Monday, January 31, 2011

K.E.R.J.A - PART 3

huhaiyyyyyyyyy ! ! !
lama sudah tak mengupdate blog ni . . . terasa rindu laa pulak . tee hee ~ alang-alang ada masa yang terluang nie tak salah kot nak mengupdate nye . menyambung siri "K.E.R.J.A" yang tak berkesempatan untuk membuat sambungan nya . . . mungkin ini masa yang sesuai kot ? tee hee ~ banyak-banyak pengalaman kerja kat situ (JUST RELAX CAFE) banyak kenangan pahit manis siBISKUT lalui (kebanyakkan kenangan pahitlah) . kena herdik , gaduh , clubbing , merokok , mabuk , (dadah tak pernah sentuh ! ! !) memang tragik ! tee hee ~ siBISKUT akui bukan ini niat asal siBISKUT . tapi dek nafsu dan dugaan serta godaan membuatkan siBISKUT tertarik untuk mencuba . atas pujukan teman sekerja siBISKUT jadi lupa dan alpa akan niat yang menjadi tunjang asal dalam kehidupan siBISKUT . memang menyesal jugak bazirkan waktu dan duit pada benda yang tak berfaedah . itupun lepas sedar betapa siBISKUT diperlukan bila PERLU sahaja . *tak perlulah siBISKUT huraikan dengan panjangggggggg dan LEBARRRRRR . . .* mengambil iktibar peristiwa yang MANIS , setelah 8bulan bekerja . siBISKUT akhirnya mengambil keputusan berhenti untuk tidak terus menyukarkan keadaan . hasil bekerja selama 8bulan tidaklah semegah mana , sekurang-kurangnya siBISKUT tak terus terjerumus dalam dunia ciptaan sendiri . apa yang siBISKUT pelajari dalam tempoh singkat ini tidaklah besar sumbangannya dalam kehidupan siBISKUT . tapi sekurang-kurangnya dari aspek menagement , aturcara kerja siBISKUT dapat praktikkan dalam kehidupan harian siBISKUT , yakni perniagaan keluarga yang telah diusahakan oleh orang tua siBISKUT selama 10tahun .
so far ! ! !
siBISKUT berjaya mempraktikkan segala yang telah siBISKUT pelajari , walaupun sekadar sebesar tapak tangan , siBISKUT masih mampu untuk mencurahkan idea demi mengubah dan membentuk rentak dalam meningkatkan tahap perniaggan keluarga ke tahap yang mana impaknya hanya boleh dirasai untuk kesan jangka pendek , tapi berpanjangan . siBISKUT tidak akan berhenti berusaha selagi siBISKUT tak bahagia mengecapi taraf kehidupan yang siBISKUT inginkan (taklah sebesar mana pun , ala-alakadar sahaja memadai) tee hee ~ #SEKIAN .

Wednesday, January 19, 2011

Sunday, January 9, 2011

K.E.R.J.A PART-2

*bersambung kisah yang lepas* ehemmmmmmmm ! ! ! ! ! petang tu *tak ingat hari apa* lepas habis kerja siBISKUT menyusun langkah menyusuri pelusuk bandar *dengan abang & kak ipar* . perasaan ? gementar ! gugup ! semua bercampur-baur *belum kira bau asap kenderaan sekeliling lagi* dalam keadaan yang serba tak menentu tiba-tiba kereta berhenti . NAH !! dah sampai rupanya . dengan selamba langkah diatur *baca boleh , percaya JANGAN* dalam pada tengah mengintai-gintai ada pulak seorang hamba ni menyapa dari belakang . "heii azgar *bukan nama sebenar* !!" . siBISKUT tergamam , suara ala-ala kenal . ditolehnya rupa-rupa "all time friend" *member dari zaman pakai pampers lagi* " namanya "FAUZEE" *pun bukan nama sebenar* . okey laa bab yang tu . kemudian , seorang lagi hamba muncul menyapa :- waiter : ya cik , mari saya tunjukkan tempat duduk cik *sopan mamat ni* siBISKUT : *spontan mencelah* bukan !! datang nak tanya pasal kerja kosong . waiter : ouhh !! saya zul *bukan nama sebenar* supervisor in caharge petang nie . siBISKUT : bagus laa macam tu , bila boleh mula kerja ? *gelojoh* waiter : sabar la jugak , mari aku interview dulu *sesi interview pun bermula*
. . . . . *selepas 15minit* . . . . .
dengan muka ala-ala senyum , siBISKUT telefon abangnya bertanyakan lokasinya , dalam kegembiraan siBISKUT offer untuk makan kat situ *saja nak megah dengan abang* cerita sikit laa pasal "Just Relax Cafe" ni , ermmm , tempatnya terbahagi pada tiga (Just Relax Cafe , J.R One , Just Relax Corner) itu belum kira kedai yang bersama bernaung bawah nama "Just Relax Co." mula-mula siBISKUT diarahkan ke "Just Relax Corner" *untuk sesi pembelajaran* seminggu dibawah pengawasan , siBISKUT mula menarik perhatian supervisor-supervisor *mungkin sebab cara kerja yang tak berubah siBISKUT jadi mudah faham konsep pekerjaannya* dalam seminggu seterusnya , siBISKUT diserap ke "Just Relax Cafe" *yang paling besar dan sibuk* kebetulan kekurangan staff dan siBISKUT dipanggil untuk back-up *kebetulan ada event pelancaran apa entah* . antara kenangan yang tak boleh lupa bila siBISKUT dapat "MENONTON ARTIS" dengan lebih dekat . antaranya :- AC Mizal , Phat Fabes , Reshmonu , Zul Huzaimy . . . *tak termasuk masa JOMHEBOH & FIESTA MEDIA IDOLA* Fasha Sandha , Rozita Che Wan , Zainal Alam Kadir , Ally Iskandar , ramai lagi laa . hapenning jugak laa kerja siBISKUT . *manakan tak happening nya , semua asyik kerumun artis , makanan tak boleh nak served . pening kepala nak memikirnya* . . . .
. . . . . . . . . . TO BE CONTINUE . . . . . . . . . .

Saturday, January 8, 2011

K.E.R.J.A

"KERJA" . . . . . perkara yang sangat sinonim dalam kehidupan "MANUSIA" , waima semua yang menjalani kehidupan di dunia akan sama merasa kehidupan yang digelar "KERJA" . tak kisah laa kerja ape sahaja pun , dari sekecil-kecil kerja hingga ke besar-besar kerja . semulia-mulia kerja hingga ke hina-sehinanya kerja . semua berpandu pada satu paksi "setiap insan yang hidup perlu bekerja untuk menjana sebuah kehidupan" yang bezanya pekerjaan yang dijadikan sumber untuk menjana kehidupan itu perlu kita tahu akan konsep dan hukum sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan .

bermulanya kehidupan "KERJA" siBISKUT seawal 17tahun *lepas habis SPM* mula-mula menjalani kehidupan sebagai "PEKERJA" tak laa rumit mana pun *family ada restoran sendirilah katakan* . disitu lah siBISKUT mula menjalani kehidupan "BEKERJA" bangun seawal 6pagi bukan laa sesuatu yang sukar , tapi memang tak ubah laa macam nak ke sekolah gayanya . bangun pagi-pagi , mata SOTIM badak , mengeliat at hujung katil , belek-belek handphone *masa tu guna nokia 3250XM* , mandi air sejuk pepagi hari . memang tak ubah langsung laaaaaaaaa . . . . . tapi dek semangat nak "BEKERJA" tak kisah sangat pun *seminggu jek SEMANGAT nye* . sedia maklum jelaa , kerja dengan family sendiri , perangai kat tempat kerja jangan cerita laa . sampai tension mak ayah jadinya . memang siBISKUT akui mula-mula "BEKERJA" memang minat *pasang cita-cita gaji pertama nak bawa family dinner ikan bakar* belum kira yang setiap kali sebelum tidur berangan nak itu ini , segala bagai yang dikehendakinya . tapi . . . yang tak bestnye apa yang siBISKUT rancang dan angan-angankan tak menjadi kenyataan *siBISKUT beli remote control car* rasa macam boleh tahan sengal jugak laa perangai masa tu . tapi kehendak hati melebihi segala-galanya . . .

hahahahahahahahahaha . . . . .
bila menginjak umur 18tahun , dengan azam yang baru *konon-konon nye laa* nak kerja dengan lebih rajin dan efisien ! *cewahhhhhh ! ! !* nak dijadikan kisahnya *lebih kurang bulan april kot . . .* seorang kenalan siBISKUT mempelawa untuk buat part-time sebelah malam *ghairah juga laa mendengarnya masa tu* yelaa , dapat buat "extra money" , boleh laa dapat "income" lebih . dengan tak fikir panjangggggggggg , siBISKUT berbincang dengan mak ayah : . . .
siBISKUT : mami ! abah ! kalau nak buat partime boleh tak ? *muka ala-ala simpati*
ABAH : kat mana ? kerja apa ? *mentang laa strict,tanya pun dengan nada marah*
MAMI : lumayan ke gaji yang awak dapat ? *lagi makan dalam ayatnya*
siBISKUT : *muka sotol* kat bandar , dekat "Just Relax Cafe" *actually bistro*
ABAH : larat ke nanti nak buat dua kerja sekaligus *rasa tercabar jugak laa telinga nie*
MAMI : ikut awak laa . . . . . . *errr , siBISKUT jadi serba salah jugaklah masa tu*
keputusannya . . . . .
siBISKUT tangguhkan dahulu niat nak buat partime tu . *dua bulan dah berlalu* , hari ke sehari , adatlah perniagaan ada turun naik , pasang surutnya . impaknya mula terasa . perniagaan family mula "goyang" *maklum-maklum laa ekonomi malaysia ni* nahhhhhhhh ! ! ! ! ! akhirnya , siBISKUT terlihatkan akan wajah-wajah mak ayah yang sedang menanggung kesusahan demi kelansungan sebuah kehidupan *bukan berniat nak tagih simpati siapa-siapa pun* . sejenak terfikir dalam benak "inikah wajah yang selama ini membesarkan siBISKUT & .CO *kami adik-beradik* bukan tak pernah merasa kepayahan hidup , cuma "kebijaksanaan" mak ayah menopeng wajah muram sugul kepada watak yang tak pernah siBISKUT fikirkan . lantas , siBISKUT mula bertekad untuk memperbaiki kehidupan keluarga , tapi sebelum itu
siBISKUT "HARUS" berani berubah untuk diri sendiri *cubaan memujuk buat kali kedua*
siBISKUT : ma ! kalau saya nak buat partime boleh tak ?
MAMI : apa tak cukup besar lagi ke gajinya ? *nada selamba*
siBISKUT : cukup . . . tapi sampai bila nak harap gaji sedia ada ?
MAMI : habis tu apa lagi ?
siBISKUT : kalau partime at least boleh "topup" mana-mana yang kurang . *memujuk*
MAMI : *diam dengan pandangan seribu pengertian* u should give a try *kena speaking beb*
siBISKUT : amboii !! speaking pulak . . . . . *muka ala bunga-bunga cinta gitu* .
tehehehehehehehehehe . . . . . *to be continued*
*ini baru sebahagian kisah , sambunganya akan disambungkan dengan kisah yang berkisah dari kesinambungan kisah ini* . tungguuuuuuu ! ! ! ! !

Friday, January 7, 2011

MELLY GOESLOW & EVAN - TENTANG DIA

siBISKUT sedar tentang menyintai itu bukannya cinta untuk seketika . . . bagi siBISKUT . . . pabila siBISKUT sudah "SUKA" siBISKUT "SUKA" semua tentangnya . . . terima apa sahaja adanya . . . bila sudah "SUKA" . . . siBISKUT rasa seperti sudah mengenalinya . . . siBISKUT "CINTA" sejak "SUKA" pada dia . . . "RINDU" pada insan yang selalu buat siBISKUT GEMBIRA & GERAM . . . "BAHAGIA" apabila siBISKUT rasa seakan-akan kenal sikap & caranya . . . . . . tapiiiiiiii ! ! ! ! ! ! hatimu kamu . . . hatiku aku . . . . . "kotak hati" masih hijau . . . biarkan sahaja berlalu . . . . . . . . .

Wednesday, January 5, 2011

M.A.L.A.M

*macam malam-malam sebelum ni jugak* (selalunya update blog waktu malam pun) . . . tapiiiiiiiiii ! ! ! ! ! M.A.L.A.M

siBISKUT termenung sendiri (selalunya memang waktu malam akan termenung) melayang fikiran memikirkan sesuatu yang siBISKUT sendiri tak tahu . banyak perkara yang siBISKUT tidak ketahui umum mengetahui akannya . segala yang siBISKUT lakukan lahir dari "sekeping" biskut (HATI) . . . . .

  • TIADA SIAPA YANG SURUH ! ! !
  • TIADA SIAPA YANG HALANG ! ! !

M.A.L.A.M

siBISKUT duduk depan lappy nya sekali lagi . sambil menaip lagi seperti malam-malam yang lepas . start dari jejak kaki ke rumah , lappy pun "dibelai" (diri sendiri pun tak dibelai bagai membelai lappynya) dan apabila "mouse" siBISKUT liar mencari folder "GAMES" . ini menjadikan siBISKUT "MELEKAT" dihadapan lappy (rutin harian bila habis kerja) . sesudah kepuasan "GAME" (kurang dari setengah jam rasanya) . siBISKUT mula berimaginasi .

yerrrrrrrrrr ! ! ! ! !

BERIMAGINASI ! ! ! *salah satu "sukan ekstrem" pilihan siBISKUT* bermacam-macam yang siBISKUT "IMAGINASIKAN" *belum berbagai-bagai lagi imaginasinya* nanti berbagai-bagai imaginasi nya kelauTTTTTTTTT laa kesudahannya .

. . . sebenarnya siBISKUT tak tahu nak taip apa , jemari siBISKUT agak liar nak menaip . *mungkin sebab faktor cuaca yang dingin kot* . . . . . kalau boleh , siBISKUT tak nak fikirkan lagi , penat asyik memikir (belum ambil kira masa tengah BERANGAN , BERIMAGINASI . DLL . .) tapi ! ! ! "sebuah" biskut (OTAK) ini degil , tak nak duduk diam , nak jugak "diFIKIRkan"

M.A.L.A.M

. . . . . cukup-cukuplah sampai disini , idea bukan lagi dalam pemikiran . "sebijik" biskut (KEPALA) siBISKUT sudah "jammed" lain waktu (malam) bersua lagi . . .