Tuesday, September 27, 2011

Berjalan Kejar Mengejar .

"diketuk ketuk papan kekunci . . .
diusungnya tetikus kesana kemari . . .
mata meliar itu ini . . .
terus menerus begini . . ."

kelip kelip mata menghadap skrin , kadang kadang menongkat dagu . penumbuk kiri kanan aku genggam menahan dagu . ada ketika itu jeling jeling kat penjuru kanan terperosok dibawah kanan skrin . jam ! sebuah jam yang aku jeling jelingkan , terkebil kebil biji mata . pukul 2.00 pagi rupanya . . .

merenung jauh ,
jauh aku merenung pada sesuatu perkara yang aku tak tahu apa yang aku renungkan . aku menyasarkan untuk melihat sekitar kejiranan di kawasan rumah melalui tingkap . ada yang masih cerah dalam biliknya , ada yang kelam kelam maya , ada yang gelap katup . satu tingkap aku kuak luas luas , aku buka untuk melihat pelbagai permandangan sebagai subjek dan objek utama . sama macam apa yang aku sedang renungkan ketika ini , satu renungan , bermacam macam dimensi dan ilusi skeptik aku perlihatkan . sebuah ilusi yang mulanya bergerak dalam aturan mula berselerak dan menyasar kesana kemari , kesitu kesini . . . semakin jauh aku merenung , semakin liar seraknya .

aku inginkan perubahan diri ! aku perlukan transformasi ! revolusi !

aku tak harap diri aku ini adalah sebahagian dari watak watak animasi rekaan barat dalam transformers , yang mana boleh merubah bentuk dalam apa jua kondisi . dengan keadaan otak aku yang kosong ketika ini , tiada apa apa pun yang dapat aku fikirkan . cuma aku dapat rasakan sikit demi sedikit kelegaan . kelegaan !

aku mulakan dari bawah lagi , paras bawah lagi dari apa yang aku pernah mulakan dulu . cebisan cebisan kecil aku cantum , bongkah bongkah besar aku gabung . aku tak cipta watak watak transformers , aku cipta watak watak kehidupan aku . cerita tentang siapakah aku dalam 5 , 10 , 15 tahun mendatang punya cerita . bagi aku , ini sebuah rancangan jangka panjang yang rapi , tapi belum perfect lagi . kata orang tua tua , kehidupan kalau perfect sangat pun tak best . tak thrill ! mana syiok ma !? *terpengaruh dialog KL Gangster*

aku setuju ! *angguk kepala tanda setuju* .

dan aku tak harapkan pun yang setiap inci perkara yang aku lakukan itu adalah untuk aku merebut gelaran "Mr.Perfect" . baik dari segi kehidupan , perhubungan , kerjaya serta kewangan . seeloknya biarlah kesempurnaan itu datang dalam pelbagai cabaran dan dugaan . sekurang kurangnya ada jugak kerja kerja untuk aku nak memperbetulkan mana yang longgar longgar , memperbaiki lubang lubang yang rosak dalam kehidupan . kalau tak , tentu aku dah bosan dengan kehidupan .

bosan ! *angguk kepala tanda setuju* .

p/s : andaikan kata aku tak dapat "kejar" , aku "jalan" . asalkan termakbul hajat .

No comments: