Saturday, January 8, 2011

K.E.R.J.A

"KERJA" . . . . . perkara yang sangat sinonim dalam kehidupan "MANUSIA" , waima semua yang menjalani kehidupan di dunia akan sama merasa kehidupan yang digelar "KERJA" . tak kisah laa kerja ape sahaja pun , dari sekecil-kecil kerja hingga ke besar-besar kerja . semulia-mulia kerja hingga ke hina-sehinanya kerja . semua berpandu pada satu paksi "setiap insan yang hidup perlu bekerja untuk menjana sebuah kehidupan" yang bezanya pekerjaan yang dijadikan sumber untuk menjana kehidupan itu perlu kita tahu akan konsep dan hukum sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan .

bermulanya kehidupan "KERJA" siBISKUT seawal 17tahun *lepas habis SPM* mula-mula menjalani kehidupan sebagai "PEKERJA" tak laa rumit mana pun *family ada restoran sendirilah katakan* . disitu lah siBISKUT mula menjalani kehidupan "BEKERJA" bangun seawal 6pagi bukan laa sesuatu yang sukar , tapi memang tak ubah laa macam nak ke sekolah gayanya . bangun pagi-pagi , mata SOTIM badak , mengeliat at hujung katil , belek-belek handphone *masa tu guna nokia 3250XM* , mandi air sejuk pepagi hari . memang tak ubah langsung laaaaaaaaa . . . . . tapi dek semangat nak "BEKERJA" tak kisah sangat pun *seminggu jek SEMANGAT nye* . sedia maklum jelaa , kerja dengan family sendiri , perangai kat tempat kerja jangan cerita laa . sampai tension mak ayah jadinya . memang siBISKUT akui mula-mula "BEKERJA" memang minat *pasang cita-cita gaji pertama nak bawa family dinner ikan bakar* belum kira yang setiap kali sebelum tidur berangan nak itu ini , segala bagai yang dikehendakinya . tapi . . . yang tak bestnye apa yang siBISKUT rancang dan angan-angankan tak menjadi kenyataan *siBISKUT beli remote control car* rasa macam boleh tahan sengal jugak laa perangai masa tu . tapi kehendak hati melebihi segala-galanya . . .

hahahahahahahahahaha . . . . .
bila menginjak umur 18tahun , dengan azam yang baru *konon-konon nye laa* nak kerja dengan lebih rajin dan efisien ! *cewahhhhhh ! ! !* nak dijadikan kisahnya *lebih kurang bulan april kot . . .* seorang kenalan siBISKUT mempelawa untuk buat part-time sebelah malam *ghairah juga laa mendengarnya masa tu* yelaa , dapat buat "extra money" , boleh laa dapat "income" lebih . dengan tak fikir panjangggggggggg , siBISKUT berbincang dengan mak ayah : . . .
siBISKUT : mami ! abah ! kalau nak buat partime boleh tak ? *muka ala-ala simpati*
ABAH : kat mana ? kerja apa ? *mentang laa strict,tanya pun dengan nada marah*
MAMI : lumayan ke gaji yang awak dapat ? *lagi makan dalam ayatnya*
siBISKUT : *muka sotol* kat bandar , dekat "Just Relax Cafe" *actually bistro*
ABAH : larat ke nanti nak buat dua kerja sekaligus *rasa tercabar jugak laa telinga nie*
MAMI : ikut awak laa . . . . . . *errr , siBISKUT jadi serba salah jugaklah masa tu*
keputusannya . . . . .
siBISKUT tangguhkan dahulu niat nak buat partime tu . *dua bulan dah berlalu* , hari ke sehari , adatlah perniagaan ada turun naik , pasang surutnya . impaknya mula terasa . perniagaan family mula "goyang" *maklum-maklum laa ekonomi malaysia ni* nahhhhhhhh ! ! ! ! ! akhirnya , siBISKUT terlihatkan akan wajah-wajah mak ayah yang sedang menanggung kesusahan demi kelansungan sebuah kehidupan *bukan berniat nak tagih simpati siapa-siapa pun* . sejenak terfikir dalam benak "inikah wajah yang selama ini membesarkan siBISKUT & .CO *kami adik-beradik* bukan tak pernah merasa kepayahan hidup , cuma "kebijaksanaan" mak ayah menopeng wajah muram sugul kepada watak yang tak pernah siBISKUT fikirkan . lantas , siBISKUT mula bertekad untuk memperbaiki kehidupan keluarga , tapi sebelum itu
siBISKUT "HARUS" berani berubah untuk diri sendiri *cubaan memujuk buat kali kedua*
siBISKUT : ma ! kalau saya nak buat partime boleh tak ?
MAMI : apa tak cukup besar lagi ke gajinya ? *nada selamba*
siBISKUT : cukup . . . tapi sampai bila nak harap gaji sedia ada ?
MAMI : habis tu apa lagi ?
siBISKUT : kalau partime at least boleh "topup" mana-mana yang kurang . *memujuk*
MAMI : *diam dengan pandangan seribu pengertian* u should give a try *kena speaking beb*
siBISKUT : amboii !! speaking pulak . . . . . *muka ala bunga-bunga cinta gitu* .
tehehehehehehehehehe . . . . . *to be continued*
*ini baru sebahagian kisah , sambunganya akan disambungkan dengan kisah yang berkisah dari kesinambungan kisah ini* . tungguuuuuuu ! ! ! ! !

No comments: