Sunday, May 1, 2011

Hujan Air Mata~


dah klik link kat atas ni ? dah dengar sampai habis ? familiarkah korang dengan dia ni ? ingat tak lagi korang kat dia nie ? kenal tak siapa dia ? siapa ? siapa ? siapa tahu ? Fasha Sandha ? teettt ! Luna Maya ? teettt ! salah tu ! Kate Middleton ? comfirmlah salahnya . kalau korang nak tahu jugaklah kan ? inilah dia gerangan pemilik nama komersil "SITI MUSLIHA" . tak pasti pulak korang familiar atau tidak , mungkin ada diantara pembaca yang tak berapa mengenali dia nia . siBISKUT pun bukanlah kenal rapat sangat dengan dia ni . jauh sekalilah dia kenal siBISKUT . cuma siBISKUT membesar ketika itu saing saing lagu ni .  tapi dari apa yang siBISKUT tahu (cerita asal dari makciknya) siti musliha pernah menetap kat sebuah penempatan kat cheras (rumah neneknya) . dari cakap cakap makcik . menurutnya , latarbelakang kehidupan siti musliha ni berbeza dari kanak kanak sebaya dengannya (masa itu) . diari kehidupannya hanya sekadar menumpang kasih insan bergelar "nenek" . semasa hidupnya , segala kesempitan serta kepayahannya hinggakan tiada seorang pun ahli keluarga yang mengambil berat akan perihal dirinya dan jalan cerita kehidupannya . bagaimanapun skrip kehidupan siti musliha berubah sikit demi sedikit setelah mula dikenali diarus perdana setelah lagu hits dirinya (ketika itu) "Cinta Airmata" berkumandang di stesen stesen radio . tanpa dirinya menyedari , satu persatu nikmat limpahan rezeki datang bertamu . bukan sekadar menjadi penyanyi undangan , malahan disunting untuk sebuah syarikat rakaman dan merakam sebuah lagu yang suatu masa dulu punyai peminat setianya yang tersendiri . dan baru baru ini kelihatan semula siti musliha di sebuah rancangan hiburan sebuah stesen televisyen swasta . mungkin dengan niat membuat come-back setelah lama menyepi dari sekelompok peminatnya yang merindui satu satunya lagu yang menangkap perasaan dan meruntun kantung hati peminatnya suatu masa dulu . dan apa yang paling menarik yang boleh siBISKUT rangkumkan mengenai siti musliha dan entry kali ini adalah tentang dirinya melalui sebuah kehidupan , jalan cerita kisah yang suram . walaupun tak sesempurna kita semua yang membaca blog ini kala ini , dapatkah kita melakukan perubahan dalam hidup dengan dikelilingi pelbagai dugaan dan cabaran walaupun kita dikurniakan kesempurnaan fizikal dan upaya untuk menongkah arus kehidupan ? tee hee ~

#TOBECONTINUE . . .

No comments: