Sunday, October 30, 2011

Lambang Cinta Yang Telah Dicuri .

"Awak , jika awak rindukan abang atau teringatkan abang . pandanglah pada matahari ."

"kenapa matahari ?"

"kerana matahari itu lambang cinta abang terhadap sayang . . . walaupun abang tiada disisi sayang , tapi abang tetap memberikan kehangatan pada sayang ."

tapi kini , lambang itu telah dicuri . . . . .


Matahari Lambang Cinta Kita . tee hee ~
chopp ! rilek dulu , jangan tergopoh gopoh buat penilaian tentang aku . aku tak maksudkan diri aku yang sedang bercinta disini . cuma kiasan ! sebagai permulaan entri sebelum aku kupas dengan lebih lanjut lagi . semua ini berlaku kerana angkara seorang wanita dari Galicia , Sepanyol . beliau yang aku maksudkan adalah Angeles Duran yang mana telah menyatakan secara rasminya bahawa matahari itu telah menjadi milik rasminya . dia telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah
Pejabat Notari Awam Tempatan di negaranya . dan secara logiknya adalah dibenarkan di sesebuah negara untuk bertindak demikian . maka dengan itu , dia ingin mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari .

pesongan kata : apa tak cukup ke masuk public toilet kena bayar ? namanya pun public (awam) , kenapa berbayar ?!

. . . . .

jadi sayang , apa kita tukar lambang cinta kita . kalau abang terus menerus nak menghangatkan sayang memang tak larat nak bayar . tee hee ~ apa kata kita pilih KLCC pulak ? yang menunjukkan kita saling memerlukan antara satu sama lain . macam ni :-

Sumber : Google Search .
notakaki : tiada pemilik hak yang mutlak dikalangan manusia melainkan Allah .

p/s : boleh ke aku nak daftar KLCC sebagai hak milik aku ? renung renungkan dan selamat berangan ! tee hee ~

Inspirasi Lihat Melihat

:: Berkongsi Mata Dengan Pembaca ::










p/s : ini salah satu perarakan yang diadakan di bandar kuantan , itupun sekali dalam tempoh 5tahun ! woahh ! dan sesungguhnya aku tak sangka yang aku akan turut terjebak sama pada hari itu (1/10/11) . memang aku tak jangka yang lalu lintas sekitar bandar ditutup untuk sebarang pergerakkan keluar masuk bandar . di kesempatan itu , dengan bertemankan J105i aku . maka , gambar gambar ini sempat aku petik dari penglihatan kanta 2.0MP , jadi agak kesamaran sana sini situ sedikit . harap maklum !

p/s (i) : tahun 2016 kalau ada kesempatan dan rezeki menginginkan , aku nak terjebak sama lagi . tee hee ~








p/s : ilusi sebuah suasana petang kat pelabuhan kuantan , hanya aku dan J105i aku menjadi teman suasana petang itu . berikut sedikit pengambaran dari mata aku yang sempat aku petik untuk diabadikan dalam bentuk kepingan kepingan gambar .

Macam Biasalah . . .

apa yang biasa biasa ni ? ehm , korang silakan jugaklah biasa biasakan diri baca entri ini sampai habis . tee hee ~ macam ni , aku masih ingat kalau dulu dulu bila nak mulakan sesuatu perkenalan especially dengan perempuanlah . aku selalu guna satu kaedah ni yang biasa aku guna bagi memulakan perkenalan dan menandakan persahabatan . kalau selalunya bila aku perhatikan , lelaki akan tegur perempuan yang dia nak berkenalan itu dengan memberi salam :-

"Assalammualaikum , tak jawab dosa !" . . .

dan kalau perempuan itu membalas , maka cerahlah peluang untuk berkenalan dengan lebih lanjut . tapi itu dulu , zaman sekolah lama (old-school) bolehlah guna . berbeza pula dengan cara aku , memang ketaralah perbezaannya . bila aku nak memulakan sesebuah perkenalan . aku lebih santai begini , antara "skrip lapuk" aku macam inilah :-

"eh , awak aini kan ?" (main petik je nama)

"eh , bukan ! saya . . . (terus dapat tahu nama perempuan tersebut) . tee hee ~

nak dijadikan kisahnya , maka berterusanlah sesi mengayat itu berjalan , andai kata ada rezeki , adalah . . . kalau tiada , aku angkat kaki pergi . Maaf ! silap orang barangkali . . . tee hee ~

tapi semua ini memori yang pernah aku lalui , dah lama aku tinggalkan pun dan aku pun tak endahkan lagi perkara perkara tak masuk akal macam ini . . .

tapi tadi tiba tiba ...

aku disapa seorang perempuan yang nampak agak sebaya dari segi gayanya . . .

"eh , muka awak macam biasalah saya tengok ..."

. . . . .

aku tersengih . dayyummm ! tersenyum aku jadinya bila teringat semula perangai aku dulu dulu . apakah mungkin dia menggunakan cara sama yang pernah aku praktikkan dulu dulu barangkali ? tee hee ~

. . . . .

notakaki : ada sumber dari mulut mulut yang berkata , dalam dunia ada 7orang mukanya seiras kita !?

p/s : perempuan yang tegur aku tu sebenarnya cashier kat 7-eleven , dan sememangnya muka aku selalu je bertandang , dalam CCTV pun dah jemu asyik muka aku dirakam . dan dan jugaklah tegur "muka awak macam biasalah saya tengok" . perli akulah tu ? tee hee ~

p/s (i) : Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji jatuh pada 6Nov2011 (Ahad) ianya telah dipersetujui dan diperkenankan serta diumukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang baru iaitu Datuk Syed Daniel Syed Ahmad .

p/s (ii) : jadikan cuti anda satu percutian dan Selamat Berkorban . bukannya TERKORBAN ! berhati hatilah di jalan raya wahai perantau di kota yang ingin pulang ke desa !

. . . . .


korang biasa tak nampak budak ni ? aku selalu jugak nampak budak ni .
kat carian Google . =B
(Sumber : Google)


Thursday, October 27, 2011

Aku Dan Mee Segera .

"Mee maggi cepat dimasak , sedap dimakan . . ."


Sumber : flickr .

kalau tengok iklan ni dulu dulu memang tak pernah berubah . baik dari segi alunan muzik , senikata dan irama maintain je sama . senang cerita tiada pembaharuan langsunglah . dari aku sekecil kecil orang , sampailah ke besar besar budak . mungkin aku salah seorang dari jutaan rakyat malaysia yang pernah addict dengan mee maggi ni . yela , benda yang paling murah , ringkas dan mudah . kena sangatlah dengan tagline nya "masak dua minit" . korang bayangkanlah kalau dalam 24jam berapa banyak dua minitnya ? cuba kira ? korang bayangkan lagi yang dalam tempoh 24jam tu berapa banyak mangkuk maggi boleh disediakan ? cuba hitung ? korang pun malaskan ? tee hee ~ satu lagi memang dah jadi kebiasaan muda muda sekarang ni . yang mudah dan ringkas itulah yang paling praktikal untuk diguna pakai dalam kehidupan . especially lifestyle student student aku dulu . "Mee Maggi Satu Kemestian" tee hee ~

sekarang ni , aku kira kira dah 4 tahun aku mengelak dari makan maggi segera ni (kadang tu ada jugaklah sesudu dua aku jamah) tee hee ~ . kalau dulu sebut je apa perasa , semua aku pernah rasa . perencah maggi paling favourite sah sah lah Tom Yam . perisa yang aku agak dislike sikit perasa Ayam . port sedap menikmati maggi lepas sekolah semestinya kat gerai Cik Nab (betul betul belakang sekolah) . dalam tempoh 2tahun berulang alik (kecuali sabtu , ahad , cuti umum dan cuti khas) mesti menyinggah . lunch aku itulah dia , Maggi Tom Yam + Telur . kemestian ! almaklumlah ! kehidupan sebagai pelajar ."kais pagi makan  roti , kais petang makan maggi" . tee hee ~

sekarang ni , sebut jela apa perasa terbaru mee segera kat pasaran . sebelah mata pun aku dah tak heran pun . aku pun tak tahu kenapa dan mengapa jadi sedemikian rupa . aku pun malas nak fikir . kan bagus kalau makanan yang kurang enak itu diberhentikan terus ? tak begitu ?

p/s : mungkin sebab aku terbiasa makan maggi sampaikan aku tak ralat pun kalau tak memakannya satu hari ? terlalu kerap ? sampai aku jadi bosan ?

p/s : (i) dulu kecik kecik aku suka makan pakai sudu , dah besar ni baru aku suka makan guna tangan . lebih nikmat . mungkin disebabkan dah terlalu kerap aku mudah jadi bosan ? suratan atau kebetulan ?

p/s : (ii) terlalu banyak MSG (Mono-Sodium-Glutamate) pun tak bagus , banyak kesan kesan negatifnya . aku pernah tegur kawan aku yang mana masih menjadi penagihan tegar mee segera ni . alhamdulillah , kesihatan rambut dia semakin baik sekarang . (walaupun kadar ketumbuhan rambut dia kurang dari 0.10 inci setahun) . =B

Sumber : Google search .


Wednesday, October 26, 2011

. . .Aku Tinggalkan Kau Untuk Perempuan Yang Lebih HOT !

"aku tinggalkan kau untuk perempuan yang lebih hot! " . . . . .

jangan tanya aku kenapa . ini cuma yang aku pertontonkan tadi , dan disini aku menterjemahkan sahaja barangkali .

petang petang mendung hari ini macam biasa aku tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas . aku sabar menunggu , jam menunjukkan pukul 5.45 pm (lebih kurang) . masih awal , awal lagi untuk aku tiba ke destinasi yang dituju . kurang setengah jam aku tiba di destinasi tujuan aku . kelihatannya tiada lagi kelibat si penunggu yang menunggu untuk dijemput aku . jam menunjukkan 6.25 pm (lebih kurang) . aku yang terawal dari waktu . menyelinap keluar seketika dalam renyai renyai hujan , aku menuju tempat kebiasaan si penunggu itu menunggu untuk dijemput aku . dalam kesibukkan aku mencari tempat berteduh dari renyai hujan . mata aku terpandang pada satu suasana yang agak tegang . mungkin dalam keadaan hiruk pikuk mereka mereka menghindar hujan barangkali mereka tidak perasan . di anak anak tangga starbucks itu aku berdiri . niat dihati nak tapau (take-away) starbucks buat sedap basah tekak ini . tapi memandangkan duit pun sekadar cukup cukup makan . aku lupakan terus niat untuk minum . (duit cukup cukup untuk makan . maka , tak dapatlah minum kecuali duit itu aku gunakan untuk makan) . dalam kebingungan ini , aku masih tertumpu pada keadaan tegang di satu sisi kedai starbucks itu . aku tak pasti puncanya , yang aku tahu mereka sedang berantakkan . berantakan menanti belah ! memang ketara . apa yang aku dengar ikhlas dari percakapan si lelaki itu :-

". . . aku tinggalkan kau untuk perempuan yang lebih HOT !"

kenapa begitu ? tak reti bersyukur ke andai kata diberikan seseorang (jodoh) itu yang bakal melengkapi rusuk kiri setiap kaum adam ?

. . . . .

fikiran aku melayang sejenak , si lelaki tersebut bingkas bangun dan pergi . lantas aku pun berlalu , tinggalkan si perempuan itu sendiri disitu . airmata ? itukan teman suka duka seorang perempuan ? barangkali . . .

aku kurang pasti , tapi satu hari , si lelaki itu akan kembali menagih pada si perempuan itu . pasti ! pasti akan ketentuan-Nya .

NotaKaki : korang pernah dengar lagu aishiteru nyanyian Zivilia Band . . . ?

" Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru "

*but still . . . more than words . . . . .

p/s :si penunggu yang aku maksudkan itu adalah adik aku . . . ^^

"My Twin Twisted-Trans-Sisters" . =B


Tuesday, October 25, 2011

Gedik Mesti Speaking .

zaman aku nak merayau rayau kat shopping complex tanpa arah sebenarnya dah lama aku tak buat . so , aku terpanggil untuk membuang masa seketika hari ni . bak kata omputih "Stress Relief" gitu . eh ? begitu ke ? begitulah kot . . . . .

sementara menunggu member aku pergi cari tapak nak sadai kereta dia kat parking bawah tanah , aku gatal gatal dah masuk menyelinap dalam shopping complex tu . merayau rayau sampailah aku kat satu kedai jual baju baju ni . almaklumlah , jualan longgok 50% - 90% . siapa yang tak meroyan nak pergi ushar ushar kan ? so , dalam aku tengah excited sambil sambil tu aku punggah baju baju yang kemas terlipat rapi oleh akak akak promoter sambil diperhatikan dorang yang melihat gelagat aku . (well , aku gunakan hak aku sebagai pengguna . salah ke ?) then , tiba tiba mata aku terpandangkan pasangan kekasih ni . seorang wanita , seorang lagi perempuan . lesbo ! aku perhatikan jela gerak geri dorang dari belakang . bukan sebab aku tertarik kat dorang . cuma aku tertarik melihat kemesraan dorang kat khalayak ramai . siap fitting baju dalam kat public tu ! (maksud aku sekadar meletakkan pakaian dalam tersebut pada badan pasangannya) . masa ini , aku teringat kata kata ustaz hashim (bukan nama sebenar) . kata ustaz :-

"kalau terpandang aurat seseorang kali pertama tak berdosa , jangan beristighfar lepas tu tatap semula" .

aku gelak kecil je bila teringat kata kata ustaz aku ni . so , aku teruskan jela pemerhatian aku . dari seorang pemunggah baju baju longgok aku berubah menjadi seorang pemerhati . hampir 20minit aku perhatikan jugaklah . aku rasa macam masa tu seolah olah terhenti disitu . ibaratkan situasi tu hanya tinggal aku dengan dua orang perempuan yang sedang bermesra mesra kat depan mata aku masa tu je . kiranya aku umpama jatuh cinta tengok kemesraan pertama dorang gitulah . dan dengan penuh sabar dan tekun aku memerhatikan . mood aku terus spoil . ketenangan aku diragut kawan yang muncul tak lama selepas itu . dengan sekali lafaz kawan aku ni tegur . :-

"apehal kau tercegat macam model seluar dalam buaya (lacoste) ni ?" . . .

"tu hah ! malaysian next top perasan model" . aku menjawab .

. . . . .

err ! aku tak nak cerita panjang lebar pasal skrip yang selanjutnya . aku rasa korang pun tak ingin nak baca kan ? so , kawan aku ni ambil keputusan untuk sama sama menikmati panorama senja tu jela . sedar tak sedar . pasangan perempuan dan wanitanya semakin menghampiri kita orang . terdengarlah sikit bait bait halus speaking dorang yang ala kadar . sayup sayup jek . semakin menghampiri terus rosak segala nafsu , mood dan selera aku . nahh ! keluar loghat English + Kelantan . entah mana mana datangnya dictionary English + Kelantan ni cetak pun aku tak pasti . huk alohh ! gane jadi lagu tu weyhh . . . . .

aku pun cepat cepat beredar dari situ , dalam pada aku cuba nak melupakan peristiwa hitam tu , kawan aku ni tak habis lagi membebelnya .

"natang ! kalau nak gedik tolonglah speaking properly !"

aku terpinga pinga jugaklah dalam kekalutan aku nak lupakan peristiwa hitam tu sambil berfikir . apa kaitan tergedik gedik dengan speaking ? jawapan yang pasti hanya ada pada kawan aku . tapi bagi aku , mungkin dengan tergedik gedik sambil speaking akan menampakkan mereka lebih high class kot ? agaknya lah . . . . .
bak kata pepatah member member gedik aku . "Ohh My Gucci !" ala ala Oh My Goshhh la kononnya tu .

p/s : satu lagi , gejala gedik gedik ni sama je dengan gejala orang gila (kurang siuman) . bila ditanya "kenapa harus mengedik ?" jawapan spontan dorang . "i tak gedik , tapi i manja . . ." alahh gedik ! orang gila pun mana nak mengaku dia gila kan ? tee hee ~

Sunday, October 23, 2011

Lapang Minda Bersama . =B




firstly , aku tak sure kali keberapa dah aku dengar lagu ni pasalnya jari jemari aku ni keep on re-playing manjang kat "button" play tu . tee hee ~ lagu yang melankolik , tapi aku suka ! (penyanyi dia pun aku suka juga) . ^^