Friday, February 25, 2011

Ciri-Ciri W.A.N.I.T.A Yang Patut Dijauhi L.E.L.A.K.I

halu ~ halu ~ haluuuuu ~
lebih seminggu lalu entry siBISKUT menyentuh kisah tentang "Tips Mengenali lelaki" . kalau tak tahu , scroll kebawah sedikit dan akan terlihatlah entry tersebut , cukup menyentuh akan cerita
"Tips Mengenali Lelaki" . untuk blog entry kali ini nak menyentuh sikit tentang kaum adam khususnya (untuk wanita sebagai muhasabah diri pun boleh jugak) . kalau blog entry yang lepas menyentuh tentang ciri-ciri lelaki yang wanita patut tahu untuk dijadikan teman hidup , tapi berbeza untuk kali ini . bukan ciri-ciri wanita yang lelaki patut pilih untuk dijadikan teman hidup , tetapi "Ciri-Ciri Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki" . bukan niat nak menangkan kaum lelaki , tetapi sebagai seorang lelaki tak salah untuk berkongsi pandangan tentang kehidupan .

nak dipendekkan kisahnya (terpaksa sebab mengejar masa) tee hee ~ . ada beberapa tips untuk pembaca tentang "Ciri-Ciri Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki" . :-

  • Perasan Cantik
seriously kalau korang berdepan dengan wanita macam ni korang pun akan rasa jelak . wanita yang beranggapan dia cantik selalunya akan berasa yang mereka mampu mencairkan hati lelaki , lebih malang lagi ada yang menggunakan "aset" yang mereka miliki digunakan untuk mengikis harta lelaki yang mendambakan layanan wanita cantik (spesis hidung belang bolehlah kot) . *perempuan jenis ni tak payah kenal hati budi pun korang dah boleh nampak cintanya melekat didahi bukan hatinya* tee hee ~

  • Ouhh ! Sugar Daddy
memanglah dalam menjalani kehidupan serba-serbi memerlukan wang , even masuk public toilet pun duit . parking sekejap kereta kat bandar pun berbayar . semuanya adalah duit . sampai ada wanita yang berdamping dengan lelaki (sugar-daddy) untuk menikmati limpahan kemewahan hidup yang mereka inginkan walau terpaksa bergadai jiwa dan raga . *bagi lelaki (sugar-daddy) ini merupakan satu peluang yang sukar dilepaskan diatas limpahan kemewahan yang telah mereka berikan .

  • Mengambil Kesempatan
bijak mengatur langkah , cermat mengisi setiap peluang , pantas bertindak tanpa mengira akan sesuatu itu bukan hak mereka . asalkan sasaran mereka itu yang menarik pandangan . wanita jenis ini tidak akan melengah-lengah dalam merencanakan misi dan visi mereka . *kalau tidak , masakan kisah tunang @ suami orang berlaku*

  • Suka Mengonkong
seeloknya kalau dalam tempoh perkenalan dengan seorang wanita itu memang sifat ini ditonjolkan , adalah lebih baik menjauhi dengan segera . jangan didekati golongan seperti ini . bukan menidakkan kejadian wanita yang "mengawal" . tapi kalau setiap celik mata setiap pagi hingga pejam mata malam harinya setiap urusan harian atau aktiviti dikawal dan perlu dilaporkan pada pasangannya setiap masa adalah tidak masuk akal . *kalau ya pun cemburu janganlah bertindak seperti saka yang sentiasa berdamping dengan tuannya . boleh jadi stress lelaki* tee hee ~

  • Kesempurnaan
kesempurnaan hidup amat diharapkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan . tapi kalau aspek "Kesempurnaan" terlalu ditekankan dalam hidup boleh jadi sesuatu yang amat merimaskan dalam institusi sesebuah kelurga . bagi mereka , orang sekelilingnya adalah salah dalam perkara yang mereka lakukan dan dia sahajalah yang betul . *kalau ini terjadi , alamatnya makan hatilah si suami selama hayatnya bersama* tee hee ~

  • Selekeh
kalau umum mengetahui lelaki selekah alamatnya jauhlah jodoh dari mereka . begitu jugak wanita . sebelum mendirikan rumahtanggaa . mekap , barang kemas memang tak pernah lekang . kalau boleh celik mata bersolek , tidur pun bersolek . sebulan berapa kali agaknya bertukar produk . lepas kahwin ? nahh ! kalau berkain batik @ baju kelawar sejak dari celik mata , sampai ke malam kesudahannya masih begitu . boleh sangat nak buat list barang kecantikkan untuk setiap bulan entah berapa kali membelinya . *kalau macam ni , usah kata jodoh , rezeki pun lari* tee hee ~

  • Suka Mengharap
sesetengah wanita agak sukar dalam membuatkan keputusan sendiri , walaupun keputusan yang mereka buat itu adalah untuk kebaikkan sendiri . itu tidaklah menjadi masalah sangat dalam membina kehidupan berumahtangga . tetapi kalau terlalu mengharapkan orang lain untuk menentukan hidupnya adalah amat menjelakkan . *agak-agak kalau wanita macam ni ditinggalakn suaminya macamana agaknya kehidupan mereka nanti yer ?* tee hee ~

  • Cemburu Buta
bayangkan korang tengah minum petang dengan klien (perempuan) dalam pada tengah bincang didatangi pula isteri lalu menyerang perempua tersebut dan merencatkan perbincangan . pasti amat memalukan dan rasa macam nak humban diri kat mana-mana gaung yang berdekatan . malu kepalang dengan kliennya , orang sekeliling dan rumahtangga sendiri . adalah tidak adil untuk bertindak tanpa mengambil kira keadaan dan suasana ketika itu . *cemburu buta adalah punca utama keruntuhan sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan*

notakaki : tee hee ~ ini adalah sedikit coretan untuk pembaca dalam menilai kehidupan sendiri , bukan niat siBISKUT nak menilai kehidupan orang lain yang mana siBISKUT sendiri tak lalui kehidupan dorang . coretan ringkas ini adalah cebisan dari pengalaman dan pengamatan mata siBISKUT sendiri . melihat sendiri akan perihal manusia memang kesukaan siBISKUT (bukan untuk menilai baik buruk mereka , tetapi sekadar renungan untuk diri sendiri) dari pengalaman siBISKUT coretkan untuk dijadikan pengajaran pada pembaca lelaki mahupun wanita .
#TAMAT#


Sunday, February 20, 2011

T.I.P.S Mengenali Lelaki

~halu ~halu ~haluuuuuu ~ . . .
ni nak kongsi sikit pasal perihal wanita @ gadis pasal cara nak
"Memilih Lelaki Sebagai Teman Hidup" . kebetulan tengah gelodeh-gelodeh internet terjumpalah akan sebuah artikel ni . so , nak lah jugak berkongsi perihal seorang lelaki pada pandangan kaum hawa ni . nak "share" sikit dengan pembaca ni , maklumlah pepatah oxford ada menyebut : "SHARING IS CARING YET LOVING" . tee hee ~ .
ehemmmmmm . . .
nak mengenali lelaki ni bukan benda yang senang , bukan macam touch n go boleh main tap jek dari tingkap . lebih-lebih lagi yang tengah mencari "lelaki" sebagai teman @ pasangan hidup , lagilah bukan perkara yang sekecil anak lipas (euwwwww) . bukan perkara main-main macam nak pilih pakaian nak hadiri
majlis @ kenduri . main ikut kehendak , macam mix'n'match baju . tak suka colour ni , tolak tepi . tak sesuai padanan ni , simpan semula . nak memilih "lelaki" jugak bukanlah macam minum air kat mamak stall , kalau tawar boleh tambah susu @ gula , rasa manis boleh diubah-suai agar kena dengan selera tekak . harap maklum yer ! manusia itu diciptakan sama , baik lelaki mahupuun wanita . semua adalah ciptaan-NYA . tee hee ~ aduhaiyyyyyy , story lebar-lebar pun tak guna , hope korang enjoy baca tips yang siBISKUT bedil ni yer ?! ~tee hee ~ antara kriteria lelaki yang boleh diambil kira adalah:-
  • Bagaimana Agamanya
jika lelaki itu mengabaikan kewajiban sebagai manusia yang beragama , usahlah diharapkan sesuatu daripadanya , mungkin kebahagian dan kasih sayang boleh diberi . tetapi jika tanpa haluan menuju ketuhanan , bukanlah pilihan yang baik .
*betul , bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik , tetapi sekurang-kurangnya pimpinan agamanya biarlah jelas agar dapat membimbing .
  • Caranya Melayani Ibu Bapanya
sebagai lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya . seorang lelaki itu akan terlihat sifatnya yang "family-man" apabila keluarganya diutamakan terlebih dahulu . *seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah contoh lelaki yang boleh diharap . tee hee ~
  • Caranya Melayan & Menghormati Seorang Wanita
jika lelaki itu demand dalam banyak perkara itu bukanlah ciri-ciri yang patut didekati , cinta tak perlu dibuktikan dengan melakukan perkara sumbang yang jelas mengundang kemurkaan TUHAN . cinta memang perlukan pengorbanan , tapi jangan tersalah tafsir sampai terkorban maruah dan harga diri . *wanita itu umpama rama-rama , selagi warna sayapnya masih terserlah dan tidak mengurai warnanya , selagi itu ia dipuja dan diminati .
  • Mengenalpasti Latar-Belakangnya
seelok-eloknya dapatkan butiran terperinci tentang keluarganya , kalau boleh buat lampiran atau senarai panjang tentang latar belakangnya . tee hee ~ pastikan yang keluarganya itu dalam situasi kekeluargaan yang harmoni kerana latar belakang keluarga yang porak peranda adalah contoh latar belakang kekeluargaan yang kucar .
  • Mengenali Sahabatnya
mengenali lelaki sama seperti mengenali sahabatnya , sahabat adalah cermin kepada peribadi seorang lelaki . jika ia bergaul dengan sahabat yang boleh diharap dan berbudi itulah keperibadian lelaki itu , jikalau sahabatnya yang rosak akhlak maka sebegitulah cerminnya kehidupan seorang lelaki itu .
  • Mengambil Tahu Kehidupan Sehariannya
paling penting untuk wanita diluar sana untuk mengetahui tentang kehidupan seorang lelaki itu , pekerjaannya , kehidupannya , wawasan hidupnya . adalah penting untuk wanita mengetahui tentang corak kehidupan seorang lelaki yang bakal dihadapi hari ini , esok dan hari-hari yang mendatang . *biarpun sekadar makan gaji , kerja kecil-kecilan waima sampingan asalkan sumber yang diusahakan adalah halal .
  • Muhasabah Diri
errr , sebenarnya yang ni ditujukan pada kaum  hawa , tapi sebagai pelengkap pada perenggan selitkan jugaklah . tee hee ~ bila dah selesai memahami seorang lelaki , cuba muhasabah diri sebaiknya . sebagaimana lelaki sebegitulah wanita seadanya , jarang bagi pasangan yang bercanggah peribadi dapat menjalin hubungan dengan intim dan penuh persefahaman . *mengenali lelaki adalah cabaran bagi seorang wanita dalam langkah pertama dalam membina cinta . lebih-lebih lagi mengenali peribadi dan psikologi lelaki . bagi wanita , mungkin menghabiskan wang untuk beberlanja lebih berbaloi dari mengenali lelaki secara kompleks . tee hee ~

so ! ! ! ! !
dah selesai bacakan ? pada pembaca wanita , buatlah pilihan yang terbaik . memilih yang terbaik , mentafsir sebaik mungkin , renungkan sedalam-dalamnya dan buat keputusan secara logikal . jangan terburu-buru dalam memburu lelaki untuk dijadikan pasangan hidup , sudah tertulis adam dan hawa diciptakan berpasangan . jangan ikutkan suka kerana penamatnya pasti tak seindah yang disangka . tee hee ~





Friday, February 18, 2011

buang yang K.E.R.U.H , ambil yang J.E.R.N.I.H . . .

"BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH .
BARU TEGUH PERIBADI . . ."

Apa yang K.E.R.U.H ? Apa yang J.E.R.N.I.H ? Apakah maksudnya ? buka kamus cari makna sendiri sudahlah yer ? nanti korang tahulah sendiri . tee hee ~

dalam kehidupan tuhan tak berikan kita kesenangan dalam hidup tanpa sebarang
 |DUGAAN| & |CABARAN| . tak semua perkara yang dilalui dalam hidup itu membahagiakan , menyenangkan dan menceriakan . dengan |DUGAAN| & |CABARAN| jugaklah dinamakan "hidup demi sebuah kehidupan" . . . Allah dah tetapkan setiap umatnya supaya mencari dan mengenali siapa yang lebih hakiki . Allah dah tentukan hala tuju hidup kita . kita yang merangkak dalam kehidupan mencari dan menuju ke "jalan" yang ditetapkan . . .

bila kita happy , kadang kita terlupa siapa "PENCIPTA" dan siapa yang "DICIPTA" . bila kita sedih , mulalah teringat yang kita hidup selama ini berlandaskan ajaran islam . baru tahu kegunaan anggota badan ini "PEMBERIAN" yang maha esa . masa ni , macam-macam doa diutuskan agar dimakbulkan . tak rasa malu ke ? tee hee ~ inilah manusia yang diciptakan dengan pelbagai ragam dan aneka perangai . TERMASUKLAH ! siBISKUT ! ! ! tee hee ~

so ! ! ! ! !
ubahlah diri sendiri seadanya . bila sedih or happy ke janganlah dilupakan yang kita "DICIPTA" . ingatlah selalu pada DIA . tuhan yang ESA . perkara yang lepas jangan dikenang-kenang dah . semoga perubahan yang baik dijadikan pedoman , perkara lampau dijadikan sempadan . tee hee ~

"detik berdetik ! ! !
masa berubah ! ! !
hari berlalu ! ! !
bulan bersilih ! ! !
tahun berganti . . . . ."
 ~selagi ada hayat dikandung badan ~



Thursday, February 17, 2011

KEBETULAN . . . . apakah kebenaran disebaliknya .

salam satu blogger !!

alkisah nak dijadikan cerita *ini bukan sebab kebetulan nak tulis tapi memang nak kongsi sikit kisah "KEBETULAN" nie* jugak tiada sebab kenapa lagu "Kenny , Remy , Martin - Suratan Atau Kebetulan" . ini memang situasi yang siBISKUT lalui sepanjang awal tahun nie . 
mula-mula sekali nak terangkanlah sikit tentang "KEBETULAN" nie , dari pengamatan mata dan penilaian akal siBISKUT . perkara-perkara remeh tidak dianggap sebagai suatu "KEBETULAN" ? YA ! memang , tapi untuk pertama atau kedua kali "KEBETULAN" itu mungkin tiada masalah atau keraguan yang timbul dalam fikiran . okey ! cuba andaikan semua benda yang terjadi dalam dunia dan kehidupan dijadikan untuk "KEBETULAN" . agak-agaknya , ADAKAH :- 

manusia wujud disebabkan "KEBETULAN" ? pelik bukan ?

kisah "KEBETULAN" bermula begini , ada seorang "gadis" nie , "mar" namanya (singkatan panggilan teman sekerjanya dan bukan nama sebenarnya juga) muka memang familiar sangatlah , cuma tak berapa nak kenal sangat . awal-awal pertemuan pun bukanlah secara formal . sekadar berpandangan , bertentang mata  . ala-ala erra fazira dengan rosyam nor . *tolong jangan bayangkannya dalam kepala*

nak dijadikan "KEBETULAN" tak disengajakan ter"ADD" si"MAR" (bukan nama sebenar) kat mukabuku (facebook) . bukan niat nak add pun sebenarnya , tapi dek kelajuan denyut nadi broadband tak mengizinkan , dalam kekalutan melayan kerenah broadband maka "terklik" lah . maka bermulalah episod "KEBETULAN" tersebut . . . kisahnya "mar" kerja satu blok bangunan dengan siBISKUT . duduk satu kawasan perumahan pulak tu ! ! ! mula-mula terserempak dengan "mar" masa siBISKUT tengah mundar-mandir kat t.c (telok cempedak) , ala ! pantai yang faymes kat kuantan tu ! ! teehee ~ masa tu takdelah nak amik kisah sangat , selang beberapa hari siBISKUT bertentang mata pula dengan "mar" kat tempat kerja . tergamam , terkial-kial , kepelikan melihat akan kehadiran "mar" . melalui proses meng"ushar" dari jarak jauh , setelah diamati dan diklasifikasikan . "mar" bekerja kat sebuah syarikat yang tak jauh berapa pintu dari restoran keluarga siBISKUT . sehari dua bolehlah cuba menghindarkan diri , tapi sampai bila ? siBISKUT mula-mula malas nak ambil kisah sangat perihal "mar" ni , tapi keadaan yang menentukan segalanya . boleh dikatakan pertemuan "mar" dan siBISKUT bukanlah perkara yang dirancang . kat mana ada siBISKUT , disitu ada "mar" . mujur tak muncul dalam mimpi . teehee ~ setiap pagi , petang , waktu lunch , malam pasti akan terserempak sesama kitaorang . bukan nak letakkan diri sebagai spesis syok sendiri , tapi dalam kehidupan ada perkara yang tidak boleh disangkal .  uniknya "KEBETULAN" . . . . . "KEBETULAN" . . . sesuatu yang tak pernah disangka oleh manusia , tapi sering berdamping dalam hidup kita . . .

siBISKUT believe siBISKUT can L.O.V.E ! ! ! ! ! teehee ~











Tuesday, February 8, 2011

M.U.K.A.D.I.M.AH

sukar mencari kejujuran seseorang ,
tetapi ,
lebih sukar mencari kejujuran sendiri . . . . .

wo ai ni |(◕‿◕)|

SENYUM ,
saya suka bila awak senyum ,
tapi saya suka senyum bila teringatkan awak taw .
SAYANG ,
saya selalu harap awak sayangkan saya ,
tapi saya tersenyum bila mula-mula sayangkan awak .
CINTA ,
saya harap awak cintakan saya ,
tapi saya tersenyum bila awak memberi ruang untuk saya .
. . . . .
MAAF ,
saya harap awak faham ,
kasih dan cinta bukan disini .
TAPI ,
saya tetap tersenyum ,
akan selalu tersenyum melihat awak tersenyum (bahagia)
#TAMAT#