Friday, February 25, 2011

Ciri-Ciri W.A.N.I.T.A Yang Patut Dijauhi L.E.L.A.K.I

halu ~ halu ~ haluuuuu ~
lebih seminggu lalu entry siBISKUT menyentuh kisah tentang "Tips Mengenali lelaki" . kalau tak tahu , scroll kebawah sedikit dan akan terlihatlah entry tersebut , cukup menyentuh akan cerita
"Tips Mengenali Lelaki" . untuk blog entry kali ini nak menyentuh sikit tentang kaum adam khususnya (untuk wanita sebagai muhasabah diri pun boleh jugak) . kalau blog entry yang lepas menyentuh tentang ciri-ciri lelaki yang wanita patut tahu untuk dijadikan teman hidup , tapi berbeza untuk kali ini . bukan ciri-ciri wanita yang lelaki patut pilih untuk dijadikan teman hidup , tetapi "Ciri-Ciri Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki" . bukan niat nak menangkan kaum lelaki , tetapi sebagai seorang lelaki tak salah untuk berkongsi pandangan tentang kehidupan .

nak dipendekkan kisahnya (terpaksa sebab mengejar masa) tee hee ~ . ada beberapa tips untuk pembaca tentang "Ciri-Ciri Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki" . :-

  • Perasan Cantik
seriously kalau korang berdepan dengan wanita macam ni korang pun akan rasa jelak . wanita yang beranggapan dia cantik selalunya akan berasa yang mereka mampu mencairkan hati lelaki , lebih malang lagi ada yang menggunakan "aset" yang mereka miliki digunakan untuk mengikis harta lelaki yang mendambakan layanan wanita cantik (spesis hidung belang bolehlah kot) . *perempuan jenis ni tak payah kenal hati budi pun korang dah boleh nampak cintanya melekat didahi bukan hatinya* tee hee ~

  • Ouhh ! Sugar Daddy
memanglah dalam menjalani kehidupan serba-serbi memerlukan wang , even masuk public toilet pun duit . parking sekejap kereta kat bandar pun berbayar . semuanya adalah duit . sampai ada wanita yang berdamping dengan lelaki (sugar-daddy) untuk menikmati limpahan kemewahan hidup yang mereka inginkan walau terpaksa bergadai jiwa dan raga . *bagi lelaki (sugar-daddy) ini merupakan satu peluang yang sukar dilepaskan diatas limpahan kemewahan yang telah mereka berikan .

  • Mengambil Kesempatan
bijak mengatur langkah , cermat mengisi setiap peluang , pantas bertindak tanpa mengira akan sesuatu itu bukan hak mereka . asalkan sasaran mereka itu yang menarik pandangan . wanita jenis ini tidak akan melengah-lengah dalam merencanakan misi dan visi mereka . *kalau tidak , masakan kisah tunang @ suami orang berlaku*

  • Suka Mengonkong
seeloknya kalau dalam tempoh perkenalan dengan seorang wanita itu memang sifat ini ditonjolkan , adalah lebih baik menjauhi dengan segera . jangan didekati golongan seperti ini . bukan menidakkan kejadian wanita yang "mengawal" . tapi kalau setiap celik mata setiap pagi hingga pejam mata malam harinya setiap urusan harian atau aktiviti dikawal dan perlu dilaporkan pada pasangannya setiap masa adalah tidak masuk akal . *kalau ya pun cemburu janganlah bertindak seperti saka yang sentiasa berdamping dengan tuannya . boleh jadi stress lelaki* tee hee ~

  • Kesempurnaan
kesempurnaan hidup amat diharapkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan . tapi kalau aspek "Kesempurnaan" terlalu ditekankan dalam hidup boleh jadi sesuatu yang amat merimaskan dalam institusi sesebuah kelurga . bagi mereka , orang sekelilingnya adalah salah dalam perkara yang mereka lakukan dan dia sahajalah yang betul . *kalau ini terjadi , alamatnya makan hatilah si suami selama hayatnya bersama* tee hee ~

  • Selekeh
kalau umum mengetahui lelaki selekah alamatnya jauhlah jodoh dari mereka . begitu jugak wanita . sebelum mendirikan rumahtanggaa . mekap , barang kemas memang tak pernah lekang . kalau boleh celik mata bersolek , tidur pun bersolek . sebulan berapa kali agaknya bertukar produk . lepas kahwin ? nahh ! kalau berkain batik @ baju kelawar sejak dari celik mata , sampai ke malam kesudahannya masih begitu . boleh sangat nak buat list barang kecantikkan untuk setiap bulan entah berapa kali membelinya . *kalau macam ni , usah kata jodoh , rezeki pun lari* tee hee ~

  • Suka Mengharap
sesetengah wanita agak sukar dalam membuatkan keputusan sendiri , walaupun keputusan yang mereka buat itu adalah untuk kebaikkan sendiri . itu tidaklah menjadi masalah sangat dalam membina kehidupan berumahtangga . tetapi kalau terlalu mengharapkan orang lain untuk menentukan hidupnya adalah amat menjelakkan . *agak-agak kalau wanita macam ni ditinggalakn suaminya macamana agaknya kehidupan mereka nanti yer ?* tee hee ~

  • Cemburu Buta
bayangkan korang tengah minum petang dengan klien (perempuan) dalam pada tengah bincang didatangi pula isteri lalu menyerang perempua tersebut dan merencatkan perbincangan . pasti amat memalukan dan rasa macam nak humban diri kat mana-mana gaung yang berdekatan . malu kepalang dengan kliennya , orang sekeliling dan rumahtangga sendiri . adalah tidak adil untuk bertindak tanpa mengambil kira keadaan dan suasana ketika itu . *cemburu buta adalah punca utama keruntuhan sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan*

notakaki : tee hee ~ ini adalah sedikit coretan untuk pembaca dalam menilai kehidupan sendiri , bukan niat siBISKUT nak menilai kehidupan orang lain yang mana siBISKUT sendiri tak lalui kehidupan dorang . coretan ringkas ini adalah cebisan dari pengalaman dan pengamatan mata siBISKUT sendiri . melihat sendiri akan perihal manusia memang kesukaan siBISKUT (bukan untuk menilai baik buruk mereka , tetapi sekadar renungan untuk diri sendiri) dari pengalaman siBISKUT coretkan untuk dijadikan pengajaran pada pembaca lelaki mahupun wanita .
#TAMAT#


No comments: