Sunday, February 20, 2011

T.I.P.S Mengenali Lelaki

~halu ~halu ~haluuuuuu ~ . . .
ni nak kongsi sikit pasal perihal wanita @ gadis pasal cara nak
"Memilih Lelaki Sebagai Teman Hidup" . kebetulan tengah gelodeh-gelodeh internet terjumpalah akan sebuah artikel ni . so , nak lah jugak berkongsi perihal seorang lelaki pada pandangan kaum hawa ni . nak "share" sikit dengan pembaca ni , maklumlah pepatah oxford ada menyebut : "SHARING IS CARING YET LOVING" . tee hee ~ .
ehemmmmmm . . .
nak mengenali lelaki ni bukan benda yang senang , bukan macam touch n go boleh main tap jek dari tingkap . lebih-lebih lagi yang tengah mencari "lelaki" sebagai teman @ pasangan hidup , lagilah bukan perkara yang sekecil anak lipas (euwwwww) . bukan perkara main-main macam nak pilih pakaian nak hadiri
majlis @ kenduri . main ikut kehendak , macam mix'n'match baju . tak suka colour ni , tolak tepi . tak sesuai padanan ni , simpan semula . nak memilih "lelaki" jugak bukanlah macam minum air kat mamak stall , kalau tawar boleh tambah susu @ gula , rasa manis boleh diubah-suai agar kena dengan selera tekak . harap maklum yer ! manusia itu diciptakan sama , baik lelaki mahupuun wanita . semua adalah ciptaan-NYA . tee hee ~ aduhaiyyyyyy , story lebar-lebar pun tak guna , hope korang enjoy baca tips yang siBISKUT bedil ni yer ?! ~tee hee ~ antara kriteria lelaki yang boleh diambil kira adalah:-
  • Bagaimana Agamanya
jika lelaki itu mengabaikan kewajiban sebagai manusia yang beragama , usahlah diharapkan sesuatu daripadanya , mungkin kebahagian dan kasih sayang boleh diberi . tetapi jika tanpa haluan menuju ketuhanan , bukanlah pilihan yang baik .
*betul , bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik , tetapi sekurang-kurangnya pimpinan agamanya biarlah jelas agar dapat membimbing .
  • Caranya Melayani Ibu Bapanya
sebagai lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya . seorang lelaki itu akan terlihat sifatnya yang "family-man" apabila keluarganya diutamakan terlebih dahulu . *seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah contoh lelaki yang boleh diharap . tee hee ~
  • Caranya Melayan & Menghormati Seorang Wanita
jika lelaki itu demand dalam banyak perkara itu bukanlah ciri-ciri yang patut didekati , cinta tak perlu dibuktikan dengan melakukan perkara sumbang yang jelas mengundang kemurkaan TUHAN . cinta memang perlukan pengorbanan , tapi jangan tersalah tafsir sampai terkorban maruah dan harga diri . *wanita itu umpama rama-rama , selagi warna sayapnya masih terserlah dan tidak mengurai warnanya , selagi itu ia dipuja dan diminati .
  • Mengenalpasti Latar-Belakangnya
seelok-eloknya dapatkan butiran terperinci tentang keluarganya , kalau boleh buat lampiran atau senarai panjang tentang latar belakangnya . tee hee ~ pastikan yang keluarganya itu dalam situasi kekeluargaan yang harmoni kerana latar belakang keluarga yang porak peranda adalah contoh latar belakang kekeluargaan yang kucar .
  • Mengenali Sahabatnya
mengenali lelaki sama seperti mengenali sahabatnya , sahabat adalah cermin kepada peribadi seorang lelaki . jika ia bergaul dengan sahabat yang boleh diharap dan berbudi itulah keperibadian lelaki itu , jikalau sahabatnya yang rosak akhlak maka sebegitulah cerminnya kehidupan seorang lelaki itu .
  • Mengambil Tahu Kehidupan Sehariannya
paling penting untuk wanita diluar sana untuk mengetahui tentang kehidupan seorang lelaki itu , pekerjaannya , kehidupannya , wawasan hidupnya . adalah penting untuk wanita mengetahui tentang corak kehidupan seorang lelaki yang bakal dihadapi hari ini , esok dan hari-hari yang mendatang . *biarpun sekadar makan gaji , kerja kecil-kecilan waima sampingan asalkan sumber yang diusahakan adalah halal .
  • Muhasabah Diri
errr , sebenarnya yang ni ditujukan pada kaum  hawa , tapi sebagai pelengkap pada perenggan selitkan jugaklah . tee hee ~ bila dah selesai memahami seorang lelaki , cuba muhasabah diri sebaiknya . sebagaimana lelaki sebegitulah wanita seadanya , jarang bagi pasangan yang bercanggah peribadi dapat menjalin hubungan dengan intim dan penuh persefahaman . *mengenali lelaki adalah cabaran bagi seorang wanita dalam langkah pertama dalam membina cinta . lebih-lebih lagi mengenali peribadi dan psikologi lelaki . bagi wanita , mungkin menghabiskan wang untuk beberlanja lebih berbaloi dari mengenali lelaki secara kompleks . tee hee ~

so ! ! ! ! !
dah selesai bacakan ? pada pembaca wanita , buatlah pilihan yang terbaik . memilih yang terbaik , mentafsir sebaik mungkin , renungkan sedalam-dalamnya dan buat keputusan secara logikal . jangan terburu-buru dalam memburu lelaki untuk dijadikan pasangan hidup , sudah tertulis adam dan hawa diciptakan berpasangan . jangan ikutkan suka kerana penamatnya pasti tak seindah yang disangka . tee hee ~





No comments: