Wednesday, April 27, 2011

buat duit , cari duit , makan duit .

sender : 62003
content :-

yang , tengah buat apa tu ? bosan ? ingin dapatkan gambar bogel esah (aka JANEDOE dalam bahasa melayu nya) taip ON<>CUN dan hantarkan ke 62003 . mesti baik punyer .

NOTAKAKI : kepada pakwe pakwe kaberet siESAH nie , mintak tolong sangat sangat jaga siESAH nie baik baik , kesian dia . anak yatim , hidup terpinggir . korang tolonglah jaga siESAH nie elok elok yerr ! hidup susah sampai jual maruah (tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah tiada) #OHMANUSIA! kerja nak "makan duit" oranglah tu .

sender : +628945610981
content :-

ni ayah nie , sekarang ayah kat balai polis , ada masalah pasal visa ayah . mintak tolong sangat sangat masukkan top-up RM50 (demand nak mampus) kat nombor baru ayah . 0122459981 . tak payah call , da selesai ayah call semula .

NOTAKAKI : makluman kepada "anak ayah" diatas , jagalah elok elok "ayah" korang yerr , tak pasal korang duduk senang lenang kat luar , ayahnya korang perok kat balai . #OHDUNIA! jangan sampai siBISKUT jadikan korang "ayah" kat balai polis tu betul betul baru tahu .
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
budiman dan budimanita luar sana sekalian , para blogger rasmi dan pembaca senyap senyap (stalker) yang sebenarnya banyak lagi perilaku sumbang camnie kat luar sana , kebanyakkan korang pun pernah terima benda yang sama macamnie jugakkan? even tak sama macam yang siBISKUT terima ini , tapi lebih kurang jugakkan berkait sesama dorang dan agak menyemakkan peti inbox korang kan ? . sekarang nie banyak sangat cara / jalan / idea nak cari duit . tak kisahlah halal , makruh , sunat , harus , haram segala bagailah cara yang digunakkan manusia semata mata mencari rezeki . jalan mudah mendapatkan wang tanpa usaha dan mengenal payah dan jerih iaitu dengan cara menipu , memeras , meragut , merampas , merobek dan membagai* (bukan bahasa malaysia yang betul) lagilah cara yang digunakan .

alkisah pasal "buat duit , cari duit , makan duit" bukanlah nak memburukkan orang yang "berusaha" mencari sumber rezeki dengan cara menipu segala bagai ni , jauh sekalilah nak menghina dan memburukkan komuniti korang , cuma bersimpatilah sikit dengan orang yang ditipunya , dengan modal kecil dan tak seberapa korang dah berjaya memperdayakan golongan golongan naif (terutama yang kurang celik tentang peredaran teknologi semasa) apa korang tak fikir ke kalau mak ayah korang jugak yang naif dan turut serta sama ditipu ? apalah adanya hidup senang dengan menipu ? kaya dengan meragut orang lain , bahagia dengan memeras orang sini sana ? kalau kecik kecik dulu mak ayah korang dah ajar menabung mesti korang tak hidup tersisih , merempat , menganiaya , sengsarakan hidup orang lain sekarang ni . silap silap korang pun tengah lepak lepak minum dengan kengkawan tanpa ada sebarang masalah kesulitan atau kesempitan wang .

dalam dunia ni , (kat malaysia terutamanya) mana mana tempat ada lubuk duit , kerajaan pun sekarang dah mengutamakan belia belia bangsa macam kita ni . setiap pembangunan yang dilakukan kerajaan semuanya mengutamakan belia sebagai pelapis dan pendorong harapan bangsa , seiring dan sejajar harapan pembangunan globalisasi dan intelektual . disebalik arus pembangunan negara , siBISKUT turut tidak terlepas dan tercicir dari mengalami proses perubahan hidup dari satu tahap ke satu tahap yang lain . demi  menjadikan rona cerita kehidupan siBISKUT lebih baik dan bermakna . dengan mengimpikan sebuah kehidupan yang sederhana dimasa hadapan , tidak banyak yang boleh siBISKUT lakukan jika hanya duduk menongkat dagu , diam menunggulkan diri seperti batu . apa apa pun satu tindakan atau jalan perlu diambil bagi mengubah persepsi hidup . pernah mengimpikan pelbagai benda sepanjang kehiduapan ini , tapi jika tanpa usaha , impian sekadar mimpi yang dikongsi dalam minda dan hati . macam macam perkara telah siBISKUT lakukan dalam kehidupan ini . waiter , bartender , guest DJ , freelance dan segala bagai lagilah . (okey ! bukan sebagainya pun , tak sampai tergamak jual diri apa segala bagai ni) . baru baru ni (actually dah lama pendam hasrat) cuma kebelakangan ini siBISKUT terpanggil untuk menceburi bidang printing marketing ni atau lebih mudah "silkscreen printing" alahh ! menda alah yang orang print print logo / gambar pada pakaian tu ?

*sekadar gambar hiasan*

*sekadar gambar hiasan*


*sekadar gambar hiasan*

dan mujur jugaklah hasrat yang terpendam ini telah direalisasikan baru baru ini oleh mereka mereka yang menyokong siBISKUT secara terang terangan langsung , secara sembunyi sembunyi (mendoakan kejayaan siBISKUT) , berdepan depan kata (kata kata semangat) dan cakap belakang pandang (ini tak baik punya orang) . walau apa apa pun ini baru rancangan permulaan siBISKUT dalam menjalani sebuah lagi proses kehidupan , satu lagi cabaran intuk siBISKUT harungi dalam kehidupan . #BERANGKAT KE KUALA LUMPUR . sekian 


 #TOBECONTINUE . . .

No comments: