Friday, May 27, 2011

silkscreen part-1

hellooooo ! cuba teka siapa kembali ah~ha . semestinya siBISKUT lah , takkan NOR KUMALASARI pulakan ? tee hee ~ setelah sekian lamanya dan buat julung kalinya siBISKUT meng-update blog siBISKUT nie , banyak perihal dan perilaku yang berlegar legar sekitar kehidupan siBISKUT ketika ini , mana nak berkejar siapkan barang untuk silkscreen , fikirkan itu , fikirkan ini . mana lagi lagu nak siapkan mixing & sync-ing . semua ini amat memerlukan keprihatinan dan konsentrasi siBISKUT amat amat ditagih ketika ini (konon kononnya lah) . sepertimana entri siBISKUT yang lepas lepas (sila skrol kebawah) , ada siBISKUT nyatakan tentang minat siBISKUT terhadap bidang pencetakkan t-shirt atau lebih dikenali sebagai silkscreen . pada 08/05/2011 (AHAD) siBISKUT telah berjaya menghadiri bengkel silkscreen dengan jayanya (siap dapat sijil lagi) . hasil dari segala tunjuk ajar dan penerangan dari bengkel tersebut siBISKUT telah memperoleh satu pengalaman yang berharga yang mana jika dengan usaha yang gigih dan cekal siBISKUT bisa merubah kehidupan siBISKUT yang akan mendatang kelak . hasil usaha siBISKUT bukanlah hadir dalam diri siBISKUT sendiri , tetapi dibantu oleh mereka mereka yang percaya pada keyakinan yang telah siBISKUT sematkan ini .

setiap permulaan atau perubahan yang cuba dilakukan pasti menemui jalan buntu dan kegagalan , dan dalam usaha siBISKUT dalam permulaan pertama , siBISKUT jugak mengalami jalan buntu dan kegagalan . tee hee ~ tapi itu tak mematahkan niat siBISKUT untuk terus berusaha dalam bidang silkscreen ini . so , kat sini ada beberapa usaha siBISKUT yang tidak membuahkan hasil sangatlah , tapi sedikit sebanyak teknik dan kemahiran untuk siBISKUT untuk terus berusaha semakin membuak buak .



cubaan pertama : tidak menjadi . tee hee~

setelah beberapa kali cubaan sehingga rosak blok : akhirnya seakan berjaya . tee hee ~
apa apa pun , harap korang dapat tunggu untuk beberapa hasil dari usaha siBISKUT sendiri yang mana akan siBISKUT kongsikan dalam masa akan datang .

No comments: