Tuesday, April 19, 2011

DJ dan 2ND HOME BISTRO



2ND HOME ?! mesti ada yang kurang familiar dengan tempat nie kan ? 2ND HOME ? rumah sewa / tumpangan siBISKUT kah ? tak agak agak jugakkan rumah sewa sampai nak naik signboard macam nie ? actually , 2ND HOME adalah sebuah bistro kepunyaan kawan siBISKUT , jeffry namanya (bukan nama sebenar) , terletak kira kira 3KM dari pusat bandar (taklah besar mana pun , sebab itu terpencil sikit dari bandar) . apa yang boleh disimpulkan , 2ND HOME nie agak menarik bagi siBISKUT . walau terpencil dari kawasan bandar tapi cukulah sekadar duduk melayan perasaan sambil berkaraoke bersama teman dan minum minum melayani perasaan (minuman beralkohol dan non-alcoholic drink disediakan) . mula beroperasi pada tahun 2002 (sebelum itu U2 BISTRO) sehingga kini (2ND HOME PUB & BISTRO) . *promosi secara samar samar* tee hee ~

yang sebenar benarnya bukannya niat nak promosi pasal 2ND HOME nie , dah terang lagi nampak depan mata , blog siBISKUT maka perihal siBISKUT sahaja lah . bercerita akan perihal siBISKUT pulak , ahad hari tu (17apr2011) siBISKUT dapat panggilan dari siJEFFRY , katanya nak minta tolong handle sets music untuk malam tu , atas alasan ada kerja luar yang perlu diselesaikan . tanpa berfikir panjang siBISKUT terima atas dasar tolong kawan kawan . hari yang malam yang dijanjikan (pukul 8.00pm) siBISKUT terpacak kat depan kedai . dalam hati terus berkata dan benak berfikir , "apakah benar ini yang siBISKUT lakukan?" tanpa berlengah pintu ditolak dan kelihatan beberapa pelanggan sedang menikmati "happy hour" masing masing . dengan keadaan yang suram suram muram , siBISKUT menghampiri DJ booth dimana disitu tempat siBISKUT bakal "mewarnakan" malam malam yang suram . jangkaan siBISKUT meleset , keadaan berubah hampa setelah "sets" tersebut telah diambil pulang oleh siJEFFRY tanpa disengajakan . habis semua diangkutnya , kosong ! tapak sahaja yang tinggal . dan dalam keadaan yang serba serbi tak kena mujur ada bartender yang sudi meminjamkan laptopnya sebagai alternatif , dan walaupun tanpa kehadiran "sets" yang lengkap mujur jugaklah siBISKUT sudah menyediakan beberapa lagu yang telah di-download secara haram dan ada jugak yang di-bluetooth dengan rakus dari teman teman lain .

*sekadar gambar hiasan*



*sekadar gambar hiasan*


tak kurang jugak lagu yang telah siBISKUT mixed kan . inilah hasilnya :- (klik pada link kat bawah nie) .




selama dua hari menjadi DJ terjun (si-polan bahasa dari bidan terjun) banyak feedback yang menarik siBISKUT terima , tak kurang jugak mereka yang menyokong siBISKUT berkerjaya tetap sebagai seorang DJ . walau apa apa sekalipun , siBISKUT tidak sesekali akan menjadikan karier DJ dengan DJ-ing kat mana mana club kerana bukan ini yang siBISKUT ingin lakukan dalam hidup , cukuplah sekadar DJ-ing ini sebagai lifestyle dan minat siBISKUT terhadap muzik kerana siBISKUT punyai cita cita lain yang bukan hanya sebuah keinginan tapi sebuah usaha nyata (post yang akan datang mungkin siBISKUT akan ceritakan mengenainya) apa apa pun siBISKUT sangat bersyukur diatas penerimaan lagu lagu yang telah siBISKUT cuba ketengahkan walaupun pada hakikat bukan ramai yang meminati aliran eletronica sebagai aliran muzik yang konvensional dan praktikal , tapi dibawah pengaruh muzik semua mereka mampu tersenyum girang .

#HOUSEMUSIC4LIFE . . . to be continue .

No comments: