Thursday, December 8, 2011

Alahai , Pulut Kuning .

pulut kuning atau nasi kunyit (turmeric glutonious sticky-rice) kalau dikalangan orang orang kita memang familiar sangat . betul tak ? kira macam makanan rutin masyarakat melayu kita jugalah . kalau ada jamuan jamuan ringkas pulut kuning tetap menjadi penyediaan wajib . tak kiralah kat kampung mahupun bandar . so , kali ini . aku nak kongsi sikit pasal pulut kuning ni . pagi kelmarin , waktu itu kejadian berlaku pada 6 disember 2011 . pagi tu , tak tahu apa perihal entah , nenek sedara aku hantar sebekas pulut kuning kat rumah . dalam terpinga pinga aku fikirkan ada majlis istimewa apa yang menarik pagi itu . nak kata sempena 10 Muharram macam awal pula sediakan pulut kuning pagi pagi hari ? mungkin ke pulut kuning tersebut untuk majlis sambut menantu ? bisik dalam hati aku . tee hee ~ tapi aku bukanlah jenis yang makan pulut sangat . nak dijadikan ceritanya , nenek sedara aku ni pandai . entah mana dia baca info atau apa apa biodata mengenai aku dan ketaksuban aku terhadap rendang ayam pun aku kurang pasti . sampai aku dapat tahu yang rendang ayam turut tersedia . maka , dari niat aku yang mula heran tak heran menjadi acuh tak acuh . nak makan nanti aku yang merana , tak makan tolak rezeki namanya . kesudahan aku tertewas , last aku makan juga . licin sepinggan aku kerjakan . tee hee ~

malam harinya pula , aku yang merana . menanggung tertonggeng tonggeng kesakitan dibuatnya . aku kena serang dek angin dari pulut pulut yang aku makan pagi tersebut . dari malam ke pagi aku merintih menahan pedih , dari rumah ke klinik aku meracau kesakitan yang tak terhingga . seriously , tebal tebal kening aku ni , tebal jugalah muka aku menahan malu waktu itu . tee hee ~ maka , seharian ini jugalah aku duduk bertapa seorang diri kat rumah sambil aku memikirkan perihal pulut kuning (konon kononya trauma) tee hee ~ alahai pulut kuning . . .

Kalau Macam Ini Punya Penyediaan , Siapa Yang Tak Berselera . (:
*SekadarGambarHiasan*
p/s : kali terakhir yang aku ingat aku jamah pulut kuning masa berkhatan dengan budak budak Kampung Sungai Isap , Kuantan . (tak silap akulah)

p/s : tiba tiba pula quaker oats jadi pilihan untuk aku bersarapan pagi lepas nurse kat putramedic minta aku gantikan dari aku makan roti putih , pulut kuning bagai sebab takut sakit ini jadi lebih melarat nanti . tee hee ~

Wednesday, December 7, 2011

Pasti Ada Hikmahnya .

"Dalam kehidupan ini yang terindah ,
melalui usia remaja ,
senda gurau suka duka silih berganti ,
meninggalkan kesan abadi ."

. . . . .

adatlah kehidupan sebagai seorang remaja , pasti tak boleh lari dari masalah cintan cintun ni . apabila di persimpangan , dilema melanda , krisis memuncak , akhirnya perpisahan sering terjadi . kononnya yang disangka panas sampai ke petang itu , rupa rupanya hujan di tengaharinya pula . pastinya akan timbul satu perasaan yang seolah olah tidak dapat menerima hakikat sesebuah perpisahan itu telah berlaku . inilah yang telah berlaku kat sorang kawan aku ni . walaupun bukan aku tempat untuk dia meluahkan kesedihan dia , tapi sebagai seorang kawan tak tergamaklah pula nak abaikan dia sorang sorang . so , patutkah aku jentik telinga dia sampai bernanah ? lempang selaju mungkin agar dia membuka mata untuk belajar melepaskan orang yang dicintai ? tidak ! aku tidaklah seganas itu , aku cuma boleh katakan yang semua itu berlaku atas ketentuan-Nya . tidak lebih dari itu .

tapi biasalah , hati yang tengah dirudum sepi , kata kata jadi alas kaki . barangkali emosi yang sedang menganggu menghalang otak menerima kata kata . jadi , apa yang dikatakan tidak mungkin dapat dia menerimanya . tapi dek kerana mulut tak pernah kena sepak inilah aku selalu jugak bagi nasihat dalam nada dan tona suara gurauan agar tak menyinggung perasaan member aku yang sorang ni . tapi dalam nasihat ala senda gurau aku itu , aku takut juga . aku takut yang nasihat aku itu membuatkan dia berburuk sangka kepada Allah S.W.T kerana telah memberinya perpisahan itu . maka , dalam aku memperingatkan kawan aku yang sorang ni . aku pun mengingatkan diri sendiri yang setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya . jadi senantiasalah aku belajar untuk memperbaiki diri agar tidak diulangi semula kesilapan itu lagi .

"Tidak semua perkahwinan itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang dibina setelah berkahwin."

"Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang telah kamu temukan didalam dirinya."

"Cinta adalah anugerah, yang membuat kita ketawa, membuatkan kita menyanyi, membuat kita sedih, membuat kita menangis, membuatkan kita bertanyakan mengapa dan kenapa, membuat kita menerima dan memberi, yang paling penting sekali, cinta membuatkan kita hidup!"

p/s : terasa pula aku macam DR.CINTA . . . pergh ! gila lahh !!!

Pendidikan atau Pengalaman .

Situasi#1

safiah (bukan nama sebenar) seorang anak jalanan yang tinggal bersama ibunya di kota . kehidupan tunggal ibunya di kota yang sukar memaksa safiah untuk bekerja sebagai seorang pembantu dapur di sebuah hotel di ibu negara . selama dua tahun ini , safiah telah bertukar tempat kerja sebanyak 6 kali dan selama dua tahun itu jugalah safiah telah mengumpul pengalaman bekerja di hotel hotel terkemuka . denagan mendapat bimbingan dari chef chef terkemuka , safiah bukan sahaja dapat mempelajari teknik teknik masakan malahan dia juga berjaya menguasai bahasa inggeris hasil pergaulan dengan chef chef di hotel tempat dia bekerja . meskipun telah masuk tahun kelima dia bekerja , safiah masih memegang jawatan sebagai pembantu dapur dengan alasan dia tidak mempunyai sebarang sijil yang membolehkan dia menjadi seorang chef .

Situasi#2

berbeza pula kisahnya dengan farid (bukan nama sebenar) seorang pemuda kampung yang gemar menolong ibunya di dapur . suatu hari , ketika dia membantu ibunya di dapur . farid meluahkan hasrat hatinya untuk meneruskan pengajian dalam bidang masakan . selepas mendapat keputusan SPM farid terus sahaka memohon bidang yang diminati itu di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam . hasrat dihatinya yang mahu menjadi seorang chefsuatu hari nanti bakal menjadi kenyataan . akhirnya setelah 5 tahun dia bergelumang dengan buku masakan dan hasil tunjuk ajar daripada para pensyarahnya , kini dia mempunyai segulung ijazah yang mana membolehkan dirinya diterima bekerja sebagai pembantu chef untuk mencari pengalaman sebelum pergi ke peringkat yang lebih tinggi . farid yang baru memasuki realiti dunia pekerjaan , mendapati sukar bagi dirinya untuk menyesuaikan diri dengan keaddan sekeliling . khususnya dari segi pergaulan dan cara bekerja yang nyata asing bagi dirinya .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua situasi diatas ini memperlihatkan realiti kehidupan berbeza yang harus dilalui oleh safiah dan farid (bukan nama sebenar) dan apa yang ingin aku terangkan disini adalah ; sejauh manakah segulung ijazah dapat membantu dalam menerajui sebuah kehidupan yang lebih baik ? dan mampukah perjalanan pengalaman yang telah kita lalui sebelum ini membantu dalam meningkatkan taraf hidup kelak meskipun tanpa pengiktirafan ?

Apakah itu pendidikan ? secara formalnya yang aku faham tentang pendidikan itu adalah sebuah asas kehidupan kerana tanpa pendidikan kita tak mungkin dapat meneruskan kehidupan . dan aku bertanyakan lagi kat korang . adakah kita dapat mengenal pasti pendidikan yang bagaimanakah mampu membantu korang menjadi individu yang berjaya ? adakah pendidikan hanya boleh diperolehi dari buku buku yang kita usung semata mata ? atau mungkin pendidikan itu dinilai dari gred yang kita perolehi setiap akhir sesebuah peperiksaan ? semua itu bergantung pada individu itu sendiri kerana setiap individu pasti akan melalui perjalanan kehidupan yang berbeza antara satu sama lain . ada masanya kita lebih mengharapkan pengalaman dan pada masa yang lain pula kita lebih suka mengumpul ilmu .

p/s : tepuk dada tanya selara ... pendidikan adalah aset dalam kehidupan dan bagaimana usaha dan cara yang ingin kita lakukan untuk memilikinya .
. . . . .
sukar untuk kita nak menguraikan situasi sebegini sebenarnya . mungkin juga ada dikalangan kita menyatakan pengalaman adalah aset terpenting dalam kehidupan sebelum memulakan kerjaya . tetapi , adakah korang pernah terfikir bahawa tanpa sehelai kertas "pengiktirafan" korang boleh di-reject tatkala memasuki dewan dewan temuduga kerana tiada apa yang dapat korang buktikan yang korang layak untuk menerima jawatan itu selain daripada mereka yang punyai "pengiktirafan" dengan menunjukan sekeping kertas yang berharga seperti sijil , diploma , ijazah , dsb . persoalannya ! bagaimana pula dengan nasib korang yang kaya dengan pengalaman ? apakah yang ingin ditonjolkan ketika di dewan temuduga itu nanti ? jawapannya , hanya terletak pada diri sendiri . namun , apa yang penting adalah usaha untuk meletakkan diri korang di tempat yang paling atas dalam usaha memperoleh kehidupan yang lebih selesa di masa masa akan datang . =B

p/s (i) : jangan jadikan ijazah sebagai alat untuk mendabik dada kepada mereka yang mempunyai pengalaman sebagai sandaran . ingat !

p/s (ii) : pengalaman dan pelajaran bukanlah benda yang sama . cuba korang samakan antara rama rama dengan siput . sama ke ? tee hee ~

p/s (iii) : kata sorang kawan aku ; "orang yang ada ijazah ni selalunya lambat kahwin sebab sibuk berhabis duit nak settle hutang dengan PTPTN" . =B

p/s (iv) : apa yang aku huraikan panjang lebar dari awal tadi bukan bertujuan nak mengata orang yang belajar tinggi itu membazir duit , dan mereka yang bersandarkan pengalaman itu bagus . tidak ! cuma korang gunakan akal korang yang cerdik pandai itu untuk menilai . aku sekadar membahaskan idea . "Semoga kamu akan lebih berjaya dan berjaya dalam kehidupan." bak kata Dr.Azizan Osman .