebenar) , terletak kira kira 3KM dari pusat bandar (taklah besar mana pun , sebab itu terpencil sikit dari bandar) . apa yang boleh disimpulkan , 2ND HOME nie agak menarik bagi siBISKUT . walau terpencil dari kawasan bandar tapi cukulah sekadar duduk melayan perasaan sambil berkaraoke bersama teman dan minum minum melayani perasaan (minuman beralkohol dan non-alcoholic drink disediakan) . mula beroperasi pada tahun 2002 (sebelum itu U2 BISTRO) sehingga kini (2ND HOME PUB & BISTRO) . *promosi secara samar samar* tee hee ~

yang sebenar benarnya bukannya niat nak promosi pasal 2ND HOME nie , dah terang lagi nampak depan mata , blog siBISKUT maka perihal siBISKUT sahaja lah . bercerita akan perihal siBISKUT pulak , ahad hari tu (17apr2011) siBISKUT dapat panggilan dari siJEFFRY , katanya nak minta tolong handle sets music untuk malam tu , atas alasan ada kerja luar yang perlu diselesaikan . tanpa berfikir panjang siBISKUT terima atas dasar tolong kawan kawan . hari yang malam yang dijanjikan (pukul 8.00pm) siBISKUT terpacak kat depan kedai . dalam hati terus berkata dan benak berfikir , "apakah benar ini yang siBISKUT lakukan?" tanpa berlengah pintu ditolak dan kelihatan beberapa pelanggan sedang menikmati "happy hour" masing masing . dengan keadaan yang suram suram muram , siBISKUT menghampiri DJ booth dimana disitu tempat siBISKUT bakal "mewarnakan" malam malam yang suram . jangkaan siBISKUT meleset , keadaan berubah hampa setelah "sets" tersebut telah diambil pulang oleh siJEFFRY tanpa disengajakan . habis semua diangkutnya , kosong ! tapak sahaja yang tinggal . dan dalam keadaan yang serba serbi tak kena mujur ada bartender yang sudi meminjamkan laptopnya sebagai alternatif , dan walaupun tanpa kehadiran "sets" yang lengkap mujur jugaklah siBISKUT sudah menyediakan beberapa lagu yang telah di-download secara haram dan ada jugak yang di-bluetooth dengan rakus dari teman teman lain .

*sekadar gambar hiasan*



*sekadar gambar hiasan*


tak kurang jugak lagu yang telah siBISKUT mixed kan . inilah hasilnya :- (klik pada link kat bawah nie) .




selama dua hari menjadi DJ terjun (si-polan bahasa dari bidan terjun) banyak feedback yang menarik siBISKUT terima , tak kurang jugak mereka yang menyokong siBISKUT berkerjaya tetap sebagai seorang DJ . walau apa apa sekalipun , siBISKUT tidak sesekali akan menjadikan karier DJ dengan DJ-ing kat mana mana club kerana bukan ini yang siBISKUT ingin lakukan dalam hidup , cukuplah sekadar DJ-ing ini sebagai lifestyle dan minat siBISKUT terhadap muzik kerana siBISKUT punyai cita cita lain yang bukan hanya sebuah keinginan tapi sebuah usaha nyata (post yang akan datang mungkin siBISKUT akan ceritakan mengenainya) apa apa pun siBISKUT sangat bersyukur diatas penerimaan lagu lagu yang telah siBISKUT cuba ketengahkan walaupun pada hakikat bukan ramai yang meminati aliran eletronica sebagai aliran muzik yang konvensional dan praktikal , tapi dibawah pengaruh muzik semua mereka mampu tersenyum girang .

#HOUSEMUSIC4LIFE . . . to be continue .

Tuesday, April 12, 2011

7 langkah untuk kekal G.E.M.B.I.R.A

Alhamdulillah , secara peribadi siBISKUT sangat gembira dan teruja walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa nak mengizinkan (akibat alahan makanan) . walaupun perit telinga untuk mendengar , namun geli hati menerima segala pandangan dan cakap-cakap kosong orang sekeliling , bukannya tidak menghargai tiap curahan dan limpahan simpati mereka , bukan menidakkan orang sekeliling yang telah mengambil berat akan keadaan kesihatan siBISKUT , cuma agak keterlaluan caranya dengan membuat spekulasi liar lagi tidak masuk akal dengan setiap spekulasi yang dilontarkan berdasarkan pemerhatian tanpa usul periksa ?

logiknya korang fikir-fikirkan lah (ini bukan paksaan , berfikirlah sejenak untuk renungan bersama . tee hee~) . hanya dengan pandangan mata kasar tanpa mengetahui asas sesebuah perkara yang terjadi (sekarang korang bayangkan korang jadi siBISKUT) . . .
  • "midah ! (bukan nama sebenar) teruk anak engkau ni , kena buatan orang nie (santau)" .
  • "s.i.a.l la lu bai ! engkau dah kena kudis buta<<LoL>> (panas hati tak habis lagi dengan mamat sorang ni)
  • "enal (bukan nama sebenar) . ini mesti anak kau ada langgar pantang kat tempat orang , penunggu dah marah lah nie anak kau jadi mangsa . (boleh tahan tergugat jugaklah emosi masa ni) .
berikut adalah antara skrip atau lebih bermakna lagi spekulasi yang kebanyakkannya lahir dari mereka-mereka yang mengambil berat dan bersimpati terhadap siBISKUT tempoh hari . apa-apa pun yang telah mereka hujahkan mahupun melontarkan pendapat itu dari keikhlasan masing-masing , itu adalah hak individu terbabit . kadang-kadang sebagai manusia kita sendiri tak menyedari malahan tidak menyangka yang tiap baris ayat dan tutur bicara kita terkadang bisa mengusik dan menyentuh perasaan orang sekeliling tanpa kita sedari . dan dengan nekad untuk melepaskan dan melupakan segala tekanan . siBISKUT ingin mengetengahkan sedikit pendapat atau pandangan bagi mencari dan membina keceriaan dalam hidup , disini , siBISKUT bakal rangkumkan basic ataupun asas untuk menikmati kehidupan yang ceria . ianya sesuatu yang ringkas dan sederhana untuk tatapan pembaca (tak nak baca pun tiada masalah pun , bukannya suatu kewajipan untuk anda mengambil tahu)
  1. JANGAN ADA BENCI : tak kiralah sama ada pada keluarga , kawan-kawan , pensyarah , rakan kuliah waima makcik/pakcik tukang sapu kerana mereka juga manusia seperti korang . kebencian yang menebal akan merosakkan niat dan keikhlasan korang terhadap hidup sendiri . seriously korang yang rugi nanti , kerajaan sah-sah tak ambil kisah , syarikat insurans pun tak ambil peduli . so buat apa perap "benci" lama-lama bagai . tee hee ~
  2.  JANGAN BIMBANG : kebimbangan yang melampau atau paranoid dan tidak bersebab menjadi punca tekanan hidup hari ini . kebimbangan yang ekstrem akan membuatkan korang sentiasa dalam keaddan yang tidak tenteram . sebaiknya , cubalah usahakan apa yang boleh , lakukan penilaian yang mendalam yang menjadi punca kebimbangan dan kalau boleh cuba sebarkan kebimbangan anda pada orang sekeliling agar anda tidak rasa tertekan dan mereka tahu apa yang sedang anda bimbangkan . tee hee ~
  3. KESEDERHANAAN : beserdehana dalam hidup merukan tuntutan agama kita . "kesederhanaan" adalah kesempurnaan dalam sesebuah kehidupan . "biar hidup tidak mewah , bukan selamanya kita dibawah . biar kita tidak berharta , asal kita tidak leka" . **(cuba korang hitung nisbah purata setiap manusia yang hidup menderita susah seluruh dunia) **purata populasi manusia sekarang lebih kurang 7 juta orang seluruh dunia . 
  4. BERHENTI MENGHARAP : harapan yang menggunung itu kadang-kadang bisa menghampakan korang . benda yang telah ditetapkan tak mungkin diubah (kecuali atas kehendak-NYA) kenyataan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan , namun haruslah belajar menerimanya . kadang-kadang , benda yang kita pandang remeh itu adalah yang terbaik dalam kehidupan , dan bukannya bermakna perkara-perkara yang besar (kegembiraan , kesenangan) itu indah kerana setiap hal dan perkara yang terjadi memerlukan sebuah pengorbanan dari diri sendiri .
  5. BELAJAR UNTUK MEMBERI : ini merupakan salah satu langkah yang patut korang renungkan . (dapat sejenak pun tak apalah) . bagi membersihkan minda dan diri , kepuasan orang yang memberi lebih bermakna dari yang menerima . sebagai contoh , keikhlasan korang dalam memberi pendapat kadang-kadang dapat membuatkan orang yang mendengar itu turut sama merasai apa yang telah korang sampaikan . so , rajin-rajinlah update akaun facebook , twitter , myspace dan bagai lagilah . untung-untung korang dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan yang korang bina . tee hee ~
  6. SENYUM : bukan selalu , tapi sentiasalah cuba untuk senyum dalam apa pun situasi (so far,belum termampu lagilah . tapi tak salah mencuba okeyy) ciri-ciri sesebuah senyuman adalah apabila sesebuah senyuman diukir dan dilemparkan , hadirnya keikhlasan dari raut wajah (dan bukannya tanda di dahi) . senyuman yang damai , ikhlas dan jujur . dengan senyuman kita mampu mengubah dan menceriakan suasana sekeliling . ayuh ! lengkapkan penampilan anda dengan senyuman . tee hee ~
  7. KAWAN RAPAT : disebalik lambakkan kawan (kawan sekerja , serumah , sekuliah) mesti ada seorang yang benar-benar rapat dan tahu segala latar belakang korang hinggakan ke perangai buruk korang pun dia tahu kan ? kawan rapat perlulah saling berteman , saling memahami , saling menghormati , saling menasihati dan saling bersifat keterbukaan dalam bicara mahupun pandangan . kawan bukan lawan , pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan mahupun kesusahan korang , tapi janganlah sampai menyusahkan dan menganiayai hidup kawannya pulak . 
notakaki : ini sekadar manual/pandangan semata-mata , bukan nak berlagak pandai/baik nukilan sekadar berkongsi maklumat untuk melihat orang sekeliling siBISKUT ceria dan tenang menghadapi kehidupan masing-masing .

Wednesday, April 6, 2011

R.O.A.D.T.R.I.P ! ! !

apa khabar budiman dan budimanita diluar serta para pembaca blog siBISKUT (termasuklah followers) ? baik-baik ke seadanya ? well , introduction yang sungguh simple ini bakal dihadirkan ataupun lebih senang dilampirkan dengan artikel yang ringkas dan serba-serbi "santai" ~ tee hee . tengok title pun ada ura-ura atau seakan kena mengena dengan apa yang siBISKUT bakal transkripkan dalam bentuk penulisan .
ROADTRIP ! atau lebih mudah faham "PERJALANAN" dan lebih mesra lagi
"MAKAN ANGIN" ~ . "MAKAN ANGIN" pada 03APR2011 (AHAD) siBISKUT sekeluarga (termasuk kakak ipar) menunaikan salah satu permintaan adik siBISKUT (teringin nak jejak @ lihat "MESRA MALL") .

pagi tu (ahad) planning untuk bergerak awal terbantut sikit jugaklah (semuanya angkara bangun lewat) tee hee ~ planning yang awalnya nak bergerak jam 8.00 pagi tertangguh sehingga jam 9.00 pagi . 45minit kemudian siBISKUT sekeluarga selamat tiba di sempadan antara kuantan-kemaman . 45minit kemudiannya , sampailah kami ke destinasi pertama kami . . . . . KEMAMAN .

----------------------------------------------------------------------------------------------------

DESTINASI PERTAMA

lokasi pertama : MESRA MALL .
p/s : lebih kurang dua jam jugaklah bertapa kat dalam nie . sakan bebenor gamaknya . tee hee ~ .

SANTAPAN PERTAMA !!! MENU : KUEY TEOW GORENG + MILO KOSONG .
p/s : selepas ronda-ronda MESRA MALL , it's SANTAPAN time ! ! ! tee hee ~



KEDAI CHAMELEON (menjual aksesori / perhiasan / barang kecantikkan wanita) merupakan mangsa pertama tempat kami bergambar . tee hee ~ SEMPOIIII ~ .

KESENGALAN ~
p/s : setelah sejam menunggu dorang shopping . layan snap-snap gambar kejap . tee hee ~

BORINGGGGGGGG ~
p/s : selepas sejam setengah menunggu . . . tak selesai lagi "kegiatan" mereka . (biasalah perempuan ~) .


------------------------------------------------------------------------------------------------------

DESTINASI KEDUA

selesai segala aktiviti (kat MESRA MALL) . kami menyusuri jalan-jalan sekitar kemaman . sampailah kami di . . . . .

PANTAI KEMASIK !
p/s : maaf gambar tak berapa clear (dalam keadaan kereta bergerak) .



p/s : permandangan sekitar pantai kemasik ~ memeh cung ! ! !


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

DESTINASI KETIGA

pasti tak sah makan angin ke terengganu jika tidak menikmati makanan rutin yang paling famous kat sini , yakni , KEROPOK LEKOR / SATA / OTAK-OTAK . . . . .


p/s : selepas selesai menikmati juadah petang . tee hee ~ disahut dengan siupan angin bayu laut , mata pun dah sotim (mengantuk) . perut dah kenyang , hati sudah senang . tapi ghairah nak meronda-ronda sekitar kemaman lagi nie . teee hee ~ .

NOTAKAKI : lokasi seterusnya tidak dapat dipaparkan kerana camera kehabisan bateri , so very the sorry to say guys !!!! terpaksa laa skip setakat ini dahulu . TETAPI , nak juga beritahu yang aktiviti selepas ini adalah sesi menjelajah pasaraya ! tee hee ~ memborong pakaian yang murah-murahlah katakan . SEKALI LAGI mohon maaf kerana tiada paparan untuk dipaparkan sebagai perkongsian untuk pembaca-pembaca sekalian . apa yang dipaparkan hanyalah sebahagian dari cebisan apa yang telah mata ini nikmati sepanjang perjalanan tersebut . apa-apa pun , inilah trip yang terbaik pernah siBISKUT lalui . harap-harap ada peluang dan berkesempatan ke neegeri-negeri lain pula . THE END !

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : pemandangan sekitar kawasan perumahan pada waktu senja . (selamat pergi dan selepas selamat pulang ke rumah dalam keadaan selamat) . aminn . tee hee ~

Saturday, April 2, 2011

H.U.M.A.N . . . MAN ,WOMAN and DONKEY .

EQUATION #1

HUMAN = Eat + Sleep + Work + Enjoy
DONKEY = Eat + Sleep

therefore :-
HUMAN = Donkey + Work + Enjoy

therefore :-
Human - Work - Enjoy = DONKEY 

in other words ,  A human that doesn't know how to enjoy = donkey thats works . tee hee ~

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

EQUATION #2

MAN = Eat + Sleep + Earn Money
DONKEY = Eat + Sleep

therefore :-
MAN = Donkey + Earn Money

therefore :-
Man - Earn Money = DONKEY

in other words , A man who doesn't earn money = DONKEY ! tee hee ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

EQUATION #3

WOMAN = Eat + Sleep + Spend
DONKEY = Eat + Sleep

therefore :-
WOMAN = Donkey + Spend
Woman - Spend = DONKEY

in other words , A woman who doesn't spend = Donkey ! tee hee ~

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

To Conclude :-
>> from EQUATION #2 and EQUATION #3 .

A man who doesn't earn money = A woman who doesn't spend . so , man earns money not to let woman become A donkey ! and A woman spends not to let A man  become A donkey ! tee hee ~

so , we  have : "Man + Woman = Donkey + Earn Money + Donkey + Spend Money" .

therefore from postulates #1 and #2 , we can conclude :-

MAN + WOMAN = 2 Donkeys that live happily ever after .

THE END . . . . .