Tuesday, April 12, 2011

7 langkah untuk kekal G.E.M.B.I.R.A

Alhamdulillah , secara peribadi siBISKUT sangat gembira dan teruja walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa nak mengizinkan (akibat alahan makanan) . walaupun perit telinga untuk mendengar , namun geli hati menerima segala pandangan dan cakap-cakap kosong orang sekeliling , bukannya tidak menghargai tiap curahan dan limpahan simpati mereka , bukan menidakkan orang sekeliling yang telah mengambil berat akan keadaan kesihatan siBISKUT , cuma agak keterlaluan caranya dengan membuat spekulasi liar lagi tidak masuk akal dengan setiap spekulasi yang dilontarkan berdasarkan pemerhatian tanpa usul periksa ?

logiknya korang fikir-fikirkan lah (ini bukan paksaan , berfikirlah sejenak untuk renungan bersama . tee hee~) . hanya dengan pandangan mata kasar tanpa mengetahui asas sesebuah perkara yang terjadi (sekarang korang bayangkan korang jadi siBISKUT) . . .
  • "midah ! (bukan nama sebenar) teruk anak engkau ni , kena buatan orang nie (santau)" .
  • "s.i.a.l la lu bai ! engkau dah kena kudis buta<<LoL>> (panas hati tak habis lagi dengan mamat sorang ni)
  • "enal (bukan nama sebenar) . ini mesti anak kau ada langgar pantang kat tempat orang , penunggu dah marah lah nie anak kau jadi mangsa . (boleh tahan tergugat jugaklah emosi masa ni) .
berikut adalah antara skrip atau lebih bermakna lagi spekulasi yang kebanyakkannya lahir dari mereka-mereka yang mengambil berat dan bersimpati terhadap siBISKUT tempoh hari . apa-apa pun yang telah mereka hujahkan mahupun melontarkan pendapat itu dari keikhlasan masing-masing , itu adalah hak individu terbabit . kadang-kadang sebagai manusia kita sendiri tak menyedari malahan tidak menyangka yang tiap baris ayat dan tutur bicara kita terkadang bisa mengusik dan menyentuh perasaan orang sekeliling tanpa kita sedari . dan dengan nekad untuk melepaskan dan melupakan segala tekanan . siBISKUT ingin mengetengahkan sedikit pendapat atau pandangan bagi mencari dan membina keceriaan dalam hidup , disini , siBISKUT bakal rangkumkan basic ataupun asas untuk menikmati kehidupan yang ceria . ianya sesuatu yang ringkas dan sederhana untuk tatapan pembaca (tak nak baca pun tiada masalah pun , bukannya suatu kewajipan untuk anda mengambil tahu)
  1. JANGAN ADA BENCI : tak kiralah sama ada pada keluarga , kawan-kawan , pensyarah , rakan kuliah waima makcik/pakcik tukang sapu kerana mereka juga manusia seperti korang . kebencian yang menebal akan merosakkan niat dan keikhlasan korang terhadap hidup sendiri . seriously korang yang rugi nanti , kerajaan sah-sah tak ambil kisah , syarikat insurans pun tak ambil peduli . so buat apa perap "benci" lama-lama bagai . tee hee ~
  2.  JANGAN BIMBANG : kebimbangan yang melampau atau paranoid dan tidak bersebab menjadi punca tekanan hidup hari ini . kebimbangan yang ekstrem akan membuatkan korang sentiasa dalam keaddan yang tidak tenteram . sebaiknya , cubalah usahakan apa yang boleh , lakukan penilaian yang mendalam yang menjadi punca kebimbangan dan kalau boleh cuba sebarkan kebimbangan anda pada orang sekeliling agar anda tidak rasa tertekan dan mereka tahu apa yang sedang anda bimbangkan . tee hee ~
  3. KESEDERHANAAN : beserdehana dalam hidup merukan tuntutan agama kita . "kesederhanaan" adalah kesempurnaan dalam sesebuah kehidupan . "biar hidup tidak mewah , bukan selamanya kita dibawah . biar kita tidak berharta , asal kita tidak leka" . **(cuba korang hitung nisbah purata setiap manusia yang hidup menderita susah seluruh dunia) **purata populasi manusia sekarang lebih kurang 7 juta orang seluruh dunia . 
  4. BERHENTI MENGHARAP : harapan yang menggunung itu kadang-kadang bisa menghampakan korang . benda yang telah ditetapkan tak mungkin diubah (kecuali atas kehendak-NYA) kenyataan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan , namun haruslah belajar menerimanya . kadang-kadang , benda yang kita pandang remeh itu adalah yang terbaik dalam kehidupan , dan bukannya bermakna perkara-perkara yang besar (kegembiraan , kesenangan) itu indah kerana setiap hal dan perkara yang terjadi memerlukan sebuah pengorbanan dari diri sendiri .
  5. BELAJAR UNTUK MEMBERI : ini merupakan salah satu langkah yang patut korang renungkan . (dapat sejenak pun tak apalah) . bagi membersihkan minda dan diri , kepuasan orang yang memberi lebih bermakna dari yang menerima . sebagai contoh , keikhlasan korang dalam memberi pendapat kadang-kadang dapat membuatkan orang yang mendengar itu turut sama merasai apa yang telah korang sampaikan . so , rajin-rajinlah update akaun facebook , twitter , myspace dan bagai lagilah . untung-untung korang dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan yang korang bina . tee hee ~
  6. SENYUM : bukan selalu , tapi sentiasalah cuba untuk senyum dalam apa pun situasi (so far,belum termampu lagilah . tapi tak salah mencuba okeyy) ciri-ciri sesebuah senyuman adalah apabila sesebuah senyuman diukir dan dilemparkan , hadirnya keikhlasan dari raut wajah (dan bukannya tanda di dahi) . senyuman yang damai , ikhlas dan jujur . dengan senyuman kita mampu mengubah dan menceriakan suasana sekeliling . ayuh ! lengkapkan penampilan anda dengan senyuman . tee hee ~
  7. KAWAN RAPAT : disebalik lambakkan kawan (kawan sekerja , serumah , sekuliah) mesti ada seorang yang benar-benar rapat dan tahu segala latar belakang korang hinggakan ke perangai buruk korang pun dia tahu kan ? kawan rapat perlulah saling berteman , saling memahami , saling menghormati , saling menasihati dan saling bersifat keterbukaan dalam bicara mahupun pandangan . kawan bukan lawan , pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan mahupun kesusahan korang , tapi janganlah sampai menyusahkan dan menganiayai hidup kawannya pulak . 
notakaki : ini sekadar manual/pandangan semata-mata , bukan nak berlagak pandai/baik nukilan sekadar berkongsi maklumat untuk melihat orang sekeliling siBISKUT ceria dan tenang menghadapi kehidupan masing-masing .

No comments: