Monday, August 29, 2011

Sebuah Pengumuman ...



..... chopp ! chopp ! bukan nak buat pengumuman rasmi pun . sekadar nak mengkhabarkan berita semata . hee~ .

tak tahulah kalau ada yang masih tak tahu lagi . . .
mungkin ramai yang dah tahu . . .
atau mereka saja saja buat tak tahu . . .
entahlah ! . . .
siBISKUT pun tak tahu . . .

korang tahu ? ? ?

tahukah korang tak lama lagi nak berhari raya ? 1 syawal bakal menjelma . cukup ke puasa ? kuih raya ? duit raya dah standby ? macam macam perasaan akan muncul bila tiba nak beraya ? semangat berkobar kobar , meluap luap jiwa nak menyambut kedatangan syawal nanti . bagi diri siBISKUT sendiri , beraya kat sini (kuantan) jelaa . tak tahu pulakkan korang nak beraya kat mana kan ? ala kadar , kecil kecilan dan kesederhanaan yang diutamakan siBISKUT ketika ini . . .

Baju Raya .

wahh ! cantiknya baju raya itu . . . untuk tahun ini , dah berganti sehelai baju baru , itu pun lepas beberapa tahun tak beli baju baru , dek kerana nak menunaikan keinginan orang lain , maka ada perubahan sikitlah . kalau untuk tahun lepas colour maroon , tahun ini colour purple pulak . tahun depan ? ulang semula baju 2-3 tahun lepas punya kot ? baik punya inflasikan ? bajet bajet bujang namanya . haha~ 

Kuih Raya .


dah selamat dah terhidang dan terjamah dah pun kadang kadang . untuk tahun ini , tak banyak pun yang "tunjuk tunjuk" . kebanyakkan semuanya buatan tangan . entah , tahun ini rajin semacam . lepas ini tunggu sanak saudara , kaum keluarga datang merusuh je . haha~ kenangan , kegembiraan , kegilaan . . .

Duit Raya .

ada sediakan bajet , tapi "special edition" punya . terhad untuk adik beradik siBISKUT je . haha~ maaf'in ya ! jangan berharap sangat kalau orang tak bagi duit raya . bukankah meminta minta itu tidak manis ? dan si pemberi pulak "memberi" dengan niat yang tidak ikhlas itu tidaklah elok begitu .

Jalan Raya .

chopp ! bukan "jalanraya" seliaan Jabatan Kerja Raya tu laa . "jalan raya" yang membawa maksud merewang a.k.a berjimba . tapi ada ke orang datang beraya nak berjimba ? ada kot ? yer ! ada , mungkin kamilah nanti . haha~ dah setup awal awal , planning baik baik , berangan macam macam . . . apa apa pun rancangan di tangan kami , yang menjadikannya itu bukan kerja kami ! . . .

jadi , dikesempatan ini , diruangan sosial ini , dan bagi siapa siapa yang terperasan entri ini . siBISKUT ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin . . . mempersembahkan keharmonian syawal kepada semua , tunggu entri siBISKUT seterusnya .



No comments: